Part 39

10 3 0
                                    

" KA...KAU?? DIF?? " soal ika terkejut dengan kemunculan jejaka itu.

" DIF?? " soal khai dan faiz serentak. Mereka memandang TBD agar persoalan mereka dijawab.

" Siapa dif ni? " soal faiz lagi. TBD berpandangan. ' siapa yang nak ceritakan kisah silam mereka? Atau perlu ke mereka beritahu kepada kedua jejaka itu? ' pelbagai soalan timbul di fikiran mereka.

" Dif ni adalah salah seorang kawan rapat ika sewaktu kecil. Dif ni jugalah anak kepada kawan rapat ayah ika. " ujar isya.

" Dan jejaka ini jugaklah sepupu aku yang selalu berkepit dengan ika. " sampuk kay.

" Dulu dia memang baik. Tapi semenjak ika dan keluarga ika terpaksa berpindah dan menatap disini. Sikap dia terus berubah. " ujar isya. Jejaka itu berkerut dahi tanda pelik.

" Berubah? Maksud cik isya? " soal faiz. TBD memejamkan mata dan menghembus nafas berat.

" Maksud dia..sikap dif ni berubah sebab dia sukakan ika. Dia tak puas hati la bila ika kena pindah jauh dari dia. Bab kata orang dia ni dah obsess ah dengan ika. Sampailah suatu hari tu dia sanggup culik ika sebab dia nak ika dekat dengan dia. Dia terlalu takut kehilangan kekasih hatinya. Eh aku rasa geli pulak bila sebut 'kekasih hati' ni. " sampuk el.

" BETUL!! Kalau kau nak tahu. Dif ni pernah pukul ika, buli ika dan hampir merogol ika. Sebab apa? Sebab ika cuba nak larikan diri dari dia ah sebab tu dia sanggup buat bukan bukan. Aku pun tak faham dengan masalah mamat ni. " sampuk kay pula. TBD mengangguk setuju.

" Habis tu takkan tiada siapa yang tolong queen waktu tu? " soal khai.

" Soalan kau ni kan buat aku rasa nak tampor je muka kau tu " marah isya. Jejaka itu mencebik

" Lek ah orang tanya je. Itu pun nak marah " rajuk khai.

" Mestilah Tuan Zay dengan Tuan Zar yang selamatkan adik kesayangan mereka. " balas aiman. TBD mengangguk setuju lagi.

" Habis tu, Tuan Ray mana? " soal salah seorang anak buah ika.

" Mestilah tak sebab kau sendiri tahu kan perangai Ray ni macam mana. Dia mana pernah bela adik dia. Disalahkan adik dia lagi adalah. " ujar kay

" Tapi lepas dia tahu segala rahsia dan perkara sebenar dia terus mengamuk dan belasah si dif tu sampai ketakutan budak tu dibuatnya. " sampuk zay

" ARGHHH!!!! " kedengaran suara ika menjerit kesakitan diearpod mereka.

" Sa...sakitttt " Gadis itu menahan kesakitan dipehanya akibat ditikam berkali kali.

" Korang tengok ni!! " panggil kay. Mereka mendekati kay dan melihat apa yang sedang berlaku. Jelas sekali cctv itu menunjukkan bahawa ika ditikam berkali kali di peha kanannya. Air mata gadis itu menitis menahan kesakitan.

" Mana zar? " soal zay apabila kelibat zar tidak kelihatan disebelah ika.

" Tu abang zar " ditunjukkan ke arah camera yang terpapar jelas tubuh badan zar diikat dengan tali rafia dan mulutnya diseletip dengan sangat rapi. Jejaka itu mencuba sedaya upayanya untuk melepaskan diri namun dia tidak berjaya kerana ikatan tali itu sangat kuat dan ketat.

" Takkan kita nak duduk diam je dalam ni? Takkan kita nak tengok je diorang terseksa macam tu je? Kita kena bantu diorang. " tegur khai yang tidak tahan melihat ketua mereka diseksa dengan begitu kejam sekali.

" Tak boleh " balas isya tegas. El memegang tangan isya.

