BAB 23 : PROJEK MULTIMEDIA

3.1K 19 0
                                    



Guru Besarku memberikan satu tugasan kepadaku sempena Majlis Anugerah Cemerlang yang akan diadakan bulan depan, aku dihendaki membina satu persembahan multimedia tentang profil sekolah. Aku bersama Zura, bertanggungjawab dalam jawatankuasa multimedia, yang mana kami dikehendaki membina persembahan multimedia untuk ditayangkan sempena majlis itu nanti. Apa yang menjadi masalah ialah, aku dan Zura tidak mempunyai kemahiran yang tinggi untuk membinanya, setakat menggunakan perisian powerpoint untuk membina bahan pengajaran tu boleh la, bukan membina persembahan multimedia.


"Zura, ko pandai tak buat mender ni?" soalku pada Zura setelah masing-masing buntu.


"Aku mana reti sangat, ko dengar le tadi, macam-macam nak kena masuk dalam powerpoint tu" jelas Zura yang turut bingung. "Setakat gambar dengan tulisan tu boleh le kita buat, ni nak dengan muzik, video, ada gerak-gerak pulak, mati le aku"


"Aku pun tak tau nak buat, ada ke patut kita yang kena buat" kesalku dengan tugasan itu.


"Entahlah Wani, tapi kita kena buat juga ni" lemah je Zura membalas.


Aku dengan Zura terpaksa menerima tugasan ini kerana kami berdua rajin menggunakan laptop masa mengajar. Jadi, Guru Besar pun ingat kami ni terer komputer. Zura guru Sains, jadi dia selalu menggunakan CD yang dibekalkan itu semasa mengajar.


"Ko kenal ke sapa-sapa leh buat, kita leh upah dia?" soalku kepada Zura setelah masing-masing membisu.


"Mana le aku tau sapa-sapa" jawab Zura.


"Ex husband ko boleh tolong tak?" soalku memberikan cadangan.


"Minta maaf !" tinggi suara Zura. "Kalau pun dia reti, aku tak nak tengok muka dia dah" marah benar Zura bila aku sebut nama bekas suaminya itu.


Zura seorang janda, dia ditinggalkan suaminya setelah hampir dua tahun berkahwin. Zura memberitahu yang perkahwinannya tidak pernah bahagia kerana perangai suaminya yang suka berjudi dan kerap bertukar kerja. Sebelum berkahwin, Zura mengenali bekas suaminya itu seorang yang baik, tetapi semuanya berpura-pura dan tembelang itu pecah setelah mereka berkahwin. Dah le malas kerja, suka pulak mengarah dan panas baran, Zura selalu dipukul dan dimarahi. Nasib baiklah mereka tidak dikurniakan anak, kalau tak, hidup Zura makin dihimpit tekanan. Akibat tidak tahan dengan perangai suaminya, Zura mengambil keputusan untuk minta fasakh. Mengikut cerita Zura, dia minta cerai berkali-kali namun suaminya tidak mahu melepaskannya. Suatu hati, sewaktu Zura pulang sekolah, Zura dapati suaminya ada di rumah, dah apa yang membuatkan Zura terkejut, suaminya sedang berasmara dengan seorang wanita yang agak berumur. Zura melenting dan rupanya suaminya melayani wanita tersebut sebagai membayar hutang. Maka, selepas report polis, dan mahkamah syariah, Zura diceraikan dengan talak satu. Kini Zura hidup selesa bersama ibu bapanya tanpa gangguan.


"Aku aman skang ni Wani" akuinya selepas diceraikan. "Aku tak lagi tensyen"


"Baguslah Wani, aku harap ko dapat bertenang dan melupakan semua yang pahit tu" balasku.


"Dah nasib aku, jadi janda masa usia macam ni" keluhnya. "Aku tak tau le nasib aku macam mana nanti"

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 1Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