Kahwin Stories

Refine by tag:
kahwin
WpAddcinta
WpAddsweet
WpAddsayang
WpAddmelayu
WpAddromance
WpAddlove
WpAddmalay
WpAddromantik
WpAddmalaysia
WpAddbahagia
WpAddnovelmelayu
WpAddisteri
WpAddcurang
WpAdddendam
WpAddsuami
WpAddsedih
WpAddnovel
WpAddceo
WpAddrindu
kahwin
WpAddcinta
WpAddsweet
WpAddsayang
WpAddmelayu
WpAddromance
WpAddlove
WpAddmalay
WpAddromantik
WpAddmalaysia
WpAddbahagia
WpAddnovelmelayu
WpAddisteri
WpAddcurang
WpAdddendam
WpAddsuami
WpAddsedih
WpAddnovel
WpAddceo
WpAddrindu

177 Stories

  • Narcissist [On Going] by elviraeth
    elviraeth
    • WpView
      Reads 45
    • WpPart
      Parts 6
    Bagi Safiya Humaira, dunia ini hanyalah sebuah taman bunga yang sangat indah. Dibesarkan dengan didikan agama yang kental oleh ayahnya, seorang tokoh pendakwah yang disegani, Pia memegang satu prinsip yang teguh: Semua manusia itu asalnya fitrah dan mempunyai kebaikan dalam diri mereka. Baginya, syaitan itu hanya wujud dalam kitab, bukannya dalam rupa paras manusia yang menawan. Sehinggalah dia bertemu dengan Zafran Mikael. Zafran adalah segalanya yang diimpikan oleh setiap wanita. Seorang pelakon gred A yang dipuja satu Malaya dan mampu menggoncang bumi sesiapa saja yang melihatnya. Namun, di sebalik senyuman manis dan lakonan sempurna itu, Zafran adalah seorang Psikopat dan penderita Narcissistic Personality Disorder (NPD) yang kronik. Sebaik sahaja geran harta dan empayar perniagaan ayah Safiya berpindah tangan kepadanya, Zafran mula menanggalkan topengnya. Kebaikan Safiya yang selama ini menjadi kebanggaan, kini menjadi bahan ejekan buat Zafran. Dia memanipulasi, memijak maruah, dan akhirnya merampas segalanya dari Safiya. Namun, di saat Safiya sudah hilang segalanya, Zafran tetap tidak mahu melepaskannya. Biarpun kata cerai sudah meniti di bibir dan tempoh iddah sedang menghitung hari, Zafran terus memburu. Dia mahu Safiya kekal di sisinya bukan kerana cinta, tetapi kerana dia memerlukan mangsa untuk memuaskan egonya yang narsisistik. Dalam tempoh 3 bulan yang penuh dengan air mata dan manipulasi, Safiya harus memilih: Terus menjadi mangsa dalam sangkar emas, atau bangkit menghancurkan ego seorang lelaki yang tidak pernah tahu erti simpati.
