Part 42

12 3 0
                                    

" Takpelah papa mama. Aria masuk bilik dulu lah. " ujar gadis itu

" Aik tak nak makan ke ? " soal mama

" Takpelah takde selera. " balasnya. Gadis itu terus melangkah masuk kebilik

Pandangan maut dilemparkan oleh mama dan papa. Ray menelan air liur.

" Kamu ni ray. Kesian adik kamu tu. Dia dah la baru sihat " marah mama.

" Kamu pergi pujuk adik kamu sekarang. Kalau tidak papa buang elly dari tempat kerja kamu " ugut papa

' Apa babitkan aku dalam hal ni? Apa salah aku? Kenapa aku pulak yang kena buang kerja? ' omel el dalam hati.

" Aduh pa apa ni main ugut ugut? " rengek ray.

" Pandai buat pandai tanggung " balas papa tegas. Ray mengalah 

" Yela yela orang pujuk. " Jejaka itu bangun lalu menuju ke bilik aria.

TOK!! TOK!! TOK!!

" Adik bukalah pintu. Abang minta maaf " pujuk ray

" Adik? Abang minta maaf okay? Abang takde niat pun. Abang saja je nak usik adik abang yang comel ni " pujuk ray lagi namun tiada yang menjawab.

" Tidur ke budak ni? " omel ray sendiri

" Adik? " panggil ray. Dipegang tombol pintu dan dipulasnya.' Aik tak kunci? ' omelnya lagi

" Oii " tegur ray. 

" Amboi budak ni. Aku punyalah merayu rayu minta maaf kat engkau. Kau boleh sedap sedap makan jajan dalam bilik ni eh? " bebel ray. Namun bebelan itu tidak dihiraukan.

Jejaka itu membuka headphone ika.

" Oii kau dengar tak apa aku cakap tadi. " soal ray

" Hmm " balas ika malas. 

" Ish budak ni " renget ray. 

" Kau keluar. Tak sayang aku kan? Kau keluar sekarang. " marah ika.

" Woo relax ah. Aku gurau je kan tadi. Takkan itupun nak marah? " soal ray. Laptopnya dihempas ke atas katil. Gadis itu pantas bangun lalu menolak ray keluar

" KAU KELUAR SEKARANG!! AKU TAKNAK TENGOK MUKA KAU!! " jerit ray lalu menghempas pintu dengan kuat menyebabkan bahu ray dan yang lain terhinjut.

" Ray sini " panggil mama. Jejaka itu menuju ke ruang makan

" Kenapa tu? " soal mama. 

" Entah dia tetiba mengamuk. Mengigil satu badan bila orang datang dekat dia. " jujur ray

" Dia trauma lagi kot " ujar papa.

" Adik masih trauma lagi ke dengan kisah lama papa? " soal zay dan zar serentak

" Mungkin " balas papa.

" Dah duduk makan dulu. Nanti dia okay la tu. " pujuk mama. Mereka menjamu selera tanpa keberadaan ika.

SKIP TIME....

" Weii faiz. Sini kejap " panggil zay

" Ye tuan? " soal faiz

" Pa Ma Nek. Faiz ni ada perkara nak cakap. " usik zay. Jejaka itu cuak.

" Cakap apa? Cakap jela. " balas papa. Faiz mengeleng kepala 

" Mana ada " balasnya. ' mampus aku. Kalau tuan dengan puan tak terima masak aku. Silap haribulan aku yang kena buang kerja. ' omelnya sendiri

" Alah kenapa nak malu malu? Lebih baik kau jujur. Kalau tidak kau juga yang melepas. " ujar zay.

" Melepas? Jujur?  apa ni? mama tak faham " ujar mama pelik dengan tingkah laku kembar ni

" Meh sinilah zar ceritakan perkara sebenarnya. " sampuk zar.

" Si faiz ni. Tukang driver dan bodyguard adik. Dia sukakan adik. Dah lama dia pendam " jujur zar. Jejaka itu sudah berpeluh satu badan takut kena reject

" Kamu biar betul zar " soal papa.

