BAB 6

78 5 0
                                    

Muzammir Dan Keluarganya mengikuti Keluarga Lashira untuk menghantar pemergian Lashira ke luar negara di Airport . Berat hatinya ingin melepaskan Lashira pergi Ke UK namun dia gagahi juga untuk melepaskannya kerana Lashira pergi Ke sana disebabkan program di bawah sekolah .

Tatkala tubuhnya sedang memeluk keluarganya, Matanya tidak lepas untuk memerhati Muzammir .

"Adik.. dari tadi pandang Zam dah kenapa? Dah rindu dah ke?" soal Safwan.

"Ergh.. bukan dah rindu tapi itulah adik cuma Tak sangka yang Zam berubah drastik" jawab Lashira.

"That's mean he loves you so much adik, along nampak kesungguhan dia untuk buktikan dekat adik yang Dia betul-betul bertekad nak jadikan adik as his special one" ujar Safwan.

Muzammir melangkah ke arah Dua beradik itu setelah dia memerhatikan Lashira Dan dia yakin Lashira juga memandang ke arahnya tadi .

"A..along.. eh ke nak kena panggil abang Safwan aja ? Boleh Tak kalau saya nak bercakap dengan Ara ?" Tanya Muzammir yang sememangnya meminta izin daripada Safwan.

"Awkward lah pulak bila dengar kau ber 'abang'kan aku.. Tak payahlah panggil aku abang , kau bukan isteri aku pun. Panggil ajalah along and please panggil aja aku kau dengan aku sebab nanti senang aku nak create chemistry dengan kau " jawab Safwan.

" Haish sudahlah tu Tak payah nak berdrama dekat sini, adik dah kena gerak dah tu" sampuk Puan Halina.

"Bye adik, take care.. kalau ada apa-apa bagitahu along takpun tunangmu yang cenggeng ni" ujar Safwan.

"Eh eh along ni dia yang cenggeng disebutnya Kita pulak yang cenggeng. Jaga diri baik-baik dekat sana bakal ketua bidadari syurga aku, kalau nak bergerak pergi mana-mana bagitahu je bodyguard yang aku upah tu " pesan Muzammir.

"Sudahlah tu Tak payah nak bagi kata-kata romantik dekat sini eh, hormat sikit along yang single ni " sambung Safwan.

"Eleh along , jealous cakap ajalah " bidas Lashira.

"Tak jealous pun, along boleh peluk adik tapi Zam Tak boleh HAHAHA " balas Safwan lalu bahu Kiri ditepuk kuat oleh Lashira.

"Allahuakbar menyempat pula kamu bertiga ini sambung gaduh ye, Adik cepat gerak.. nanti terlepas flight pula" kata-kata Tengku Sulaiman mengakhiri gelak tawa mereka.

"Bye Along , bye tunang saya ! Jaga diri baik-baik okay , I will miss you guys " jerit Lashira sebelum dia menuju ke balai perlepasan.

Muzammir Dan Safwan membuat bentuk love sebagai balasan daripada jeritan Lashira itu. Hati Muzammir berbunga-bunga tatkala Lashira mengaku dirinya sebagai tunangnya. Aduhai, inikah perasaan apabila sudah dimabukkan dengan cinta?

Tanpa mereka sedari, Ada sosok tubuh seseorang yang ralit memerhatikan mereka dengan amarah yang Kian menyelubungi dirinya.

"Kau ingat kau boleh bahagia ke perempuan? Kau tunggu nasib kau nanti ! Aku akan buat kau menderita" Gumam Tina di sebalik tiang sambil tangannya ralit mengenggam botol mineral.

"Untung lah Tengku ada orang hantarkan bodyguard" usik Husna.

"Hei jealous nampak? Takkan lah nak jealous sebab dia ni pun Sama dapat bodyguard juga" balas Lashira.

"Bukan jealous pasal itulah Tengku , jealous pasal hubungan Tengku dengan Raja " kata Husna.

Mendengar ayat Husna itu membuatkan Lashira tersenyum.

"Apa ni, kenapa panggil Kita Tengku? Mana hilangnya pangggilan Ara tu?" Soal Lashira.

"Tengku kan cucu raja , patik kenalah hormat kepada tuanku " jawab Husna.

