Bab 9

424 34 1
                                    

PUKUL 12 tengahari. Aku sudah siap untuk bertemu si dia. Everything is perfect! Bukan nak date pun. Cuma jumpa sekejap untuk luahkan masalah aku je. Sementara menunggu Putera Megat datang jemput aku, aku menelaah sedikit assignment yang hampir siap.

Tiba tiba telefon aku berdering tanda ada mesej dari whatsapp.

'Cik Nurul Hani, dah siap ke?'

Dari Megat.

'Dah pun. Tengah tunggu awak ni' Aku balas.

'Saya nak cakap ni...'

'Cakap apa?' Hati aku mula tak sedap. Jangan lah tak jadi. Haih aku dah siap ni Megat.

'Meeting saya habis lambat. Awak tunggu lagi 3 jam boleh?' Balas Megat. Terus terlepas handphone yang aku pegang.

Nak marah? Tak boleh. Kan dia dah cakap ada meeting. Means, penting dan perlu didahulukan. Tapi, aku dah siap. Takkan kena tunggu lagi 3 jam! Argh sabar je lah hati. Kau kena faham, dia busy. Aku pun satu, tak boleh ke jumpa esok ke, atau lain hari? Ish. Handphone aku berdering untuk kali kedua. Aku capai handphone aku. Think positive. Dia busy. Aku buka mesej. Dari Megat lagi.

'Are you okay with that?' Tanya Megat. Mungkin dia ingat aku marah.

'Oh, its okay. Meeting awak kan penting. Tak apa lah. Saya tunggu' Balas aku. Haih padahal hati dah remuk. Tak tahu nak cakap apa.

Sebaik sahaja aku membalas mesej tersebut, telefon aku berdering lagi. Tapi kali ini sebuah panggilan. Dari Megat. Aku terus angkat.

'Helo...' Suara aku pun dah tahu yang aku tak ada mood sekarang ni. Aku terdengar Megat ketawa.

'Awak ni dah kenapa? Tiba tiba gelak. Saya tak ada buat lawak pun' Kataku lagi. Dia terus gelak.

'Siapa kata awak tak buat lawak? Awak buat lawak tau. Hahahahahaha' Apa kena dengan Megat ni aku pun tak tahu. Alahai.

'Haa kenapa call ni?' Tanyaku.

'Saja...' Jawab Megat. Dia terus ketawa.

'Awak ni kenapa? Jin apa yang rasuk awak masa tengah meeting tadi?' Aku membentak. Yela, gelak dari tadi aku tak tahu apa kes. Apa yang lawaknya entah!

'Haha tak ada jin pun. Saya tengah meeting ni...' Jawab dia dengan ketawa yang masih bersisa.

'Dah tu... Kenapa call saya kalau tengah meeting? Pergilah meeting." Kataku.

"Saya tengah meeting dengan walid awak kat bawah ni haa... Saya nak mintak maaf kat awak sebab datang awal satu jam." Kata Megat. Aku terkejut terus berlari ke arah tingkap. Ya, Megat ada di bawah bersama walid. Geramnya aku sekarang ni.

'Megat Qaziff!!! Awak memang nak kena!!!" Jeritku. Sabarnya hati aku. Dia terus ketawa. Aku segera mencapai handbag dan kasut di dalam rak. Aku turun ke bawah jumpa ummi. Sebaik sahaja aku salam dan cium pipi ummi aku terus keluar.

Megat memandang aku. Dia masih mengenakan baju kemeja berwarna kelabu bersama blazer yang disangkut di tangan. Kaca matanya diselit di tengah tengah kolar baju. Rambutnya dipacaknya sedikit. Aku masih ingat bagaimana hati aku bagai nak terlompat keluar waktu itu.

Aku berjalan ke arah mereka. Walid tersenyum. Aku menyalami walid dan cium pipi walid kiri kanan.

"Jaga diri Nurul Hani. Jangan balik lambat" Kata walid sambil tersenyum.

"Pakcik, saya akan hantar Nurul sebelum maghrib" Kata Megat. Walid mengangguk. Pertama kali tau walid okay macam ni. Megat menyalami tangan walid.

"Jom" Kata Megat. Dia membukakan pintu kereta untuk aku. Aku segera meloloskan diri ke dalam Mitsubishi Lancer milik Megat. Megat mula memandu.

"Kenapa comel sangat?" Tanya Megat. Tersentak aku yang sedang sibuk berbalas whatsapp dengan Sal dan Ika.

"Haa? Comel ke?" Tanyaku. Soalan yang sangat tidak munasabah hahahaha.

"Ye. Comel" Katanya. Jantung aku dah mula nak jatuh. Pipi terasa membahang. Aku segera menukar topik.

