𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 15 🍁

2.9K 156 11
                                    

"IBU.." Ian menghampiri Puan Emy yang baru selesai solat itu.

"Ian? Bila sampai?" Dia bangun sambil melipat telekungnya.

"Baru je ibu. Rise kata ibu tak sihat. Tu yang Ian datang jenguk." Rise dia tugaskan untuk menjaga Puan Emy di rumah yang Ethan hadiahkan untuk bekas isterinya itu.

"Ibu sihat la. Rise saja la tu nak kamu datang sini." Puan Emy melabuhkan duduk di sofa. Laju saja Ian duduk di sebelah ibunya. Kepala pula dia rehatkan di atas riba Puan Emy.

"Kenapa anak ibu ni?" Puan Emy mengusap kepala anaknya itu.

"Ibu.. Ian nak bagitahu something."

"Bagitahu apa tu?"

Ian diam. Berfikir macam mana mahu cerita apa yang terbuku di hatinya pada si ibu.

"Ian dah lukakan hati seseorang, ibu."

"Hmm? Nami ke?"

Ian menggeleng. "Bukan." Dia bangun dari baringnya. Duduk termenung skrin tv yang tidak hidup itu.

Jeda.

Ian tarik nafas sebelum menghembuskannya dengan perlahan. "Dia cakap dia sukakan Ian. Tapi Ian reject dia. Ian siap maki dan malukan dia depan khalayak ramai."

Serentak Puan Emy memukul bahu anaknya itu.

"Dah kenapa Ian buat macam tu dengan dia?! Ya Allah budak bertuah ni!" Ian hanya diamkan pukulan si ibu di bahunya.

"Ian stress ibu. Fikiran Ian terlalu kusut dengan penceraian ibu dan ayah.. Kerja yang bertimbun.. Dan rasa malu dengan dia sebab dia.." Ian meramas kepalanya. "Dia nampak Ian dengan Nami kiss."

Mengucap panjang Puan Emy. Dadanya diurut lembut.

"She is muslim, ibu. Just like you." Ian meramas pula jari jemarinya. "Dan Ian rasa bersalah sangat.. Ian nak minta maaf kat dia tapi dah terlambat. Dia dah balik ke negara asal di."

"She is muslim? Ian! What have you done?! Tercemar la mata budak tu. Confirm dia trauma dengan apa yang dia nampak. You better apologise to her, Ian."

"I wanted to, ibu. Tapi dia dah block Ian di semua media social, whatsapp.." Ian mengeluh perlahan.

"You know what, ibu.." Dia pusing menghadap ibunya. Tangan Puan Emy dia genggam. Tiba-tiba teruja mahu bercerita. "I think I'm falling in love with her. Tapi Ian terfikir tentang agama kami yang berlainan. Lepas Ian sakitkan hati dia hari tu.. Ian ada datang rumah dia. Ian kawan dengan abang dia."

Puan Emy hanya diam mendengar.

"Ian terdengar dia mengaji. Macam ibu selalu buat." Tangan naik ke dada. "Ian rasa tenang je ibu bila dengar dia mengaji. Then slowly Ian dengar dia menangis."

"Ian pernah juga nampak kawan Ian tu solat. Dari situ.. terdetik di hati Ian nak belajar tentang Islam. Bila Ian bagitahu kawan Ian yang Ian nak mendalami agama dia.. Dia happy sangat ibu. Dia sokong Ian."

Puan Emy tersenyum mendengar cerita anaknya. Dalam hati, dia bersyukur pintu hati Ian terbuka untuk terima hidayah dariNya. Anaknya terpilih.

"Ian mula belajar dengan dia. Cara solat.. Ian baca tafsiran Al-Quran. Di situ Ian mula rasa berdosa sangat ibu. Dalam surah Al-Baqarah ayat 217.. Allah melarang seseorang murtad kerana mereka akan kekal di dalam neraka. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." bergetar suara anak lelakinya itu.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now