  • Hati Yang Kembali by shesdarkcloud
    shesdarkcloud
    • WpView
      Reads 91
    • WpPart
      Parts 2
    A love story between Tengku Malique Iqhan & Nur Haura Melissa Haura merupakan gadis kampung anak bongsu daripada dua beradik mempunyai abang-abang yang gila tetapi tegas! Dibesarkan oleh keluarga yang sederhana namun bahagia Sikapnya yang selamba sahaja , mulut sentiasa celupar tetapi disisi yang lain Haura seorang yang penyayang dan si paling menjawab jika diarah oleh bos nya . selain itu mempunyai wajah yang cantik mampu menambat hati sesiapa sahaja tapi sayangnya sudah berpunya iaitu Adam mereka telah bertunang hampir satu tahun namun ia tidak bertahan apabila encik tunang memilih wanita lain tambahan pula wanita tersebut adalah janda ber anak satu . Impian Haura ingin hidup bahagia bersama encik tunang hancur lebur begitu sahaja akibat patah hati Haura memilih untuk menerima tawaran kerja di sebuah syarikat besar dan bawa diri ke bandar. Tengku Malique Iqhan dikenali sebagai bujang terlajak? Dek kerana umurnya kini sudah menginjak ke usia 33 tahun sudah hampir ramai wanita ibunda tercintanya perkenalkan kepadanya tetapi di tolak mentah-mentah alasan ingin fokus kepada kerja. Jejaka tampan tapi bujang terlajak mulut pula boleh tahan pedas hinggalah dia menerima seorang pekerja baharu di saat pekerja lain takut dengannya lain pula Haura Melissa selamba sahaja melawan cakapnya pertama kali juga dia merasa terkaku. Semua wanita inginkan dirinya hanya kerana pangkat dan harta tapi tidak pada Haura Melissa sedikit pun ambil 'port' yang dia tahu bos nya ' Tengku Malique Iqhan ' adalah seorang yang 'annoying'! Maka bermulalah dimana Tengku Malique Iqhan dan Nur Melissa Haura tidak ubah seperti anjing dan kucing akan ada sahaja pergaduhan antara mereka berdua! Tanpa sedari lama kelamaan cinta mula berputik namun disaat menghampiri bahagia badai mula muncul sang bekas tunang kembali menagih kasih . Siapakah pilihan hati Haura Melissa?
  • Kau Jodohku by myraaaalll
    myraaaalll
    • WpView
      Reads 2,783
    • WpPart
      Parts 15
    "Semakin jauh kau pergi, semakin tegar aku mendekatimu." - Darwish Asyfar "Mulut menidakkan tapi mengapa hatiku mula berbunga sayang..." Sofea Airish hanya kerana kepentingan "seseorang", Sofea Airish terpaksa mengorbankan dirinya untuk menjadi tunang olok-olok kepada orang yang langsung tidak dikenalinya semasa dia berada di zaman kolej. Namun, tahun demi tahun berlalu mereka ditemukan tanpa sengaja dan membuatkan hati Sofea Airish kembali berdarah. Nak tahu apa jadi seterusnya? silalah baca😛😗 - TIADA PENIRUAN JALAN CERITA DIBENARKAN 🙅 -CERITA INI ADALAH HASIL KARYA SAYA 100%. -DILARANG MENIRU. IM WATCHING YOU
  • Diary Xeizen | OG by TheHayrinz
    TheHayrinz
    • WpView
      Reads 214
    • WpPart
      Parts 7
    [ DIARY SERIES ] Dia seorang wanita yang di ambil sebagai penjaga kepada anak seorang jutawan. Namun, pelbagai cabaran menentang dirinya saat menjaga si kecil sehingga lah dia dibawah jagaan 3 bodyguard yang diberikan oleh Boss jutawan dan dia di gempurkan dengan kenyataan yang luar biasa. Setelah 9 tahun koma, dia tidak mengenali keluarga sebenarnya sejak menjadi seorang babysitter sehingga lah dia di ancam oleh sekumpulan sindikat penjahat yang tidak di ketahui dan dikatakan kumpulan sindikat itu adalah keluarganya sendiri. Demi keselamatannya dia di jaga oleh sebuah kumpulan gangster dan sekali gus dikejar oleh seorang ketua gangster. "you look familiar.. to someone i used to love." - Faheem Jai. "Someone?.." - Hayfa Shafinaz? Tidak cukup dengan dikejar kan dengan cinta yang mati, dirinya digunakan untuk menyembuhkan rindu pada seseorang yang dikatakan sudah meninggal dunia. "Aku tak sama seperti dia, dia lebih istimewa" - Hayfa Shafinaz? "Kau juga tidak kalah istimewa, semua orang menjaga kau." - Faheem Jai. Mampukah Faheem mengejar si dia demi menyembuhkan rasa rindunya?. Seorang wanita tersenyum nipis dengan bibir merah pekat miliknya. "I win?" - Xeia Zenthia "Yes you win, sayang." - R. Siapa sangka.. wanita ini mempunyai pelbagai wajah dan manipulasi pelbagai orang.
