Bab 14 Sungguh Tak Disangka

301 12 5
                                    

Erna amat gembira pada hari itu. Dia melakukan semua kerja rumah dengan rasa begitu senang sekali. Semua kerja yang dilakukan itu dirasakan tidak melelahkan dirinya. Dia juga sejak pukul 4 petang tadi sudah kerap kali melihat ke arah jam. Lagi beberapa minit akan ke pukul 5 petang.

Selalunya Syed Darius akan sampai ke rumah pada pukul 5.30 petang. Erna juga telah melupai seorang lagi penghuni rumah itu iaitu Faradiba kerana keasyikannya merindui Syed Darius.

Minuman petang dan sedikit kuih disediakan olehnya sementara menantikan kepulangan Syed Darius. Dia juga menghias diri dengan mekap tipis, berbaju blaus serta skirt labuh dan memakai wangian pada tubuhnya.

Jarum jam menunjukkan hampir ke pukul 5.30 petang.

Di luar rumah kedengaran deruan kereta memasuki rumah. Erna terus berlari ke muka pintu. Erna merasa dirinya amat merindui Syed Darius. Baru 2 jam lebih berpisah sejak dia dirasmikan oleh Syed Darius pada tengahari tadi, sekarang dia amat merindui lelaki itu. Dia ingin memeluk lelaki itu, serta menciumnya juga. Itulah niat Erna sekarang.

Dengan terburu-buru dia membuka pintu rumah.

Deg!

Jantungnya bagai hendak gugur. Bukan Syed Darius yang pulang. Tetapi Faradiba.

"Asal kau tengok aku macam tengok hantu, huh.?" soal Faradiba sedikit kasar sambil meloloskan dirinya masuk ke dalam rumah. Oleh kerana sedikit letih, dia terus rehatkan diri di sofa ruang tamu.

Erna masih lagi berdebar. Dia tidak menyangka Faradiba akan pulang awal.

'Bukan selalu malam ke dia baru balik. Aduh, rosak program betul lah perempuan ni,' Omelnya di dalam hati.

"Beri aku air barli sejuk..." arah Faradiba. Faradiba suka minum air itu.

Erna pun tahu minuman kesukaan Faradiba. Malah dia telah sediakan sebotol air barli itu di dalam peti sejuk. Dia hanya perlu menuang sahaja ke gelas untuk Faradiba. Atau kadang-kadang Faradiba akan mengambil sendiri minuman itu di dalam peti sejuk.

Apa yang menggembirakan Erna, Syed Darius tidak suka minum air barli. Dia pernah meletakkan minuman itu beberapa kali untuk Syed Darius, lelaki itu menolak. Minuman kesukaan Syed Darius adalah orange jus, sama sepertinya. Serasi rasanya, macam ada kimia pula, suka benda yang sama.

Erna datang kepada Faradiba bersama segelas air barli sejuk.

Faradiba merenung Erna, ada kelaianan pada Erna, "Kenapa kau tak pakai tudung kepala? Kan sekejap lagi Darius akan pulang. Kau nak tunjuk aurat kau kat suami aku ke?"

Faradiba mengambil minuman itu dengan jelingan tajam ke arah Erna.

"Ohh, maaf, saya terlupa. Saya masuk pakai tudung sekarang..." Erna berlalu dengan hati yang sebal.

'Aku racun baru tahu...' Erna mula berniat yang tidak baik.

Dia masuk ke bilik dan mengenakan tudung pada kepalanya. Kemudian dia mengeluarkan buku notanya. Dia menyemak dan menulis sesuatu. Dia tersenyum sinis.

"Ernaaa!!"

Erna terdengar namanya dilaung oleh Faradiba. Bergegas dia keluar semula ke ruang tamu.

"Ada apa puan?"

"IUI tu berjaya tak? Saya terlupa nak tanya Darius. Saya call dia tengahari tadi tak jawab. Petang saya call, dia meeting pula."

Erna rasa hendak tersenyum bila terkenang saat tengahari tadi. Memanglah Syed Darius tak jawab sebab pada waktu itu mereka sedang berbagi rasa. Kemudian dia teringat akan pesanan Syed Darius mengenai IUI itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pembantu Rumah Seorang CEO(Tamat/Unpublish)Where stories live. Discover now