Chapter 2

122 8 2
                                    


Syed Amin merupakan seorang pemuda berusia 26 tahun yang bertubuh tinggi lampai. Wajahnya yang kacak menjadi magnet bukan hanya kepada kaum wanita, tetapi juga kepada mereka yang berstatus gay. 

Secara peribadi, Syed Amin tidak ada masalah langsung berkawan dengan mereka yang berstatus gay kerana dia sedar dia merupakan bisexual walaupun tidak pernah mengakui secara terbukan. Juga, semenjak berkahwin dengan Dania, dia cuba untuk menjadi suami yang baik dan meninggalkan dunia 'sisi gelap' secara total.

"Hey sayang,macam mana kerja harini? Okay?"

Syed Amin bertanya kepada Dania sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk penumpang. Sejurus itu, Syed Amin mula memandu kereta keluar dari perkarangan Hospital Kuala Lumpur.

"The usual bang, patients ramai... kes kes emergency pun banyak yang complicated. Saya penat"

"So... since awak penat, jom la kita dinner luar je hari ni. Tak payah awak masak sampai rumah jap lagi"

"Jommm! Makan kat restoran baru bukak kat area rumah kita tu okay tak syang?"

"Pun boleh... selalu nampak ramai pelanggan. Kita pun kena cuba!"

Ada niat disebalik ajakkan Syed Amin untuk makan malam diluar. Dia tidak mahu Dania terlampau penat bagi mengelakkan 'ajakkan' nya malam ini tidak ditolak. Sejujurnya, sudah lebih dua minggu Syed Amin tidak mendapat sentuhan hangat dari isterinya dek kepenatan bekerja.

*****

Sepanjang menikmati makan malam di Restoran Sri Delima, Syed Amin dan Dania hanya berborak kosong yang menyentuh pelbagai aspek, darilah bab bekerja hinggalah berkaitan isu semasa yang sedang hangat di sosial media.

"Best gak ye makanan kat sini bang... boleh la makan sini lagi lepas ni"

"Kan sayang... tengok lamb chop ni, portion besar dan cukup tender. You nak order dessert?"

"Boleh jugak bang. Abang pilih la nak order apa. Saya nak pergi toilet kejap"

Sedang asyik Syed Amin membelek menu yang berada di hadapannya, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.

"Syed Aminul Hakim... Is that you?"

Syed Amin berpusing ke arah suara yang memanggil nama penuhnya lalu berdiri apabila melihat wajah yang dikenali berdiri betul-betul disebelah mejanya. Syed Amin sebenarnya agak terkejut kerana dia tidak menyangka bahawa dia akan bertemu individu tersebut selepas mimpi yang dialaminya beberapa minggu yang lalu.

"Heyyy, Danish Haikal..."

"As i live and breathe, brother"

Syed Amin dan Danish berjabat tangan dan satu pelukan mesra daripada seorang sahabat diberikan. Agak adil bagi Syed Amin untuk mengaggap Danish sebagai seorang sahabat selepas banyak perkara yang dilakukan bersama sepanjang perkenalan meraka. Dari menjadi sebahagian daripada ahli majlis perwakilan pelajar sewaktu asasi, sehinggalah aktivity seks terlarang yang mereka berdua pernah lakukan.

"Kau baru sampai ke Danish?"

"Oh tak... Aku dari tadi lagi nampak kau dengan isteri kau. Tu, aku duduk kat meja sana dengan kawan aku..."

Danish menunjuk ke arah meja yang dia dan rakannya bersantap. Ada figura seorang lagi lelaki ynag juga duduk di situ.

"Tu siapa? BF ke Danish?"

"Nahh... kawan aku je. Nama dia Naqib. Tapi since rumah dia pun kat area area sini gak, kitorang decided untuk dinner kat restoran ni."

 "Anyway, aku try call kau tadi Syed... nak pastikan aku betul-betul nampak kau atau tak... Tapi masuk voice mail. Kau tukar nombor?"

"Ha ah, aku dah tukar nombor Danish. Aku nak move on dari hidup lama and taknak orang orang dari hidup lama aku cari..."

"Sooo, kalau aku nak mintak nombor baru kau, boleh? ke dengan aku pun kau taknak share?"

Syed Amin berasa agak serba salah untuk berkongsi nombor barunya kerana niatnya memang betul betul ingin meninggalkan dunia pelangi yang pernah dia jalani. Namun, Syed Amin tetap memberikan nombor barunya kerana hubungannya dengan Danish yang agak rapat. 

Usai sahaja Syed Amin memberikan nombor telefonnya, Dania menghampiri meja makan. Syed Amin memperkenalkan Danish kepada Dania sebagai sahabat lama dari zaman universitinya.

"Well Syed, ma'am... sorry for interrupting your dinner. I think I'll go now. Anyway, it is nice to see you again after soo long!"

Syed Amin melihat Danish berlalu pergi dan sekali lagi, dia sempat menjeling ke arah Naqib yang sibuk melayani telefon bimbitnya keseorangan. "Comel", gumam Syed Amin di dalam hati.

"So bang, u order apa untuk dessert?"

"Sorry sayang, i tak sempat order lagi sebab kawan i datang tegur tadi"

"Its okay abang... Kita order cake ni la. Okay?" 

Syed Amin mengangangguk bersetuju dengan pilihan dessert isterinya. Yang penting isteri dia gembira.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 9.50 malam. Dania yang baru sahaja usai memakai set penjagaan kulit seperti rutinnya setiap malam segera merebahkan badannya di atas katil. Sejurus itu, lampu meja dimalapkan menandakan dia sudah bersedia untuk tidur.

"Sayang... esok kan weekend... Jom?"

Syed Amin memulakan kata untuk bermanja manja dengan isterinya.

"Awak nak ke mana esok?"

"Alaa... bukan nak pergi mana mana la sayang. Maksud I, jom la malam ni kita bermesra-mesra. Dah lama kan tak dapat..."

"Emm, sayang penat la bang. Esok kena on-call lagi kat hospital. Next time boleh? Sorry..."

Dania sedar yang sudah agak lama mereka tidak bersama. Namun, dia terpaksa juga menolak.

"Okay la macam tu. Sayang rehat and tidur la... Next time. Good night sayang."

"Nighty night, bang. Saya mintak maaf ya..."

Syed Amin sedikit kecewa dengan penolakkan untuk beradu asmara . Namun, dia faham yang isterinya juga penat dan perlukan masa rehat yang cukup. Tambahan lagi apabila Dania dijadualkan untuk 'on-call' di hospital.

Melihat Dania sudah memejamkan mata, Syed Amin menggapai telefon bimbit yang berada di meja kecil di sebelah katilnya. Pesanan whatsapp dibuka dan nama Danish ditaip. Namun, niatnya dibatalkan dan Syed Amin membuat keputusan untuk membuka twitter, sekadar melayani matanya yang masih belum mengantuk.

(bersambung)

-----------

ps:

-Hey guys. Macam biasa la, kalau ada feedback apa apa mohon komen eh and harap korang semua enjoy dengan cerita ni ya. Have a good weekend semua!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Yang pertamaWhere stories live. Discover now