TEASER II

64 5 1
                                    

THE SILENT BROTHER: LENIX D.

TEASER

🥃🥃🥃🥃🥃
——————————-
    Setelah selesai menghantar Blues Immortal ke HARPER Point, LENIX kembali ke silent Park Dengan menggunakan motorbike QJMOTOR 600RC pemberian Hayven Jr. LENNON.

      Tiba di rumah elit 3, dia masuk ke dalam dan terus ke bilik mandi.
Bila sendirian di dalam tab mandi, baru dia teringat akan Hayven yang sering curi-curi memandangnya di Heaven Tube saat dia bertugas menjaga Blues. Kemana sahaja kakinya melangkah, mata Hayven juga ada di situ. Semua itu membuat LENIX rasa gementar. Renungan rapi dari anak mata Hayven buat dia tidak selesa.

     Apa yang dia mahukan sebenarnya? Bila dia mahu mendekatinya, dia menghalangnya. Bermakna dia tidak berminat bermain cinta dengan gadis mentah sepertinya. Mungkin dia hanya memandang LENIX seperti haiwan peliharaan yang menyelerakan tetapi seleranya belum tiba untuk menjamahnya.

     Atau sebenarnya dia masih rasa kasihan dengan apa yang terjadi kepadanya. Kerana dia penyebab utama mengapa hidupnya kini nampak menyedihkan.

Hmmm.

LENIX menggeleng. Entah mengapa dia boleh befikir sejauh itu. Mana mungkin lelaki itu ada masa mahu memikirkan tentang dirinya.

LENIX siap mandi. Dia mengeringkan rambut dan menyarungkan bathrobe hitam. Cardigan sutera berwarna hitam dia sarungkan dan dia keluar dari bilik mandi.

      "Huh..." LENIX terhidu sesuatu. Dia terhidu bau asap rokok? Siapa agaknya? Dari mana datangnya. LENIX menyimpan tuala di dalam bilik dan ketika dia kembali ke ruang tetamu, dia terkejut melihat Hayven sedang duduk di sofa bersama rokoknya.

LENIX terus tunduk hormat.

      "Tuan Hayven... Sorry. Saya tak perasan tadi. Saya baru siap mandi." Kata LENIX. Dia berdiri di hadapan Hayven.

       "Oh i know. Saya tau awak sedang mandi. Bau wangi shampoo boleh hidu sampai di luar rumah. Tadi saya fikir cuma nak lalu depan rumah ni tapi bila terhidu bau wangi semacam, Saya terus masuk ke sini. I thought you was cooking something good.. rupanya something good itu ada yang lebih menarik. Saya terus tak rasa lapar. Saya cuma nak tengok keadaan awak sekejap." Kata Hayven.

LENIX tersipu malu. Ish! LENIX tunduk. Tidak berani memandang Tuan Hayven.

       "By the way, Is It fun going out with Summer Max? Saya dengar awak keluar dengan budak elit 1. Must be fun to be with him? An elit? The Elit 1? Must be a strong man, isn't It?" Macam ada bau cemburu. Pertanyaan Hayven buat LENIX tersenyum tapi resah pada masa yang sama. Macam mana dia tau, dia keluar dengan Summer Max?!

Summer Max? Oh ya. Budak elit 1 yang sering mengajaknya berbual dan memancing di hujung tasik. Orangnya baik. Peramah. Dia orang pertama yang ajak LENIX berbual sejak dia mula bertugas di Silent Brother. Summer Max juga berjaga di HARPER point jadi mereka berdua selalu berjumpa.

      "Summer Max kawan saya di sini. We go out to buy me some groceries. That's all. Sejak masuk ke silent Park, hanya dia yang berani tegur saya. Kawan- kawan elit yang lain tak nak bertegur sapa dengan saya. I Also don't know why..." Jawab LENIX.

     "Because i brought you here by Myself. They know It and that's why. Mereka tak akan berani bercakap dengan awak walau sepatah perkataan." Kata Hayven, kedengaran tegas.

    "But why? Tak boleh ke saya bercakap dengan siapa di tempat ni? I feel So lonely sometime. I need someone to talk. Kalau tidak saya boleh jadi gila. Berkerja dengan Lady Blues bukan semudah yang Awak sangka. Dia..." LENIX berhenti bercakap. Rasanya tak perlu dia memberitahu Hayven tentang keadaan Lady Blues.

Hayven mendongak. Memerhatikan LENIX atas ke bawah.

      "Go to my House this Weekend. 8 am. Cook something good for me." Kata Hayven tiba- tiba.

LENIX menggaru kepala.

      "Tapi..."

      "It's Okay. Presiden Willy dan Lady Blues akan ke North hujung minggu ni. So awak tak payah berjaga untuk Lady Blues. It's my turn. I need some attention too." Kata Hayven.

LENIX tunduk. Senyuman Hayven yang nakal membuat dia tidak keruan.

What's wrong with him?! LENIX hanya diam. Jemarinya dia genggam erat- erat.

       "Have you eat dinner yet?" Tanya Hayven lagi.

LENIX pantas mengangkat wajah. Urmm? Dia pandang wajah Hayven. Sesaat saja lepas tu dia tunduk semula. Tak berani pandang lama- lama. Sebab renungan Hayven lebih menggila untuknya.

      "No. Not yet. Saya tak rasa lapar sangat sebenarnya. Petang tadi Lady Blues ada ajak saya makan sekali."

Hayven bangun dari sofa. Dia berdiri di hadapan LENIX.

      "Not bad at all right. Tinggal dan kerja di sini... I'm Glad you're doing Fine. Sorry again disebabkan saya awak jadi..."

LENIX terus memeluk Hayven. Menyebabkan Hayven tidak dapat meneruskan kata- katanya tadi.

Lenix hanya mahu Hayven tahu, dia Okay. Ya she's okay now.

Wajahnya dia bungkamkan di dada Hayven.

What a safe harbour. Listening to those heartbeat without a ryhme.

      "I'm Fine. Don't say anything anymore. I'll be just Fine." Kata LENIX.

Hayven tidak membalas pelukan itu. Dia hanya diamkan diri. Membiarkan LENIX memeluk dirinya. Mungkin dia masih bersedih.

Arghhh. What have i Done to her. Her life was completely messed because of me.

Hayven menolak perlahan bahu LENIX.

      "Sorry." LENIX terus menjauh. Dia tunduk hormat dan seka air mata yang penuh di wajah.

Dia lihat pula baju Hayven yang basah kerana air matanya. LENIX tunduk meminta maaf. Apa yang dia buat tadi benar- benar di luar kawalan. Dia hanya berterima kasih kerana Hayven memberikan peluang kedua untuk meneruskan hidup.

Walaupun di dunia yang baru, nama yang baru dan cara hidup yang baru, dia masih berterima kasih kerana di tempat itu, keselamatannya sentiasa terjamin. Dia tidak perlu hidup dalam ketakutan lagi.

      "SATURDAY. 8 am." Kata Hayven sebelum meninggalkan tempat itu. LENIX hanya mengangguk. Faham. Dia akan ke rumah Hayven Sabtu nanti. Jam 8 am.

See you soon... 🤪

THE SILENT BROTHER: LENIX D.Where stories live. Discover now