⌦ ꒰ 𝗷𝘂𝘆𝗲𝗼𝗻 : 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘭𝘦𝘵𝘵𝘦𝘳, 𝘧𝘰𝘳... ꒱

65 6 46
                                    

- juyeon, yeonju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- juyeon, yeonju

a/n: saya galakkan awak baca 'love letters' dulu. part juyeon (love letter : 주연). book tu boleh cari kat profile saya. thank u <3

━━━━━━


"Loser!"

"Pembunuh!"

"Sepatutnya polis tangkap sekali perempuan gila ni, tak tenang kawasan perumahan kita kalau dia terus ada kat sini!"

Yeonju mengetap bibirnya kuat. Tubir matanya mula terasa memanas.

janganlah nangis lagi yeonju.

Penumbuknya digenggam kuat, cuba menahan diri daripada terus dikawal perasaan sendiri. Dia tak boleh menangis lagi! Cukuplah dua minggu dia meratap pemergiaan Juyeon.

Hatinya sakit.

Mengenangkan perkara yang sudah lama berlalu itu.

Baekyul sunbae.

Dia kecewa dengan lelaki itu.

Jijik.

Kalaulah Yeonju tak terdetik mahu memeriksa rakaman cctv di kawasan makmal rumahnya itu, sudah tentu sampai hari ini dia akan masih marah pada Juyeon.

Robot itu cuma mahu melindunginya.

Daripada lelaki tak guna seperti Baekyul.

"Noona, taknak bayar ke?"

Yeonju tersentak. Air matanya yang mengalir terus dikesat dengan lengan baju. Beberapa not wang kertas diletakkan ke atas meja lalu dia merentap beg plastik ditangan cashier kedai runcit itu.

Tanpa menunggu lagi, dia terus berlari keluar. Tak betah untuk terus berada di situ lama-kama.

"Noona, baki!"

━━━━━━

"Juyeon, kamu dah okay?"

Segaris senyuman terukir pada bibir Juyeon. Dia mengangguk perlahan sebelum mengatur langkah mendekati lelaki tua dihadapannya.

Atau lebih dikenali sebagai Tuan Ha. Bapa kandung Ha Yeonju.

Ya dia masih hidup.

Kematiannya segaja dia palsukan dari semua orang. Semua orang termasuk anak tunggalnya sekali, Yeonju. Dia tak mahu sesiapa mengetahui tentang hal ini, ditambah pula dengan keadaan Juyeon yang masih belum pulih sepenuhnya.

Pasti ada yang tertanya, mengapa Juyeon masih boleh hidup. Sedangkan dia sudah diarahkan oleh pihak atasan untuk dihapuskan.

Ceritanya begini,

the space . tbzWhere stories live. Discover now