𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 11 🍁

3.7K 181 10
                                    

SEDANG Ian merehatkan diri di dalam bilik hotel, Redza menghantar pesanan whatsapp padanya. Mereka baru saja sampai di Malaysia beberapa jam yang lalu. Dia stay di bilik hotel Redza dulu sebelum balik ke rumah. Redza pula turun untuk mencari makan tengahari.

Red 👺
Guess what?
Nami ada kat hotel ni juga
Dgn org lain.
Photo

Terduduk Ian dari pembaringannya. Mata membaca dengan betul tiap ayat yang Redza hantar. Siap dengan gambar lagi. Gambar itu gambar dari belakang saja. Namun Ian sudah cukup kenal wanita dalam gambar itu adalah Nami.

Laju Ian mencapai topinya dan keluar dari bilik. Kebetulan Redza baru keluar dari lif.

"Weh kau nak pergi mana?" terpinga-pinga dia melihat Ian kelam kabut keluar dari bilik.

"Ikut Nami. Tadi tu kau baru je kan nampak dia?"

Redza mengangguk.

"Okay." Ian masuk ke dalam perut lif. Redza menggeleng perlahan.

 

RINA dan Sura melangkah masuk ke bilik panggung wayang 10 minit sebelum wayang ditayangkan. Usai tempat duduk dijumpa, mereka terus duduk. Sura sibuk dengan pop corn dan pepsinya yang dia beli tadi. Manakala Rina hanya membeli minuman saja. Dia sudah makan sebelum ke sini.

Baru saja Rina hendak meletakkan cup minuman ke tempat minuman yang disediakan tepi tempat duduk, dia tidak sengaja terkena tangan seseorang di situ.

"Eh sorry, saya tak-." Rina terhenti saat matanya bertembung dengan mata pemilik tangan yang duduk disebelahnya itu. Matanya beralih pada wanita cantik yang duduk disebelah lelaki itu.

Dia siap memeluk lengan lelaki tersebut. Rina telan liur.

"Ri-."

Rina berdiri dari duduknya serta merta. Tangan di kepal.

"Eh Rina, nak ke mana?" tanya Sura.

"Toilet." Rina melangkah keluar dari dari situ. Meninggalkan Sura yang terpinga-pinga namun kembali fokus dengan pop cornnya. Saat itulah panggung mula gelap. Movie yang mereka nak tonton akan mula dimainkan.

 
 
 

BUKANNYA toilet yang dia tujui, tapi kaki diatur laju keluar dari situ. Air mata yang mengalir di pipi diseka dengan lengan baju. Sempat dia menghantar pesanan whatsapp pada Sura, mengatakan yang dia terpaksa balik kerana perut memulas teruk.

Saat dia berdiri di luar mall besar itu, matanya memandang kosong apa saja yang jadi di hadapannya. Dia jadi tidak tahu mahu berbuat apa. Dadanya berombak laju. Sakit di hati masih terasa kerana apa yang dia saksikan tadi.

Uwais dengan wanita lain. Mesra siap peluk lengan, kepala wanita itu melentok manja pada bahunya persis sepasang kekasih. Padahal baru saja tadi Uwais beritahu yang dia sibuk dengan meeting jadi tidak dapat keluar dengannya.

Rina melihat telefonnya. Nombor telefon Uwais dia block, begitu juga dengan whatsapp lelaki itu. Bahu terhinjut-hinjut cuba menahan tangis namun terhambur juga. Wajah dia tekup. Malu bila ramai mata memandangnya menangis di situ.

Tiba-tiba terasa ada sesuatu dipakaikan ke kepalanya. Rina membuka mata.

'Bucket hat?'

Kelibat yang berdiri di sebelahnya itu dia pandang.

"Jangan nangis. It's hurt me seeing you crying like this." Lelaki itu tersenyum sayu.

"Ian?"

Ian menolak kepala Rina supaya menunduk sedikit dari memandangnya. "Jom balik. Aku hantar kau."

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now