"Eh eh dia ni kan.. sebelum ini elok aja Tak bertuanku bagai dengan kita .. Tak payahlah panggil kita macam itu, awkward Tau " kata Lashira

Husna tertawa kecil apabila mendengar bebelan Lashira itu .

"Oklah , saya minta maaf ya Ara sayang ." Balas Husna lalu kedua di antara mereka ketawa.

"Jauh termenung..awak fikirkan pasal apa?" Suara garau yang menyapa telinganya membuatkan Melinda tersedar daripada lamunannya lalu memandang tepat ke arah lelaki yang menyapa itu.

"Saya terfikir pasal perbuatan saya yang di luar kawalan .. nasib baik dia dah maafkan saya " Melinda membalas persoalan lelaki itu sambil menundukkan kepalanya.

"Baguslah kalau awak dah sedar dengan kesilapan awak tu .. awak buat macam itu disebabkan hasutan syaitan yang menguasai diri awak, syaitan dah menari bila awak buat macam itu tapi Tak mengapa , saya percaya awak dah Tak akan buat benda itu lagi " ujar lelaki itu.

"Ma..macam mana awak yakin sangat yang saya dah Tak akan buat perkara itu lagi?" Soal Melinda.

"Sebab saya dah nampak effort awak untuk memperbaiki diri awak .. saya nampak kekesalan awak walaupun Saya Tak kenal awak siapa " jawab lelaki itu lagi.

Mereka berdua bertatapan lama . Fikiran Melinda sudah penuh dengan pelbagai persoalan mengenai remaja lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Saya tahu apa yang awak fikirkan tapi saya minta maaf saya takkan mampu perkenalkan diri saya sekarang ini, mungkin lain Kali kalau Kita diizinkan untuk berjumpa .. Kalau awak betul-betul menyesal Dan nak berubah, saya nasihatkan awak supaya beristiqamah mendekatkan diri kepada allah . Saya pergi dulu lah ya, awak.. ada masa kita jumpa lagi " sambugnya.

Ayat yang dilontarkan oleh lelaki yang tidak sempat dia mengetahui namanya itu membuatkan Melinda termenung lama .. Ayat itu sedikit sebanyak menimbulkan keinsafan dalam dirinya.

" OPAHHHHHHH!'' jerit Tina tatkala melihat Hajah Hamidah berada di ruang tamu .

"' Ya cucuku sayang, kenapa jerit ni ?'' Hajah Hamidah memberikan respons kepada jeritan Tina itu.

" Perempuan tak guna dah berambus daripada sini '' Ujar Tina dengan nada yang gembira.

" Berambus tu berambus selama-lamanya ke ?" Hajah Hamidah mengajukan soalan kepada Tina.

"Rasanya belum lah , Opah.. Kalau dia berambus selama-lamanya sekarang, kita tak dapat nak teruskan plan kita untuk teruskan menyeksa dan menyakiti dia dekat dunia ni " Balas Tina.

" Betul juga, kita kena bagi pengajaran dekat dia secukupnya sebab dia memang tak layak untuk bahagia" Hajah Hamidah menyokong Tina.

'' Kita kena buat tunang dia bencikan dia dulu Opah , dia tak boleh nak kahwin dengan Tunang dia tu " Tina memberi cadangan .

" Pasal dia dengan Tunang dia tu kita buatlah masa diaorang dah HALAL nanti , sekarang ni kita kena aim orang baru yang boleh mendatangkan penderitaan dekat budak tak guna tu " Hajah Hamidah membalas ayat Tina.

" Kita nak mulakan dengan siapa , Opah?" Terbeliak biji mata Tina tatkala mendengar kata-kata opahnya itu tadi.

" Kita mulakan dengan abang Wan ... diaorang kan rapat .. kita kena buat Abang Wan benci dekat dia dengan cara... Buat abang wan amnesia . Bila abang Wan dah amnesia , Kita boleh hasut yang bukan-bukan dekat dia "

Hati Tina bersorak keriangan apabila mendengar Idea yang dilontarkan oleh Hajah Hamidah. Dia sudah Tidak sabar untuk melihat Lashira terus terseksa sehingga akhir hayatnya.

His Royal lover حيث تعيش القصص. اكتشف الآن