𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 4 🍁

2K 138 17
                                    

"KALAU KORANG nak keluar makan, korang pergilah dulu. Aku nak rehat."

Shahrul mengangguk faham dengan apa yang Ian sampaikan. Jelas di wajah lelaki itu yang dia perlukan rehat. Ian masuk ke dalam biliknya. Sama juga dengan Shahrul.

Kedua-duanya merehatkan diri di dalam bilik masing-masing. Sempat Shahrul menghantar pesanan whatsapp pada Rina. Bertanya kalau adiknya itu sudah makan tengahari. Rina hanya membalas dengan emoji 😴.

Shahrul tersenyum.

You
Dah makan ke belum?
Kalau belum abang Rul bawa pergi makan.

Adik 😒
Dah. Adik naik teksi ke restoran semalam.
Dapat tapau nasi lemak ayam n martabak.

You
Okay adik.
Abang Rul nak rehat dulu tau.

Adik 😒
Okay. Adik nak keluar ke cafe kat rooftop.

You
Okay. Jangan jalan jauh sangat.

Adik 😒
Okay boss ku.


RINA melangkah keluar dari biliknya. Tadi dia ada bersiar-siar di dalam hotel ini. Terjumpa pula cafe & bar di rooftop. Sekaligus terjumpa pasangan muslim dan juga malaysian di situ. Setelah balik ke bilik untuk solat asar, dia mahu ke sana semula. Macam biasa, mahu tangkap gambar.

Butang lif untuk naik ke atas dia tekan. Sementara menunggu lif terbuka, Rina membaca beberapa komen di post dalam instagramnya. Terdapat kawan-kawan sekolah yang bertanya dia di mana. Ada juga yang teruja melihat gambar pemandangan yang dia post.

Lif dihadapannya terbuka. Rina bergerak ke tepi sedikit kerana ada seorang wanita melangkah keluar. Dia memandang wanita yang membelakanginya. Wanita itu berjalan ke arah bilik yang terletak di hujung sekali.

Air liur di telan melihat pemakaian wanita itu yang sangat menjolok mata. Seksi sangat. Lebih baik tak payah pakai baju terus.

Dan telefon di tangan Rina hampir terlepas bila wanita itu berhenti di depan bilik Ian. Loceng pintu dia tekan.

Pintu lif yang tertutup semula itu langsung Rina tidak endahkan. Matanya hanya memerhati gerak gerik wanita tadi.

Pintu bilik itu di buka dari dalam. Ian keluar tanpa baju di tubuh. Hanya tuala saja berlilit di pinggang. Menampakkan tubuhnya yang terbentuk elok.

Dia tersenyum seksi sambil memaut pinggang ramping wanita itu. Merapatkan jarak mereka. Mendekatikan lagi jarak wajah mereka.

Dan saat bibir mereka bertemu, telefon Rina jatuh ke atas lantai. Terhenti perbuatan pasangan itu. Ian memandangnya. Mata mereka bertembung. Lelaki itu kelihatan terkejut dengan kehadirannya.

Laju Rina mengalihkan pandangan. Dia mengucap dalam hati. Punat lif dia tekan. Bila pintu lif terbuka, terus dia melangkah masuk.

 Bila pintu lif terbuka, terus dia melangkah masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now