8

0 0 0
                                    

Hadirah sudah siap. Walaupun tidur 3.30 pagi, dia masih boleh bangun awal untuk ke kelas pagi.

Sebelum dia keluar sempat dia melihat ke arah Zatul yang masih dibuai lena. Selepas subuh tadi dia menyambung semula tidurnya. Penat menangis.

Setelah puas meneliti , dia pun keluar daripada bilik perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan Zatul daripada tidurnya.

Sesampainya di bawah blok...

"morning Dii.." suara yang tidak asing lagi menyapa telinganya.

"Adam ? Syafuan ?" kewujudan Adam tidaklah mengejutkan Hadirah. Tapi kewujudan Syafuan yang mengejutkan Hadirah.

'dia ni betul-betul ada hati dengan Zatul ka?' getus hatinya.

"jom la saya hantar. tapi sebelum tu kita breakfast dulu." pelawa Adam.

"oo okay" Hadirah hanya membalas pendek.

Setelah mereka bertiga masuk ke dalam kereta. Adam memulakan pemanduannya.

"macam mana dengan Zatul , Dirah ?" tanya Syafuan.

"saya hanya boleh cakap dia memang ada masalah besar. but thats her privacy so i will not tell u guys whats the real problem is. but no worries , dia ada okay sikit berbanding kemarin. cuma untuk berapa hari ni dia masih ingin bersendirian." Hadirah memberi penjelasan.

Syafuan dan Adam hanya mengangguk faham.

"kamu jam berapa habis kelas Dirah?" tanya Syafuan lagi.

"12 tengah hari nanti" jawab Hadirah ringkas.

"nanti biar kitorang hantar kamu balik bilik , sekali minta tolong sampaikan makanan untuk Zatul." Syafuan menyatakan hasratnya.

"ooo okay boleh." Hadirah tanpa banyak cakap hanya setuju saja.

Suasana di kereta mula sunyi.

Tiba-tiba Hadirah bersuara lagi..

"Syafuan , kalau saya tanya soalan boleh?" tanya Hadirah berhati-hati

"apa dia?" soaln di jawab soalan.

"do have feelings towards her?" tanya Hadirah direct.

Adam yang memandu terbatuk kecil , terkejut dengan soalan Hadirah.

Diam.

Syafuan tidak mengiyakan , menidakkan pun tidak.

"dia masih kurang yakin dengan apa yang dia rasa." Adam membantu Syafuan menjawab. Dia tahu kawannya yang satu ini tidak tahu perasaannya sendiri. Padahal sudah jelas dia ada perasaan itu.

"just to remind you , kalau tiada niat mahu serius dengan Zatul better keep it. never confess and give her hope. Zatul nampak ja begitu. tapi dalaman dia hancur sehancurnya. I just dont want she needs to face any heart broken phase again and again. " pesan Hadirah.

Tiada balasan daripada Syafuan.

"so mohon fikir masak-masak sebelum bertindak. when it comes to Zatul , sorry to say but me and Bunga akan masuk campur." sekali lagi dia bersuara.

kedua-dua lelaki di hadapan tidak mengeluarkan sebarang suara.

Syafuan sedang cuba mentafsir setiap bait kata yang keluar dari mulut Hadirah tadi.

"boleh aku tambah sikit?" Adam meminta izin. Dia menoleh ke arah Syafuan di sebelahnya.

Syafuan mengangkat kening memintanya bersuara.

Sunset with YouWhere stories live. Discover now