𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 14 🍁

4K 195 19
                                    

"NAH." Ian meletakkan sampul surat di atas paha isterinya ketika mereka sudah sampai di rumah. Tapi masih berada di dalam kereta.

"Apa ni?"

"Buka la."

Rina membuka sampul surat tersebut. Macam kat jemputan. Terus dia buka dan baca.

Mrs Sharina, you're invited to join your husband, Mr Ian Benjamin going on honeymoon to QUEBEC CITY in CANADA. Your flight is today, on 8PM.

Rina menekup mulutnya. Teruju plus terkejut. Ian di sisi dia pandang. "Biar betul? Canada?!"

Ian mengangguk. Lelaki itu tersenyum manis membuatkan Rina turut sama tersenyum. Gembira! Habis exam saja terus dapat pergi bercuti macam ni! Dapat rehatkan fikiran.

"Quebec City? Saya dah lama nak pergi sana! Arrgh!!" Rina menjerit teruja seraya memeluk suaminya. Tindakan luar kawalan, pipi Ian di kucup sekilas.

"Flight malam ni?! Saya belum pilih lagi nak bawa baju apa. Sekarang pukul 1 petang. Sempat lagi." Rina keluar dari kereta. Meninggalkan Ian yang masih kaku, terpana pipinya di cium sang isteri tadi.

"Fuh.. Sabar Ian.. Sabar.. Sikit lagi aku nak terkam dia tadi." Pipinya yang Rina cium tadi dia usap. Terukir senyuman di bibir sebelum dia turut keluar dari kereta.

 

"TAK PAYAH bawa banyak sayang. Nanti kita beli je baju kat sana." Ian bersuara ketika Rina memilih pakaian. Dia pula baru habis mandi. Sambil keringkan rambut dengan tuala, langkah dia atur ke katil.

"Okay.. Kat sana cuaca sejuk ke panas?"

"Sekarang musim sejuk kat sana." jawab Ian.

"Then I should bring jacket, sweater and hoodie."

Ian hanya tersenyum melihat gelagat isterinya yang jelas teruja itu. Rina gembira, dia pun turut gembira.

Rina mengerling sang suami. Barulah dia sedar yang Ian hanya memakai tuala. Jelas kelihatan ketulan seksi di perut suaminya itu. Sudahlah Ian agak tanned sikit. Memang ideal type sang Rina. Dengan air yang menitis dari hujung rambut, jatuh ke badannya.

He's so hot and spicy.

Badan Ian yang sekarang nampak lebih tegap berbanding dulu. Dada bidang dah 6 packs di perutnya terbentuk elok dan seksi.

Muka dia jangan la cakap. Itulah yang membuatkan Rina jatuh cinta dulu. Hensem! Jawline pun tajam. Kening yang agak lebat, anak mata yang berwarna biru gelap itu sedang merenungnya lembut. Hidung mancung. And that lips..

Rina telan liur.

Senyuman Ian terpadam saat sehelai baju T-Shirt di berikan padanya. Tepat di depan muka. Berkerut kening Ian.

"Kenapa?"

"Pa- pakai la baju." Terus baju itu Rina jatuhkn ke pangkuan Ian. Dia pula terus berlalu ke bilik air. Ian lepas tawa halus. Nampak sangat si isteri tidak senang melihat ketul-ketulan seksi di tubuhnya ini. Hmm..

Ian garu keningnya. Bibir mengukir senyuman nakal. 'Sabar Ian. Sikit je lagi.'

Usai mandi, Rina sudah lengkap berpakaian keluar dari bilik air. Mujur dia sudah bawa pakaiannya terlebih dahulu. Kalau jak, berkemban la dia keluar. Kelihatan Ian sedang elok berbaring di atas katil. Tidur.

Rina duduk di bangku depan meja solek. Hair dryer di capai dan dia mula mengeringkan rambut. Tanpa menghiraukan Ian yang sedang lena diulit mimpi. Selesai keringkan rambut, Rina mengikat rambutnya gaya tocang satu.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now