  • Kasih Atmaja (C) by Tiyaa_K
    Tiyaa_K
    • WpView
      Reads 4,099
    • WpPart
      Parts 16
    Kasih Atmaja, seorang gadis yatim piatu, menerima pinangan dari Datin Kalsom untuk berkahwin dengan anaknya, Haikal. Bagi Kasih, ini anugerah-lelaki seperti Haikal memilihnya sebagai isteri. Namun, Kasih tidak tahu bahawa dia cuma pengganti. Di hati Haikal, hanya ada Nawra Saleena. Perkahwinan ini bukan kerana cinta, tetapi kerana paksaan ibunya. Kasih, yang percaya kasih sayang boleh tumbuh selepas perkahwinan, semakin hanyut dalam ilusi bahagia. Tetapi bila dia mula sedar hakikat sebenar, apakah dia masih mampu keluar dari permainan ini? Atau... Haikal akan pastikan dia tidak pergi?
  • WAKEEL : Api & Cinta by hazzinoe
    hazzinoe
    • WpView
      Reads 27,182
    • WpPart
      Parts 47
    Seorang pegawai bomba yang berdedikasi dan berpengalaman luas dalam pelbagai misi penyelamatan, juga seorang ayah tunggal kepada seorang anak perempuan. Hidupnya berputar hanya sekitar kerja dan anaknya, namun ketegasan, keseriusan dan tanggungjawabnya menjadikan WAKEEL HAFIZI seorang ketua pasukan yang dihormati dan disegani oleh semua anak buahnya. SHEIZA DELAILA, seorang pelakon muda yang baru dua tahun menapaki dunia lakonan. Bermula sebagai model, Sheiza mula mendapat peluang berlakon selepas berjaya dalam beberapa casting. Dengan semangat muda dan jiwa penuh minat terhadap lakonan, Sheiza selalu mencari pengalaman baru dan sentiasa mahu mencabar dirinya. Hidupnya kini hanya untuk menikmati pengalaman baru dan mengejar passion-nya. Pertemuan mereka berlaku apabila Sheiza ditawarkan watak sebagai ahli bomba untuk filem terbarunya. Sebelum penggambaran bermula, dia perlu menjalani latihan fizikal dan mental selama empat bulan di bawah bimbingan Komander Wakeel Hafizi. Pada awalnya, Sheiza kekok dengan sikap tegas Wakeel tetapi perlahan-lahan dia mula tertarik dengan dedikasi dan ketegasannya. Perangai nakal Sheiza membuatkan Wakeel tidak selesa, namun hatinya tetap terpaut dan kedekatan mereka juga terjalin melalui interaksi dengan anak Wakeel, Wedad Qasrina. Walaupun personaliti mereka berbeza dengan Wakeel yang tegas dan bertanggungjawab manakala Sheiza jiwa muda dan friendly, api cinta mula menyala di antara mereka. Tentang cinta, ketabahan dan peluang di mana dua dunia yang berbeza bertembung dan akhirnya belajar untuk menyala bersama.
