Bab 1

1K 36 1
                                    

**Cerita ini berdasarkan cerita sebenar yang berlaku kepada diri aku sendiri. Tiada rekaan mahupun tipuan. Aku coretkan kisah kisah manis dan pahit bersama suamiku ini untuk diabadikan sebagai kenangan. Selamat membaca**

Nama aku Nurul Hani binti Afzan. Aku cuma seorang mahasiswa di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Aku berumur 19 tahun. Aku anak tunggal kepada Encik Afzan bin Omar dan Hamidah binti Abdul Razak.

Kelas pagi itu sangat membosankan. Tidak banyak pelajar yang hadir. Aku mengambil jurusan business management. Kata walid, senang nak dapat kerja nanti. Aku cuma turutkan apa yang walid mahu sebagai membalas jasa baik walid selama ini. Walid seorang yang sangat prihatin kadang kadang garang juga, tapi dia tak pernah cuba mengongkong aku dalam segi apa sahaja kecuali pakaian. Kata walid, pakaian seorang muslimah perlu sentiasa nampak sopan kerana kita akan dihormati setiap masa dan juga kita akan dijauhi oleh orang yang ingin membuat jahat kepada kita. Alhamdulillah.

Dalam 3 kelas pagi itu, cuma satu sahaja kelas yang kami duduki. Setelah satu jam setengah tunggu kehadiran lecturer untuk subjek kedua, aku membuat keputusan dengan mengajak Sal dan Ika ke cafeteria kerana aku tak sempat bersarapan dirumah tadi. Mereka setuju dengan pelawaan aku.

Sampai di cafe, aku lihat tiada tempat kosong. Kami berjalan sambil mencari tempat kosong jika masih ada. Tak lama selepas itu mata aku mengesan satu meja kosong tetapi ia terletak agak jauh di belakang. Ni kalau angkat tangan nak order makanan pun belum tentu aney ni nampak.

"Alaaaa jauhnya... Malasnya nak berjalan. Hani dukung aku please" Ika merengek manja. Ika memang agak manja sedikit berbanding Sal. Sal ni, 24 hours tak lepas dengan iPhone dia. Kalau boleh di twitter setiap masa nama dia sahaja memenuhi TL. Dia agak suka kongsi apa yang dia lakukan setiap hari di laman sosial.

"Alaaa duduk je lah. Baik cepat sebelum orang lain dapat. Nanti langsung tak dapat makan" Ika yang tadinya melentokkan kepala dibahuku, segera bangun dan berjalan sedikit laju menuju ke meja tadi.

Beberapa minit kemudian tiba tiba Ika bersuara.

"Omg, omg, Sal tu nampak tak tu, Abang Megat and the gang lah!" Sal yang sedang leka melayan smartphonenya segera meletakkan smartphonenya diatas meja.

"Ya allah, handsomenyaaaaa. Hani, tengok tu, handsome kan? Aku tak boleh go on aku macam ni" Sal dan Ika jadi tak keruan.

"Guys, relax lah. Nampak lelaki macam apa je. Kalau dia tahu korang tengok dia, buat malu je" Aku menegur mereka.

"Alaa tengok sekejap je. Janganlah marah"

"Sukahati korang lah" Aku jawab tanda surrender.

"Dalam ramai ramai tu kan, Abang Megat ni macam pendiam sikit lah. Tak banyak bercakap. Tapi pendiam pun handsome dia nauzubillah. Aduh gila aku macam ni"

"Yela kan Sal, dia macam pendiam sikit. Susah nak buka mulut. Ada emas agaknya dalam mulut dia tu. Entah lah" Balas Ika pula.

Aku yang diam segera memintas mereka.

"Macam mana korang boleh kenal diorang ni, aku tak pernah kenal pun Megat lah apa lah" Aku menyampuk.

"Haha entah lah kitorang pun tak ingat. Tapi diorang ni dengar cerita anak anak orang berada. Abang Megat tu parents dia dua dua ada business sendiri. Untungnya kan siapa yang jadi girlfriend diorang. Haihhh i wish" Ika menekup dua tangan seperti memohon sesuatu.

Entah kenapa mata aku segera memandang ke arah Megat. Tak semena mena Megat mengenyitkan sebelah matanya ke arah aku. Aku terus jadi tak tentu arah. Aku segera menunduk. Sal dan Ika perasan akan kelakuan aku yang sedikit gelabah itu. Semasa aku mengangkat wajah, kelihatan Megat tersenyum.

Megat memang manis orangnya. Dia ada lesung pipit di dua belah pipinya. Bila dia tersenyum kelihatan lesung pipitnya. Dan aku, memang suka akan lelaki yang berlesung pipit.

Daripada info yang aku dapat, Megat berumur 20 tahun, pelajar semester 5 jurusan business. Okay aku tak pernah tengok muka dia dan aku tak pernah dengar nama dia. Pelik bukan?

***

Malam itu, umi masak sambal tumis sotong. Makanan favourite aku. Yummy! Sambil tunggu walid balik dari masjid, aku duduk depan tv sekejap.

"Assalamualaikum" Walid memberi salam. Aku segera membukakan pintu untuk walid.

"Walid, jom makan. Harini umi masak sambal sotong!" Walid tersenyum. Kami segera berjalan ke ruang makan.

"Tadi di masjid ada seorang anak muda yang menderma 500 ringgit untuk tabung masjid. Masya Allah, mulia hati dia. Semoga Allah berkati hidupnya" Walid memulakan bicara setelah lama berdiam diri. Maklumlah, kami diajar supaya tidak bercakap semasa makan.

"Yeke abang? Amin... Murahlah rezeki dia hendaknya" Jawab umi.

"Dia pelajar di universiti yang sama dengan Nurul, Nurul kenal ke?" Walid tanya aku.

"Kalau tengok muka, In Shaa Allah Nurul kenal walid. Tapi tak kira siapa pun dia, sama ada Nurul kenal atau tidak, dia tetap mulia orangnya disisi Allah nanti" Aku jawab.

"Amin... Budak tu, jarang sekali dia tidak hadir ke masjid. Selalu sangat walid nampak dia. Manis mukanya. Berlesung pipit. Seronok walid tengok wajahnya. Ibu bapanya pun selalu juga datang ke masjid. Keluarga mereka memang selalu menderma pada tabung masjid. Tapi tak sangka pula kali ini sebanyak itu" Kata walid. Sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan walid, aku segera tersenyum. Tersenyum kerana tiba tiba aku teringatkan Megat. Tapi tak sangka pula walid perasan.

"Nurul? Apa yang Nurul fikirkan?" Walid tanya aku. Senyuman aku terus mati. Malunya rasa bila walid nampak.

Dear HusbandWhere stories live. Discover now