𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 10 🍁

3.7K 173 19
                                    

MASUK saja terus Shahrul merebahkan tubuhnya ke atas sofa yang terdapat di dalam pejabat sahabatnya itu. Lelaki yang duduk di meja depannya hanya tertawa kecil melihat gelagatnya. Dia sibuk menyiapkan kerja. Shahrul saja datang melawatnya di sini.

"Kau dah kenapa Rul? Macam mayat hidup aku tengok."

"Ian.. Kau.." Shahrul pandang siling. "Kau dah terlambat."

"Hah?" Ian kerling jam di pergelangan tangan. "Lambat apanya? Waktu lunch ada 10 minit lagi. Kau sabar la sikit. Aku pun lapar ni."

"Bukan tu maksud aku."

"Jadii?"

"Rina."

Terhenti perbuatan Ian bila terdengar nama Rina.

"Dia dah berpunya." Bunyi pen jatuh ke atas meja kaca itu membuatkan Shahrul mengintai reaksi sahabatnya itu. Jelas terkejut namun dia kawal.

Ian tersenyum. "Okay la tu." balasnya tenang.

"Melepaslah aku merasa kau jadi adik ipar aku."

Ian tergelak. "Kau kan. Dah la, jom lunch." Dia bangun dari duduknya sambil mengemas apa yang patut di atas meja kerjanya. Esok dia akn berangkat ke London. Semua kerja sudah dia siapkan terlebih dahulu.


"KAU dengan Uwais tu betul-betul ke?" tanya Maysara sebaik mereka melangkah keluar ke lobi kampus. Maysara jadi tak berapa suka dengan Uwais kerana suaminya bagitahu lelaki itu suka control life orang.

Rina tersenyum. Dia menggeleng perlahan. "Kami kawan je." dia berkata sambil jemari sibuk menyentuh skrin telefon. "Kau lunch dengan Sir Haiden?"

"Haah." Maysara mengangguk seraya tersenyum. Dia kemudian berpisah dengan Rina di situ. Dia ke pejabat suaminya, Rina pula ke tempat kereta. Menunggu Uwais di sana.


"DAH LAMA tunggu?" Uwais bertanya usai Rina masuk ke dalam keretanya. Dia tersenyum ke arah gadis itu yang manis bertudung bawal dan berbaju kurung cotton.

"Dalam 5 minit macam tu juga. Tak lama sangat. Jom makan. Saya lapar." Rina memakai seatbelt.

"Okay dear. Kita pergi makan eh. Saya pun lapar." Uwais mula memandu keluar dari situ.

"Esok awak free tak?" Uwais menyoal. Dia mengerling Rina di sebelah sebelum fokus memandu semula.

"Hmm.." Rina memeriksa jadual kelasnya di telefon. "Ada kelas dari pukul 9 pagi hingga 1 petang. Kenapa?"

"Kalau macam tu esok saya hantar awak ke kelas. Then petang saya jemput. Kita pergi dating." Uwais mengukir senyuman manis.

"Awalnya nak pergi dating." Rina menjeling si tampan di sebelah sebelum tersenyum. "In Sha Allah.. Nanti saya bagitahu kalau kelas habis awal."

"Okay dear."


"ALHAMDULILLAH.." Rina mengelap bibirnya dengan tisu usai makanan habis dia makan. Lapar sangat. Licin pinggannya. Dia pesan nasi ayam thai tadi. Uwais pula pesan nasi goreng ayam.

"Sedap juga kan masakan kat sini? Saya tak pernah makan kat sini. Selalu lalu je depan dia sebab company saya sebaris." Uwais meletakkan kedua lengannya di atas meja. Rina yang sedang menyedut jus tembikainya itu dia pandang dengan senyuman di bibir.

"Hm? Sebaris? Maksudnya dekat la ni? Apa nama company awak?" Rina meletakkan gelasnya di atas meja.

"U&R Automotif. Gabung dengan syarikat kawan saya, Rayyan. Dia ada dua-tiga buah bangunan lagi kat sini. Separuh kat London dan New York. Saya punya ada kat Jepun, kat sini.. dan satu kat Italy." ceritanya.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminDonde viven las historias. Descúbrelo ahora