12

116 17 6
                                    

Ryeon Sena menghampiri Danielle yg sedang menonton televisyen di ruang tamu. Nama gadis itu dipanggilnya lembut tapi dia tidak menerima respon sama sekali. Hanya diabaikan tak kisah lah berapa banyak dia mencuba. "Danielle!" Jeritnya marah dan ia berjaya menarik perhatian teman baiknya itu.

"Kenapa?"

"Aku panggil kau kan? Kenapa kau abaikan aku?" Berkerut dahinya tak puas hati.

"Aku tak nak bercakap dengan kau"

Sena mengepal penumbuk menahan amarah setiap kali Danielle memperlakukannya sebegini. Membuatkan dirinya sangat sedih kerana tiada sesiapa yg dia sayangi kecuali Danielle seorang saja. Dia benar-benar penting baginya dibandingkan ibu bapanya sendiri yg sentiasa sibuk mengejar kekayaan.

"Danielle.. Apa salah aku? Kau masih marah pasal Jungwon ke? Kau tak faham lagi ke, aku cuma buat semua ni untuk kau. Bukan untuk sesiapa" Matanya mulai berkaca-kaca.

Namun yg dia terima hanya lah pandangan kosong daripada Danielle. "Untuk aku? Tapi aku tak nak, kan? Aku halang kau dan suruh kau berhenti. Jelas sekali kau buat semua ni untuk memuaskan diri kau sendiri! Kau cuma nak nampak hebat dapat hancurkan lelaki player macam dia, kan?"

"Apa kau merepek ni?! Jungwon memang patut diberikan pengajaran. Aku tak nak perempuan lain dapat nasib yg sama macam kau. Danielle tolong lah faham aku. Kenapa kau pentingkan dia sangat?! Aku yg membesar dengan kau, kan?!"

Danielle menutup televisyen kemudian melipatkan kedua-dua tangannya ke atas dada. "Sena. Kau pun kena faham aku. Kalau kau permainkan Jungwon, maknanya kau tak ada beza pun dengan dia. Lagipun, aku tahu latar belakang Jungwon kenapa dia boleh jadi macam tu"

"Apa maksud kau?"

"Jungwon dibuang oleh keluarga dia sejak dia sekolah rendah lagi. Memang ibu bapa dia masih berstatuskan 'penjaga' bagi dia tapi.. Sejak kecil lagi dia hanya dibiarkan tinggal dekat daerah lain dan semua keluarga dia tak sukakan dia sebab dia tak bijak macam stereotaip anak orang kaya yg lain. Ayah dia ceraikan ibu kandung dia dan kahwini perempuan lain semata-mata nak gantikan Jungwon dengan bakal pewaris yg berasal dari keluarga genius"

Sena hanya fokus mendengar penjelasan daripada Danielle. Sedikit demi sedikit rasa bersalah muncul. "Ibu dan ayah dia bergaduh besar sebab dua-dua tak nak ambil hak penjagaan dan akhirnya dia dibiarkan tinggal sendiri seolah-olah dibuang. Tak ada sesiapa pernah lawat dia. Dia masih nampak kaya kan? Tapi tu hanya satu-satunya yg dia dapat daripada keluarganya. Kau tak kasihan dekat dia ke? Dia keluar dengan banyak perempuan pun sebab nak menumpang kasih sayang je"

"Jungwon tak pernah permainkan sesiapa tapi cuma melayan peminat-peminat dia sebab diorang memang dah sukakan dia. Dia bukan jenis lelaki yg buatkan perempuan lain sukakan dia dan terus tinggalkan macam tu je"

Sena mengerutkan dahinya sambil berfikir. Memang sadis dan menyedihkan kisah Jungwon ni tapi dia tetap lelaki tak guna yg suka mempergunakan perempuan lain demi kepentingan sendiri.

"Danielle, itu masih bukan satu alasan untuk dia sakitkan perempuan yg lain"

"Dan kau tak ada hak untuk menilai Jungwon bila kau sendiri buat benda yg sama, Ryeon Sena. Aku tak kisah kalau kau betul-betul bercinta dengan dia. Tapi tolong jangan permainkan dia dan aku harap kau boleh bahagiakan dia"

Sena mengerutkan dahi kecewa setiap kali Danielle lebih menyokong Jungwon berbanding dirinya. Dia ketawa sinis. "The fxck you mean 'bahagiakan?' nonsense" Terlalu emosi dan letih untuk bertengkar mulut, pada akhirnya dia memutuskan untuk keluar menenangkan dirinya. 

xx

Ting!
50 new unread messages from Jungwon Yang.

“I miss you so much, my goddess”

“What are you doing?”

“Are you free tonight? Jom makan dekat restoran mewah

Sayanggggggggg

“I love you so much. Forever!”

Kenapa tak balas? Kenapa tak baca?”

“Tadi aku pergi beli buku, tutorial how to jadi boyfriend yg baik hehe. Suka tak effort aku?”

“Bae.. why are you ignoring my messages?”

“Are you alright?”

“Reply lah sayang!”

seen by sena

Deleted messages from Jungwon Yang

- Sial sial sial. Kenapa dia tak balas. Aku nak mati.
- Sena kau benci aku ke? kenapa abaikan aku?
- Fxck it. Kenapa aku nangis hanya disebabkan kau tak balas chat aku?
- Kau takkan gantikan aku dengan mana-mana lelaki lebih genius kan?
- Sial. Aku tak boleh berhenti nangis
- Sena, i miss you
- if i try to kill myself, will you love me more?

xx

xx

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝Moth To A Flame❞ + Jungwon  Where stories live. Discover now