Bab 15

127 14 11
                                    



Aku disahkan menghidap penyakit paru-paru yang jarang ditemui. Dan hanya mempunyai masa setahun untuk bertahan hidup. Dan aku perlu bersedia. Bersedia menahan sakit

Lauk yang aku masak tadi diisi ke dalam
mangkuk bertingkat, bersama nasi dan buah-buahan yang telah siap dipotong. Agak-agaknya apa reaksi dari Lia setelah aku memasak lauk kegemaran dia? Jarang-jarang aku nak masakkan makanan fevret budak tu.

Aku senyum sendiri. Helmet ku capai dari atas meja dan pakai. Kaki melangkah perlahan ke pintu utama. Selesai saja mengunci pintu rumah, dan menyarungkan kasut. Motor EX5 peninggalan arwah ayah melunur dari kawasan rumah.

Pintu lif terbuka luas. Alangkah terkejutnya aku bila Aiman turut berada di dalam lif itu. Alah.. Aiman Izaan. Pemandu dan pembantu peribadi Dato Taufiq. Dari mana aku tahu? Yalah, muka dia muka awam sangat.

Berbaju hitam, cap, dan cargo pants. Tapi dia buat apa dekat sini?

"Lea? Awak buat apa kat sini?" Aiman mengajukan soalan.

Aku diam seketika sebelum kembali memandang Aiman.

"Oh... nak tengok Lia. Doktor cakap keadaan Lia bertambah baik dari sebelum ini." maklum ku kepadanya. Aiman mengangguk saja.

"Aiman buat apa dekat sini pula?"

Aiman menggaru keningnya. Dia seperti teragak-agak mahu menjawab.

"Faham. Kalau macam tu saya pergi dulu."

Cepat-cepat aku meminta diri sebaik pintu lif terbuka luas dan tiba di tingkat 5.

"Lea!"

Terasa diri dipanggil, lantas aku berpusing ke belakang rupanya panggilan dari Aiman. Ketika itu juga pintu lift kembali tertutup rapat. Bayang-bayang turut Aiman hilang dari pandangan.

Aku diam seketika. Mata masih setia memandang lif. Apa yang dia ingin bicarakan pada aku? Aku anggap pertemuan tidak sengaja itu sebagai satu kebetulan. Mungkin?

Pintu bilik Lia aku tolak dengan perlahan. Seperti biasa, gadis itu akan membaca buku sambil menghadap tingkap. Pancaran mentari menyinari wajah pucat itu. Dari jauh, Lia seakan bersinar-sinar. Tampak bersemangat dari sebelumnya. Apakah dia menerima berita baik dari doktor yang merawat Lia?

Buku ditutup. Lia tersenyum ke arah ku sambil menayangkan sebaris gigi. Lia ni dah kenapa? Tetiba senyum macam kena sapa nenek kebayan.

"Senyum-senyum.. ingat lawa lah tu?" ejek ku. Lia buang pandangan. Aku tergelak kecil.

Mangkuk bertingkat aku letak diatas meja. Buku-buku yang dibaca oleh Lia aku tolak ke tepi.

"Aish! Janganlah kacau buku Lia." marah gadis itu. Aku lihat saja Lia bergerak membawa buku yang dia baca tadi lalu disusun di bawah rak meja bersebelahan katil.

"Amboi... special sangat buku tu. Siapa yang bagi? Qis eh?" teka ku.

"Mana ada!" Laju Lia menjawab.

Bilik Lia kelihatan lebih kemas berbanding sebelum ini. Sebakul buah-buahan turut diletak di atas meja bersama sejambak bunga mawar merah. Masih baru.

Perlahan-lahan aku datang mendekat ke arah Lia yang sedang sibuk menyusun buku, dan membaca kad kecil bertulisan tangan.

Please be strong, i love you so much

-Sincerly- Aiman

"Heh?!" Mata ku melopong luas. Telapak tangan mengatup mulut, menghalang lalat si tetamu tidak diundang masuk ke dalam. 

"Aiman Izaan?" Seakan tidak percaya, Lia dan Aiman menjalinkan hubungan cinta yang aku tak sangka pun. Sejak bila?

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now