𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 2 🍁

2.3K 134 8
                                    

RINA tersengih suka bila mama mengajaknya untuk keluar mencari baju kerana malam esok ada majlis di company baru papanya. Mungkin untuk merasmikan pembukaan syarikat baru itu.

"Ian pun datang sekali. Wakilkan ayah dia. Ayah dia tak berapa sihat nak datang majlis." Shahrul berkata sambil meneguk jus oren yang mamanya buat.

"Abang Ian pun datang? Tak sabar.."

Shahrul mencebik.

"Apalah adik nampak kat Ian tu? Ian tu bukan islam tau."

"Salah ke adik nak suka? Bukannya nak ajak kahwin." bidas Rina. Tidak senang dengan apa yang Shahrul katakan.

Datin Sarimah tersenyum. "Rina, berkawan boleh. Tapi jangan lebih-lebih."

"Rina tau la mama." Rina bangun dari duduknya dan berlalu naik ke bilik. Shahrul mengeluh perlahan.

"Tegur sikit dah merajuk. Ma, Ril bila datang sini?"

"Shahril? Tak dapat nak datang. Mama dah tanya semalam. Dia sibuk sebab ada kerja kumpulan nak disiapkan." Shahril, adalah anak keduanya yang sedang belajar di US.

"Oh.. Okay."

DATIN SARIMAH dan Rina masuk ke butik yang menjual gaun serta dress

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DATIN SARIMAH dan Rina masuk ke butik yang menjual gaun serta dress. Shahrul pula mengikuti mereka dari belakang sambil mendukung Shasha.

Rina jadi rambang mata mencari dress yang dia mahu pakai sementara mamanya berbual dengan pekerja di situ.

Shahrul pula mengambil tempat duduk yang disediakan di situ. Shasha dia pangku sambil mata melihat sekeliling. Ada juga baju untuk lelaki tersedia di situ. Bolehlah dia try sut di sini juga.

Rina dia lihat sudah berada dalam dunianya sendiri. Adiknya itu dari kecil lagi sukakan dress pendek paras bawah lutut. Dan juga berwarna putih. Dia paling suka dengan something yang berwarna putih. Pakaian, beg, kasut atau aksesori lain. Yang penting berwarna putih.

"Mama, ni cantik tak?" tanyanya pada Datin Sarimah yang juga sedang melihat gaun labuh di situ. Mujur butik ini ada sediakan jubah. Shahrul menghela nafas lega bila Rina memilih dress yang labuh. Risau dia kalau adiknya itu memilih yang singkat. Nak kena belasah dia oleh papanya nanti. Tak reti jaga adik.

"Yang ni cantik, mama suka." pujinya. Rina tersenyum.

"Rina nak try."

Datin Sarimah mengangguk. Dia memanggil salah seorang pekerja untuk membawa Rina ke fitting room.

Selesai memilih baju, Datin Sarimah duduk di sebelah Shahrul. Anak lelakinya itu pula yang pergi fitting sut. Tema mereka sekeluarga adalah warna putih untuk perempuan, hitam untuk lelaki.

"Rina dah try. Nak yang ni." Dia menunjukkan satu dress yang labuh pada mamanya.

"Letak je kat kaunter tu. Baju mama dah ada kat sana."

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now