  • BLUEPRINT ORANG BAHAGIA by THEMAKINO
    THEMAKINO
    • WpView
      Reads 522
    • WpPart
      Parts 2
    Orang lain bercinta, dia pun nak bercinta. Orang lain bahagia, dia pun nak bahagia. Tapi dia tak ingat kalau bahagia itu ikut point of view. Point of view bahagia Nura dan Mo a.k.a Muhaimin sebenarnya bagai langit dengan bumi. Tapi, kedua-duanya dicampak ke dalam satu takdir yang menjadikan mereka suami dan isteri! Kalau begitu, bolehkah Nura-Mo menjadi ideal couple of the universe kalau Nura ingin naik roket NASA ke bulan manakala Mo hanya mahu naik KTM dari Kluang ke Georgetown? Jadi, blueprint bahagia siapakah yang sebenarnya menjadikan Nura-Mo bahagia? "Saya ingatkan awak faham Mo. Faham impian saya...impian saya..." - Nura "Jadi memang dari mula lagi saya bukan part of the plan. Saya cuma free loader dalam dream ride awak. Now saya faham. Dan maaf saya tak faham impian awak Nura." - Mo a.k.a Muhaimin
  • H A N A N by EtherealDokyeom
    EtherealDokyeom
    • WpView
      Reads 1,504
    • WpPart
      Parts 14
    Suka dan cintakan seseorang... Tak salahkan?? Tapi macam mana pula kalau si Dia tunang kepada kawan karib sendiri... _._._._._._._._._._._._. 5 tahun kemudian.. "Auntie.. Awish nak crocadile auntie tu boleh? Sekejap je nanti sampai Malaysia Awish bagi balik" - Darwish Affan. "Mana boleh... ini auntie punya. Minta lah kat papa awak tu. Gaya macam kaya" - Nur Fathia Hanan ** "Kahwin dengan I Hanan.. " - Afiq Aidan "NO!" - Nur Fathia Hanan " Choose me and leave him. Please. I beg you." - Harraz Nufail _._._._._._._._._._._._. Idea 100% daripada otk sye yg benak ni. jgn nak copy2. SideNotes: 1. Author slow update 2. Akan update ikut mood 3. Segala kesalahan tatabahasa dan penulisan harap dimaafkan. 4. Ni first story author 5. Any buildable comments are always allowed. 6. Janji tk pjg2 7. Sebarang perubahan car penulisan, harap dimaafkan. Saya masih belajar.🤧 Other than that, ENJOY!!!! 😗😗🌹💃💜
  • Welcome Little One  by narjiahhjasminee
    narjiahhjasminee
    • WpView
      Reads 14
    • WpPart
      Parts 1
    Jasmine Aisya | Danish Naufal Jasmine Aisya -menjaga butik peninggalan ibunyaa -perempuan yang bergantung dikaki sendiri tanpa bantuan sesiapa .. sehingga lah dia berjumpa dengan jejaka dinginn sedingin salju ituu.. "Saya kejar awak sampai dapat hehe " jasminee.. Danish Naufal -beku ..dinginn..semua adaa -tak percaya mana mana perempuan sehingga bertemu gadis comel yang nakal ... Perempuan gila " Danish Naufal.. Dia ditimpa ujian dimana kedua-dua ibu bapa nya meninggal dunia di hari yang sama .... "Jangan risau saya tak akan kejar awak lagi ..sekarang saya perempuan yang tak de apa apa ..." Jasmine "Will you marry me " Danish Naufal "Abang pegang amanah ibu sayang " Danish Naufal.. Apakah kesudahan cerita niiii ..kalau nak tahu baca lah hehe .. Btw ni kisah sayaaa EHHH atau sebaliknya hehe
  • Would You Be Mine Forever? by Areyeinyein
    Areyeinyein
    • WpView
      Reads 2,090
    • WpPart
      Parts 16
    Bekas tunang curang saat perkahwinan menjelang tiba membuatkan Iman Adriana, seorang model terkenal membawa diri untuk menutupi luka di hati. Pertemuan dengan Daniel Aisy secara tidak sengaja ketika bercuti di pantai mula membibitkan rasa cinta di hati Daniel yang saat itu jugak turut kecewa dengan kekasihnya yang tidak hadir di hari perkahwinan mereka.
