𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 33

50 3 1
                                    


          Kaki kanan terlebih dahulu menapak masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan Islam tersebut. Cuaca hari ini cerah, tak ada tanda-tanda hujan. Sebab itulah dia ke sini pada pagi Jumaat yang mulia ini.

            Melawat kedua ibu bapa tercintanya. Hero dan heroinnya yang sudah berbahagia di alam sana.

            Tenang sikit dia hari ini sebab si hantu tak ikut dia hari ni. Bila ajak tadi, dia tak nak pula. Katanya penat. Almaklumlah,  semalam tidur lewat. Pukul 12. Ini semua gara-gara sesi berbual dan berkenalan antara Aries dan seluruh ahli keluarga barunya. Tapi, hantu pun tidur ya?

           Dapat jugalah Aries berkenalan dan mengetahui lebih lanjut tentang setiap orang yang berkaitan dalam kumpulan Black Dragon's. Termasuk anak-anak kecil kekasih muda yang sudah berkahwin. Gembira benar anak-anak kecil itu bercerita dan bermain bersama Aries. Aries pun selesa dengan kanak-kanak itu lagi-lagi Puteri Delisha Evelyn.

             Dengan bantuan Noah, Aries dapat 'berkawan' dengan kanak-kanak dan yang lain. Sampaikan Aries dapat panggilan comel daripada kanak-kanak itu, iaitu 'baba encem'. Haha. Panggilan baba diberikan oleh Puteri Delisha semestinya manakala encem pula diberikan oleh Anggun Jasmine.

            Masih Aries ingat apabila melihat telatah comel Anggun Jasmine saat menyebut perkataan 'encem'. Comel betul!

           " Assalamualaikum abah, ibu. Aries datang ni," lembut nada Aries berkata. Batu nisan kedua ibu bapanya itu diusap kasih. Rindunya.

           Buku kecil yang mengandungi surah Yasin dibuka sebelum dibaca Aries dengan nada yang perlahan.

           Seusai membaca surah, Aries menadah tangan untuk berdoa bagi arwah kedua ibu bapanya. Doa diaminkan kemudiannya diaminkan.

           " Abang dengan kakak tak dapat datang. Diorang sibuk. Diorang kata nak datang esok," kata Aries. Sambil-sambil itu, giat tangannya mencabut rumput-rumput yang tumbuh di atas tanah pusara ibu dan abahnya.

            Apabila sedang sibuk membersihkan, dia disapa pula dengan satu suara lembut seorang wanita.

           " Aries? "
         
            Aries menoleh tika namanya diseru seseorang. Gerangan itu tersenyum manis apabila jejaka itu memandangnya tak berkelip.

           " Mummy? " tegur Aries. Puan Melur tersenyum nipis.

           " Mummy buat apa dekat sini? " soal Aries, bingung.

          " Mummy datang melawat anak mummy tadi. Ternampak Aries dekat sini, itu yang pergi tegur," jelas Puan Melur. Ringkas, padat.

           Aries mengangguk faham.
        " Noah ya? " Puan Melur diam sesaat sebelum dia mengangguk dengan senyuman tawar.

          " Aries ada masa? Mummy ingat nak berbual sikit dengan Aries," pinta Puan Melur lembut. Aries terdiam. Berfikir sama ada selepas ini ada perkara atau tidak dia perlu buat.

             " Boleh. Aries free je,"

             " Kalau macam tu, kita pergi kafe kakak kamu? Saya dengar kafe tu terkenal," Aries tersenyum kecil. Alhamdulillah, rezeki kakak.

             

               KRINGG

             Loceng yang tergantung pada pintu masuk kafe mewah itu berbunyi menandakan ada pelanggan baharu yang datang untuk memesan makanan ataupun minuman. Mungkin juga untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja mereka sambil menghirup kopi yang dipesan.

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now