HYURA menyediakan sarapan pagi untuk Airel memandangkan jejaka itu kerja hari ni.
Derapan kaki menuruni tangga membuatkan Hyura menoleh memandang si suami.
"Awak, saya dah siapkan sarapan." Airel menoleh sekilas memandang nya.
"Kau makan la sorang diri. Aku makan dekat cafe." Belum sempat Hyura hendak mendekati Airel dan menyalami tangan nya, jejaka itu sudah keluar dari rumah.
Hati nya terasa bila dilayan seperti itu oleh suami sendiri tapi apa dia boleh buat sedangkan Airel sudah memberitahu yang dia sikit pun tidak akan mencurahkan cinta nya.
Hyura ambil keputusan untuk sarapan seorang diri dan setelah tu dia akan bersiap pergi kerja.
Setibanya di syarikat, dia melangkah masuk ke dalam dan dihadiahkan senyuman buat mereka.
"Boss, boss ada outstation dua minggu lagi di Italy." Ujar Rayna sebagai PA Hyura.
"Baiklah, ada apa apa lagi?" Rayna mengeleng kepalanya dan meminta diri untuk keluar.
Komputer mula dinyalakan untuk memulakan kerja nya. Jari jemari pantas menaip di papan kekunci.
AIREL pulang ke rumah lebih awal dan masuk saja, bayangan Hyura tidak ada. Tidak lama itu enjin kereta kedengaran di luar rumah.
"Assalamualaikum." Airel hanya menjawab salam tu di dalam hati.
"Kau pergi mana? Berfoya dengan jantan dalam club lagi?" Soal Airel dengan kening dijongketkan.
"Astaghfirullahalazim, kan saya kerja juga. Sampai bila awak nak ungkit kisah silam saya Airel? Saya dah tak buat semua benda tu."
"Shh shh kau tak payah nak alim sangat depan aku. Perempuan kalau dah murah memang selama lama nya murah. Kau depan mata aku tak jauh beza dengan pelacur." Remuk hati Hyura bila si suami melontarkan kata kata sebergitu.
"Awak melampau Airel." Terkepal erat penumbuk Hyura. Nak ikutkan hati dah lama dilayangkan ke muka itu.
"Kau guna bomoh mana la sampai mama aku pun terpikat nak jadikan kau menantu. Kalau mama aku tahu kau dulu kaki mabuk! Memang dia tak akan terima perempuan murah macam kau." Hyura berlalu naik ke bilik kerana tidak tahan dengan kata kata yang Airel lontarkan pada nya.
Masuk sahaja dalam bilik, pintu ditutup dan dikunci. Air mata yang mengalir dikesat olehnya.
Dia tak mampu nak ubah kisah lalu tapi sekurang kurangnya dia dah tak jejak kaki ke situ lagi. Dia akui dulu dia jahil dan lupa diri.

YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...