  • Perjalanan Cinta Kita by iyrah_soo
    iyrah_soo
    • WpView
      Reads 176
    • WpPart
      Parts 16
    "adakah ini yg dikatakan takdir?? kenapa aku tidak boleh lari daripadanya? Atau...aku patut hadapinya walaupun aku tahu apa yg bakal aku hadapi?" - Nur Syafirah Amyrah "mampukah aku melepaskannya sedangkan aku tahu ia sangat menyakitkan?" - Tengku Muhd Amar Idris "adakah hati aku akan terima semua ini dengan tenang?? Mampukah aku jalankan tanggungjawab yg besar ini" - Tengku Fareeq Asyraf "tidak semudah itu aku mengalah....tpi dapatkah aku teruskannya" - Farah Dyana Apakah yang bakal mereka hadapi??? Mampukah mereka menggorbankan segalanya demi kebahagian?? atau meneruskannya demi kepuasan hati masing-masing??
  • ECLIPSE by FisyaIskandar
    FisyaIskandar
    • WpView
      Reads 824
    • WpPart
      Parts 18
    Harapan cinta pertama akan berkekalan namun pelbagai dugaan di alami Hilman Arash untuk menjadikan Dian Ariana sebagai cinta sejatinya.Hanya tunggu hari pernikahan untuk di satukan. Nadine Natasya yang tidak pernah endah tentang cinta hanya mengharap masa akan menentukan arah tujuannya.Tidak mengharap sesiapa untuk membantunya namun cekal,gigih serta kuat mengharungi keperitan dan kesakitan yang di alaminya.
  • HANYA KAU YANG KUMAHU by Syaf_Asriqa
    Syaf_Asriqa
    • WpView
      Reads 8,163
    • WpPart
      Parts 32
    FATHAN ZAIDAN ORKID KASTURI Karya ini hanyalah rekaan dan hasil imaginasi penulis semata-mata. Dilarang plagiat dan penulis tidak akan menghalalkan mana-mana individu yang berbuat demikian. GENRE: ROMANCE/MARRIAGE OF CONVENIENCE/MELANCHOLIC MULA: 19 FEBRUARI 2026
  • Bidadari Buatku by hannannnn
    hannannnn
    • WpView
      Reads 53
    • WpPart
      Parts 4
    Pertemuan semula antara Fahmi dan Ardell mengenang kembali kisah lama. Kisah dimana bermula penghijrahan sebagai seorang muslimah, Ardell Safiyyah setelah terlalu leka dengan dunia dan kawan lelaki. Biarpun dia tidak bercinta, tetapi berkawan rapat dengan lelaki di sekolah telah menyedarkan dirinya mengikuti majlis majlis agama bersama seniornya ketika itu. Fahmi yang kecewa diputus kawan dengan Ardell, masih setia menanti dihati. Puas diusir perasaan sayang, tetapi tetap ada. Adakah masih ada sinar mereka yang menanti? Adakah masih Ardell Safiyyah menjual mahal dengan lelaki? Adakah juga Ziyad Fahmi masih setia dan sabar menunggu bunga mengembang hati untuknya?
  • RÊVEUSE (EBOOK) by fvhn__
    fvhn__
    • WpView
      Reads 75
    • WpPart
      Parts 7
    mimpi yang panjang
  • My Grumpy Jealous Husband by ariana_arahman
    ariana_arahman
    • WpView
      Reads 95
    • WpPart
      Parts 8
    Aliya berkahwin dengan Faliq. Lelaki dingin dan serius yang sukar menunjukkan perasaan. Pilihan Nenek Aliya dan Mama Faliq. Di sebalik wajah tegas dan sikap grumpy itu, tersembunyi seorang suami yang sentiasa memerhati - Faliq tidak suka bila setiap pandangan lelaki lain yang berani singgah terlalu lama pada isterinya. Faliq tidak menjerit. Dia tidak suka bertengkar. Dia juga bukan lelaki yang mudah meluahkan cinta. Tetapi bila melibatkan isterinya? Dia berubah. Dia cemburu. Aliya pula suka mengusik. Suka melihat rahang Faliq menegang. Suka bila tangan suaminya spontan melingkar di pinggangnya - seolah-olah memberi amaran tanpa perlu bersuara. Aliya pernah lari kerana menyangka Faliq masih menyimpan perasaan pada wanita lain. Namun Faliq tak pernah mengejar sesiapa dalam hidupnya. Saat Aliya hilang kerana merajuk cukup untuk meruntuhkan ego seorang lelaki bernama Faliq. Kini, dia bukan sekadar mencintai. Dia melindungi. Faliq mungkin lelaki yang dingin. Mungkin juga suami yang pendiam. Tetapi satu perkara yang pasti - Dia tidak pernah berkongsi apa yang menjadi miliknya. Dan Aliya? Dalam diam... dia menyukai cara suaminya cemburu.
