𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 9 🍁

2.3K 137 9
                                    

Beberapa hari berlalu..

RINA melipat pakaiannya yang sudah kering. Awal pagi tadi dia mencuci pakaian. Tengahari pakaian yang berjemur di halaman belakang rumah sudah kering, terus saja dia ambil dan bawa masuk untuk dilipat.

Orang tuanya walaupun berpangkat Dato dan Datin, namun mereka tidak mempunyai pembantu rumah. Memandangkan rumah mereka tidak terlalu besar, jadi Datin Sarimah tidak perlukan pembantu.

Dia ada Rina dan Shasha di rumah untuk membantunya kalau dia ada perlu.

Usai selesai melipat pakaian, Rina melangkah turun ke ruang bawah. Kelihatan adiknya Sasha sedang menonton katun di tv. Langkah di atur ke ke dapur. Datin Sarimah sedang sibuk memasak untuk makan tengahari.

"Mama.." sapa Rina.

"Hah Rina. Tolong mama potong sayur ni boleh?"

Rina tersenyum. "Boleh. Papa dan abang Rul mana?" dia mengambil papan pemotong dan pisau.

"Papa macam biasa, pergi main golf dengan uncle Hussain kamu. Shahrul pula ada kat sebelah. Lepak dengan Ian. Rupanya Ian tu kawan abang kamu masa kat London dulu. Mama tak berapa nak cam sebab dah matang sangat."

Rina hanya mendengar apa yang mamanya katakan. Dia malas hendak membalas kalau sudah berkaitan dengan Ian.

"Rina ingat tak dengan Ian?"

"Tak mama." balasnya. 

"Hmm.. baru je mama nak jodohkan Rina dengan dia. Tapi malam birthday ibu dia tu, dia bawa girlfriend dia datang rumah. Kenalkan dengan ibu dia. Kacukan jepun. Cantik."

'Haii.. macam senang je kan main jodoh jodoh bagai..' Rina mengeluh perlahan.

Datin Sarimah menoleh ke arah anaknya yang sedang memotong sayur. Rina kelihatan suram saja. "Ni Sara tak balik KL ke? Bukan Rina nak ke Langkawi dengan dia nanti?"

"Tak jadi mama."

"Kenapa pula? Mama kan dah sihat. Rina pergilah. Mesti Sara suka. Rindu pula mama dengan Sara."

Barulah Rina tersenyum. "Nanti Rina ajak dia datang sini. Dia kata semalam, lusa nanti dia balik KL."

Datin Sarimah mengangguk faham. Senang saja nak tengok Rina tersenyum. Mention saja nama Sara, confirm senyumannya lebar.

LEBAR senyuman Rina bila mengetahui yang Maysara sahabatnya sudah berkahwin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LEBAR senyuman Rina bila mengetahui yang Maysara sahabatnya sudah berkahwin. Dia baru saja gerak dari menghantar Maysara balik ke rumah.

Sekarang dia dalam perjalanan balik sebab mamanya yang sebelum ini dia tinggalkan di hospital kerana ada temu janji sudah Shahrul jemput tadi.

Lagu Haunting yang dinyanyikan oleh Shanna Shannon dan Steven Pasaribu main di radio keretanya. Mulut turut menyanyi sama sambil kereta tenang di pandu masuk ke dalam perkarangan rumah.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now