" Ye pa. Kalau tak percaya tanya tuan badan sendiri " ujar zar. Papa memandang faiz

" Betul ke semua ni faiz? " soal papa. Jejaka itu mengangguk perlahan

" Ye tuan " balasnya perlahan. Papa tersenyum

" Alhamdulilah anak mama dah ada calon suami " usik mama.

" Maknanya mama dengan papa setuju la kan faiz jadi menantu mama papa? " soal zar teruja.

" Ye sayang " mendengar kata kata mama, zar terus melompat kegembiraan seperti dia pulak yang mahu berkahwin.

" Aria dah tahu ke perkara ni? " soal papa

" Belum tuan " balas faiz

" Tak payah panggil tuan. Panggil je papa. " ujar papa

" Kalau begitu pergilah beritahu dia. Alang alang kamu boleh pujuk dia sekali. " kata mama.

" Betul tu. Pergilah pujuk adik aku tu. Ajak dia keluar lepak kat sini. " sampuk zay.

" Baik mama, papa, zay,zar saya pergi dulu ye. " pinta faiz. Mereka mengangguk dan tersenyum.

TOK!!! TOK!!! TOK!!!

" Ika? boleh saya masuk? " soalnya. Tanpa sebarang kata dari gadis itu...pintu dibukakan sedikit.

" Saya masuk eh " soal faiz lalu melangkah masuk. Diambil tempat bersebelahan ika.

" Awak kenapa ni. Hmm? Masam je muka " soal faiz lembut. Gadis itu hanya diam membiarkan soalan jejaka itu

" Awak? Hey pandang saya please "pinta faiz. Perlahan lahan gadis itu memandang faiz.

" Kenapa ni? Siapa buat awak? Abang ray buat awak? " soal faiz. Gadis itu mengangguk.

" Amboi biasye dia tu. Nanti saya babap dia. " usik faiz.

" Dah tak mau sedih sedih. Saya ada ni " pujuk faiz. Gadis itu tersenyum sedikit.

" Hah kan manis senyum tu. Ni dah makan belum? " soal faiz. Gadis itu mengangguk.

" Aik? Awak makan apa je dalam bilik ni? " soal faiz. Ika mengeluarkan semua jenis jajan yang ada. 

" Saya makan ni je. " ujarnya lalu tersengih. Faiz mengeleng.

" Jom keluar " ajak faiz

" Pergi mana? " soalnya

" Lepak dekat ruang tamu dengan papa, mama,zay,zar " ujar faiz.

" Isya,kay,el dengan khai mana? " soal gadis itu

" Isya dengan kay ikut aiman pergi beli barang. El tolong nenek kat dapur untuk makan petang. Khai pun tengah siapkan tugas dia. Ray pula dekat luar tengah amik angin. " ujar faiz. Gadis itu mengangguk.

" Kalau macam tu jom la " balas ika. Pantas gadis itu bangun dari katilnya.

" Eh kejap awak. " langkah gadis itu terhenti lalu memandang faiz. Jejaka itu melutut.

" Ehh awak nak buat apa ni?? " soal ika terkejut. Tanpa gadis itu sedar. Ada orang yang sedang menantikan detik detik kegembiraan.

Jejaka itu mengeluarkan cincin dari poketnya

" Sudikah awak menjadi permaisuri dihati saya wahai Tengku Aria Syafia? " gadis itu terdiam sejenak. ' Adakah aku sedang bermimpi? Bangun ika. Bangun ' omelnya sendiri.

" Mama Papa izinkan saya menjaga aria sehingga akhir hayat saya? " pinta faiz. Gadis itu menoleh kebelakang. Kedua orang tuanya mengangguk.

" Ma Pa? " gadis itu mati kata. Perlukah dia terima lamaran itu?  Bukankah sepatutnya abang abangnya kahwin dahulu?  Kalau dia terima...adakah ray akan makin membencinya? Fikirannya menjadi kusut.

Author akan sambung next chapter secepat yang boleh. Bantu vote ye. Terima kasih kerana support 🌷maaf kalau terlalu bosan.

Tengku Aria Safiya [COMPLETE]Where stories live. Discover now