PROLOG

2.7K 350 14
                                    

Tahun 2032.

"Mama... kenapa kerajaan kita bermusuh dengan kerajaan Adhara?" soal Amra yang sedang baring di atas katil.

"Negara-negara dekat luar sana tak ada pun bermusuh macam kita. Malam tadi mama ceritakan tentang Australia. Malam semalam mama ceritakan sejarah Asia. Kenapa lepas negara-negara lain mencapai kemerdekaan, mereka hidup aman tenteram. Kita belum merdeka ke mama?" Petah budak berumur 5 tahun itu berkata-kata. Dibesarkan oleh ibubapa yang bukan calang-calang orang, sejarah dunia menjadi bedtime-story setiap malam. Namun ibubapanya masih belum pernah bercerita hal yang berkaitan kerajaan mereka.

Puan Azira menarik selimut untuk menutup tubuh kecil itu. Amra ini sangat banyak rasa ingin tahunya. "Amra nak dengar kisah kerajaan kita?" soalnya lembut. Rambut si anak diusap ke belakang dengan penuh kasih sayang.

Amra mengangguk teruja. "Nak, nak!"

Puan Azira tersenyum manis. Mungkin ini masanya untuk anaknya ini tahu tentang sejarah kerajaan mereka.

"Once upon a time... there was a Kingdom called... Hestan."

Beberapa ratus tahun yang lalu, Aqtar dan Adhara tidak wujud. Yang wujud hanyalah Kerajaan Hestan yang bernaung di bawah pimpinan Raja Anong Widhaya. Setelah Raja Anong mangkat, anak pertamanya Hilal yang merupakan seorang mualaf mengambil tempatnya. Sejak dia menjadi Raja, dia menukar gelaran Raja menjadi Sultan dan Kerajaan Hestan menjadi Kerajaan Hijjaz, di mana agama Islam mula meluas di seluruh pelosok kerajaan.

Buat beberapa tahun selama pemerintahannya, penduduk yang tidak kira bangsa mahupun agama hidup damai dalam satu naungan pemerintah. Namun apabila Sultan Hilal mangkat tanpa meninggalkan satu pun pewaris, adik kembarnya mula berbalah sesama sendiri untuk merebut takhta.

Hamka mahu menerus legasi abangnya yang menekankan agama islam dalam kerajaan ini.

Jabed tidak sukakan islam dan mahu membuang islam jauh dari kerajaan ini.

Maka, dua beradik kembar mula bergaduh sesama sendiri untuk menjadi pengganti abang mereka. Sehinggalah apabila pergaduhan itu menyebabkan pertumpahan darah dan peperangan daripada dua-dua pihak, mereka akhirnya bersetuju untuk membahagikan Hijjaz kepada dua kerajaan yang berbeza. Di mana perhubungan antara mereka adalah dilarang, dan mana-mana penduduk dilarang untuk masuk ke kawasan satu sama lain.

Kerajaan yang dipimpin oleh Sultan Hamka diberi nama Aqtar, di mana dia mengekalkan Islam sebagai agama utama dan sumber bagi undang-undang kerajaan termasuk hal-hal politik. Rakyat yang tidak kira bangsa dan agama yang memilih untuk tinggal dalam kerajaan ini hidup aman dan tenteram di bawah pemerintahan Islam.

Kerajaan yang dipimpin Raja Jabed diberi nama Adhara, di mana kerajaan itu terkenal dengan kekejaman pemerintahannya. Mereka tiada kebebasan. Yang ingin menukar kepada agama islam ditentang. Yang ingin keluar dari kerajaan diseksa. Yang menentang pemerintahan pula dibunuh. Hanya yang benar-benar menyokong Adhara sahaja yang aman tenteram hidup di situ meskipun kesejahteraannya boleh terancam bila-bila masa.

Maka, sehingga sekarang Aqtar dan Adhara masih tidak bersatu, masih mengharamkan antara satu sama lain untuk bertemu mahupun ada kaitan dari apa-apa aspek sekalipun.

"And now, in The Kingdom of Aqtar, the people live happily ever after."

UNKNOWNWhere stories live. Discover now