Melawat Darwish

13 5 32
                                    

Setelah selesai berberes dan berbagi bilik, mereka pun membuat keputusan untuk melawat Darwish yang berada di hospital berdekatan.

Pembahagian bilik adalah seperti ini.

Nana - bersendirian di bilik lamanya.
Hayder dan Adam - di bilik lama Darwish.
Rayyan dan Hazeeq - di bilik tetamu tingkat bawah.
Mira dan Lina - di bilik tetamu tingkat atas.

Setelah selesai mandi, mereka pun menaiki kereta, seperti biasa, Hayder dan Rayyan lah yang memandu, nak harapkan si Hazeeq, pemalas.

Perjalanan dari rumah Nana ke hospital Sultanah Aminah Johor Bahru hanya mengambil masa selama tidak sampai 30 minit. Sekelip mata sahaja mereka telah tiba di hospital tersebut.

Sementara Hayder dan Rayyan memarkir kereta mereka di parkir bahagian dalam, Nana, Mira dan Lina berjalan menuju kaunter depan hospital tersebut terlebih dahulu.

"Muhammad Shahrul Darwish" Kata Nana kepada jururawat yang berada di kaunter tersebut.

"Bilik 14 tingkat 3" Kata Jururawat tersebut.

Mereka bertiga menganggukkan kepala dan menunggu para lelaki tiba disana sebelum naik ke tingkat tiga bersama sama.

Setibanya mereka di tingkat tiga, mereka melihat terdapat ramai anggota polis yang berkeliaran di tingkat tersebut , penjagaan ketat betul ni.

Nana ingin masuk ke wad 14, tetapi dia ditahan oleh seorang anggota polis yang berbadan sasa dan juga tinggi.

[Tapi tinggi Darwish lagi la]

"Cari siapa?" Tanya polis tersebut sambil mengangkat keningnya sebelah.

"Muhammad Shahrul Darwish" Kata Nana dengan muka selambanya.

"Kalau boleh saya tahu, Puan ni siapa ye kepada  Darwish?" Tanya polis tersebut lagi.

"Hello Sir, sorry to be rude tapi i bukan puan ye, i masih muda untuk dipanggil puan, even i belum married lagi" Kata Nana tidak puas hati dipanggil Puan oleh anggota polis tersebut.

"Tapi awak tidak menjawab soalan saya, jawab lah soalan yang ditanya kan tu dulu sebelum awak nak betulkan kesalahan saya" Kata Polis itu dengan muka berlagaknya.

"Saya kembar kepada pesakit" Jawab Nana sambil menahan amarahnya.

"Saya tidak percaya, kamu semua tidak mungkin ahli keluarga pesakit! Kalau nak menipu tu kat tempat lain ye. Kamu semua fikir saya bodoh ke? Takkan saya tak boleh bezakan antara penipu dan bukan penipu." Kata anggota polis tersebut lagi.

Nana memandang tajam ke arah anggota polis tersebut. Kurang ajar betul. Sekali aku tumbuk kang nanti aku yang kena tahan. Kau fikir badan kau sado aku takut ke? Ada jugak aku suruh kau lawan si Rayyan tu. Sado jugak.

Lina yang geram dengan pernyataan polis tersebut melangkah ke hadapan.

"Pakcik, pakcik ni apa masalah ehh? Dah lah tak handsome, berlagak pulak tu, setakat otot yang pakcik ada ni, abang saya pun ada tau. Dia bahkan jauh lebih handsome berbanding pakcik" Kata Lina dengan muka geramnya.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now