New Year Always with You

264 27 20
                                    

I think that you are the one for me
'Cause it gets so hard to breathe
When you're looking at me, I've never felt so alive and free
When you're looking at me, I've never felt so happy

And I've heard of a love that comes once in a lifetime
And I'm pretty sure that you are that love of mine

'Cause I'm in a field of dandelions
Wishing on every one that you'd be mine, mine
And I see forever in your eyes
I feel okay, when I see you smile, smile

'Pengumuman: kepada penumpang Kereta Api menuju ke Pulau Rintis, destinasi anda akan tiba 5 minit lagi'

Gempa menekan punat pause pada skrin telefon pintarnya untuk menghentikan lagu kegemaran yang bermain di headphone saat pengumuman yang bergema di dalam  koc kereta api.

Dengan senyuman, dia segera memakai beg galasnya dan menurunkan headphone supaya melingkari leher jenjangnya. Dia sudah tidak sabar untuk menghabiskan cuti tamat pengajiannya bersama orang yang disayangi, Halilintar.

Gempa menggerak-gerakkan kakinya tidak sabar. Terlalu teruja untuk berjumpa Halilintar. Sudah lama sekali sejak terakhir kali dia bertemu Halilintar, iaitu pada tahun baru 2023.

Walaupun Gempa bermastautin di luar negara, tapi setiap tahun dia akam menyambut tahun baru bersama Halilintar. Bukan Gempa tidak menyayangi ibu bapanya, namun mereka terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa di malam tahun baru. Gempa merupakan anak yang baik dan memahami, tentu dia faham dengan kerja kedua- dua ibu bapanya yang menguras masa.

Jadi, semenjak kecil, di setiap tahun baru dia akan menyambutnya bersama Halilintar.

Awalnya, Gempa agak ragu untuk menerima tawaran menyambung pengajian ke luar negara itu tapi dengan sokongan ibu bapa dan Halilintar akhirnya dia menguatkan hati untuk menyetujuinya.

Ibu bapanya telah berpindah ke Kuala Lumpur beberapa bulan setelah Gempa pergi ke luar negara. Keputusan yang mendadak kerana bapanya dinaikkan pangkat yang perlu segera melapor diri di department yang berada di Kuala Lumpur itu.

Gempa faham tapi dia agak risau kerana dengan berpindahnya keluarga Gempa, Halilintar akan tinggal seorang diri sahaja di rumah peninggalan Tok Aba,  atuk Halilintar.

Halilintar merupakan pemuda yatim piatu yang tinggal berdua bersama atuknya. Pemuda itu dengan bersungguh-sungguh menjaga Tok Aba yang tidak terlalu sihat.

Walaupun begitu, dia sentiasa berjanji kepada Halilintar untuk menjenguknya setiap tahun baru. Termasuk tahun ini, Gempa tidak akan mengingkari janji yang pernah dilafazkan kepad Halilintar sebelum dia berlepas ke United Kingdom.

Namun sudah lama sekali Halilintar tidak menghubunginya. Terakhir kali dia mendengar suara pemuda tersebut daripada corong telefon adalah pada bulan 2. Halilintar memberitahu Tok Aba telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Rintis.

Gempa tentu berduka atas kematiam lelaki tua yang sudah seperti atuknya itu. Sepanjang talian tersebut, Gempa dapat mendengar suara serak Halilintar, terisak menahan tangis. Gempa turut menangis pada waktu itu, bukan sahaja kerana kehilangan Tok Aba namun juga kerana tidak ada disana untuk menenangkan pemuda yang berharga dalam hidup Gempa. Jarak beribu-ribu kilometer memisahkan mereka.

Every New Year With You  | GemHali OneshotWhere stories live. Discover now