  • Kyeopta Nerd by Army_Kpopperz
    Army_Kpopperz
    • WpView
      Reads 37
    • WpPart
      Parts 1
    cerita ini akan selalu berubah-ubah jadi author tak tau nak tulis apa
  • Dendam Gerimis  by ArinnnnnH
    ArinnnnnH
    • WpView
      Reads 7
    • WpPart
      Parts 1
    Kerana dek dendam. Dia membatilkan semua yang hak. Hatinya terlalu marah... Perkahwinan ini sahaja dapat melampiaskan dendamnya. Dendam yang tiada penghujungnya. "Mulai harini, kau akan rasa sakit yang aku alami"- Ishraq Aqeel. "Saya sayang awak seorang sahaja Is"- Hani Humaira Mentalnya dihina teruk lelaki itu. Dek kerana kesalahan yang dia tidak lakukan. Hidupnya seperti neraka dunia dengan lelaki itu. Namun, dia sayang akan gadis itu. Sayang lebih dari segalanya. Hanya dendam menguasai diri, sehingga dia buta akan makna cinta. "Saya akan buat dia sayang saya. Sampai hari itu tiba"- Hani Humaira. "Kau cantik. Aku sayang kau Hani"- Ishraq Aqeel Namun, rahsia itu membuatkan dirinya jatuh sedalamnya. Dalam yang tiada penghujungnya. Kesal menyelubungi diri.
  • My Truly Love by beautifulwr_
    beautifulwr_
    • WpView
      Reads 168
    • WpPart
      Parts 3
    Bertahun di negara orang membuatkan hatiku membuak-buak ingin pulang ke negara sendiri . Sambung belajar ke luar negara hanya sekadar alasan sampingan . 5 tahun berlalu tapi namanya masih lagi terpahat dihati . ' Sedia ke tak aku ni nak berdepan dengan dia ? ' desis hatiku . Terlalu banyak kenangan untuk aku lupakan bersama si dia . Si dia yang pernah membuat hatiku berdegup dengan kencang , hariku sentiasa gembira walaupun hanya membayangkannya tapi disebabkan oleh kelalaian sekelip mata si dia mendapat pengganti . " Maafkan saya , hati saya belum terbuka lagi untuk mencintai dan dicintai . " - Muhammad Irfan Azreen Amran . " Jodoh takkan kemana jugak lah . Kalau aku jadi kau lah dah lama aku terima perempuan lagi bagus dari perempuan yang dah sakitkan kau . Hell la bro ! " - Nur Alya Fitrya Yahya . " Bagi I peluang untuk tebuskan kesalahan I dulu , please . I jujur I masih sayangkan you and I rindukan you juga . " - Iris Batrisya Amzan . " Awak jom kahwin dengan saya ? Saya janji akan bahagiakan awak Alya . Saya bunuh diri saya kalau awak taknak terima saya " - Adam Affendy .
  • Mr. Gamer by NovelisRafina
    NovelisRafina
    • WpView
      Reads 1,041
    • WpPart
      Parts 1
    cerita ni takkan habis kat wattpad.