"Kita nak pergi mana?" Tanyaku.

"Tukar topik eh? Hahahaha" Megat ni kan tahu tahu je aku rasa janggal sekarang ni. Alahai.

"Mana ada. Saya tanya kan nak pergi mana?" Kataku.

"Hahahaha. Yela Nurul. Kita pergi Sunway Pyramid" Jawab Megat.

"Buat apaa?" Tanyaku. Sama sekali tidak merancang untuk pergi kesana.

"Shopping" Terus berkerut kening aku. Shopping? Ya Allah bila masa pulak sesi luahan perasaan aku nanti kalau dah shopping je?

"Ohhh... Awak nak beli barang awak eh?" Tanyaku. Megat geleng.

"Barang awak..." Barang aku? Barang aku tu barang apa?

"Barang apa?" Tanyaku pelik.

"Alaaa tunggu lah. Nanti saya cakap. Sekarang ni saya nak dengar apa yang awak nak cakap dulu" Kata Megat. Aku memandang wajahnya.

"Emm sampai sana nanti baru kita cakap boleh?" Megat mengangguk.

SAMPAI sahaja di Sunway Pyramid, Megat memarkir kereta di dalam car park yang ada disitu. Agak susah cari parking di sini. Padat sekali. Sebelum jumpa, berpusing juga kami beberapa kali.

"Kita pergi Starbucks dulu, kita cakap pasal apa yang awak nak cakap then baru pergi shopping okay?" Kata Megat. Aku jawab dengan anggukan.

Kami menuju ke Starbucks yang terletak betul betul di pintu hadapan Sunway Pyramid. Megat berlalu sebentar untuk order minuman. Aku duduk. Terus berbalas mesej di whatsapp bersama dua orang puteri raja gopal.

'Untunglah orang dating. Alahai' Kata Sal.

'Hahahaha Nurul, kami tunggu tau cerita dating jap lagi' Ika menyampuk.

'Ya Allah, aku tak date lah. Aku jumpa dia ni sebab ada hal' Tegasku. Kalau tak tegas makin melalut dua manusia ni.

'Hahaha bincang hal tu depan rumah pun boleh. Ni tak, sampai Sunway Pyramid pulak' Ya Allah buntu aku nak cakap apa dengan diorang ni.

'Eh Nurul, snap sikit gambar Megat' Pinta Ika. Tangkap gambar Megat? Ya Allah gila aku dibuatnya.

'Nak buat apa?!"

"Ehh marah kita mintak gambar pakwe dia. Hahaha kau tengok kawan kau ni Ika"

"Ish, dah lah. Megat dah datang. Nanti apa apa aku pm' Kataku lalu terus mematikan telefon bimbit.

"Busy nampak..." Tegur Megat sambil membawa dua kopi ditangan. Aku segera menyimpan telefon bimbitku ke dalam beg lalu mencapai kopi di tangan Megat.

"Hmm... Sal dan Ika, sibuk tanya pasal kita..." Masa tu aku tak sedar. Sumpah! Terus aku tutup mulut.

"Pasal kita?" Megat mengangkat sebelah kening tanda tidak faham dengan apa yang aku katakan. Tapi aku lebih cekap. Aku mengambil langkah pantas dengan menukar topik.

"Nothing... Okay... Sekarang its time for me to tell you all my problems... Are you ready?" Tegasku. Megat angguk memberi isyarat supaya aku teruskan sesi luahan aku.

"Okay... actually saya kena kahwin" Megat terus terbatuk. Ya Allah tak kuat nak luahkan semua nya.

"Kahwin? Dengan siapa?" Tanya Megat.

"Saya tak kenal bakal suami saya tu tapi walid cakap dia orang baik baik. Kuat agama dan memang sesuai dengan saya" Airmata aku mula bertakung. Megat diam. Tak lama selepas itu dia bersuara.

"Pilihan keluarga ni selalunya bahagia, kekal sampai bila bila. Awak fikirkanlah. Kalau boleh terima. Banggakan walid dan ummi" Kata Megat. Aku terpana. Kenapa dia cakap macam tu? Aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Ini memang bukan impian perkahwinan aku. Tapi ini permintaan walid. Lelaki yang jaga, didik aku dari kecil bersama dengan ummi.

Dalam hati berkata, Ya Allah kenapa aku mesti rasa bersalah yang amat sekarang ni? Aku taknak berkahwin dengan lelaki tu dan aku juga taknak jadi anak yang tidak mengenang budi.

"Saya rasa walid fikir cara yang betul untuk kahwinkan awak. Baguslah. Melepas lah saya..." Aku terus tunduk. Megatttttttt.............

Dear HusbandWhere stories live. Discover now