" Tapi isya..sampai bila?? Aku tak sanggup tengok ika macam ni " soal el sayu. Air matanya mengalir ke pipi. Sungguh gadis itu tidak sanggup lagi melihat keadaan ika seperti itu.

" Sabarlah Elly. Kita kena kuat demi ika. Demi keselamatan ika dan kita semua. Walau susah macam mana pun arahan tetap arahan Elly. " pujuk isya lalu memeluk gadis itu.

Mereka yang berada dalam bilik itu terdiam buat seketika. Hanya kedengaran bunyi angin dan suara suara musuh sahaja.

" ARGHHH!!! AKU TAK KIRA. AKU NAK PERGI SELAMATKAN IKA JUGA " ujar kay. Suaranya naik seoktaf.

" Jangan kay " tangan gadis itu ditarik oleh isya lalu ditepisnya.

" LEPASKAN AKU!! KORANG NAK TAAT PADA ARAHAN ITU KORANG PUNYA PASAL. AKU TETAP NAK PERGI SELAMATKAN IKA. " marah kay. Belum sempat dicapai tombol pintu, tangan gadis itu terlebih dahulu ditarik oleh abangnya aiman.

" Sabar kay. Sabar. Bahaya kat luar sana. " pujuk aiman. Ditarik adiknya lalu memeluk adiknya erat.

" Tapi bang..takkan kita nak biar ika macam tu je? Lagilah bahaya kalau kita biarkan dia macam tu je. Dia tanggungjawab kita bang. Nyawa dia bahaya bang. BAHAYA!! " jerit kay. Tanpa sedar air mata gadis itu mengalir ke pipi.

" Hey chill. Abang tahu dia tanggungjawab kita. Tapi kalau kamu terus bertindak terburu buru macam ni bermakna kamu akan membahayakan lagi nyawa ika. Termasuk nyawa kamu sekali. " terang aiman sambil mengusap belakang adiknya.

" Macam mana kita nak kalahkan mamat ni? Takkan tak ade cara lain kot selain plan ika? " soal faiz. Mereka mengeleng.

" Hanya abang ray je yang boleh kalahkan mamat tu. " balas isya.

" Habis kenapa tak call je tuan ray terus? Kenapa kena tunggu sampai cik ika bagi arahan? Bukankah itu lagi membahayakan ika? " soal faiz. Jelas sekali soalannya membuatkan mereka terdiam.

" Aku rasa ada sebab kenapa ika suruh kita ikut plandia. " sampuk aiman. Zay mengangguk setuju.

" Jadi maksud tuan aiman dan tuan zay. Hanya tuan Ray jelah yang boleh tumpaskan mamat tu? " soal khai untuk kepastian.

" Aku...Aku tak pastilah " balas kay. Mereka memandang kay pelik.

" Huh? " 

" Aku rasa dif ni dah plan sesuatu yang kita tak tahu...dan aku merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi kalau ray datang sini. " ujar kay.

" A..aku tak faham la. Cuba kau terangkan " pinta el

" Sini aku tunjuk korang sesuatu. " kay menaip sesuatu dan menunjukkan pada mereka apa maksud kata kata kay tadi.

" Habis kita nak buat apa ni? " soal isya.

" Jangan risau aku ada plan. " sampuk zay.

" Plan? Tapi plan ika macam mana? " soal el

" Jangan risau korang stay dengan plan ika. Aku dengan aiman akan ikut plan yang akan aku ceritakan kejap lagi. Aku cuma nak bila aku bagi je isyarat anak buah yang jaga pintu utama tu dah tak de. Okay ? " cadang zay.

" Abang ray pulak macam mana? siapa nak terangkan dekat dia? " soal isya.

" Itu biar aku uruskan dengan aiman nanti. Korang tunggu je arahan dari ika. "

" Sa..sakittt!!! ABANG RAYYYY!!! " jerit ika menandakan isyarat kepada TBD. 

Author akan sambung next chapter secepat yang boleh. Bantu vote ye. Terima kasih kerana support 🌷maaf kalau terlalu bosan.

Tengku Aria Safiya [COMPLETE]Where stories live. Discover now