prologue

4 1 0
                                    

Apa khabar semua? Nama saya Anis. Saya mempunyai imajinasi yang agak berbeza dengan orang lain. Saya dapat merasakan perasaan orang lain seperti perasaan yang ingin marah, sedih dan gembira. Saya sering merasakan perasaan orang lain apa bila saya bertentang mata dengan orang itu, ataupun saat mendengar suara dan pergerakan seseorang. Saya memanggilnya aura.

Saya adalah istimewa dari semua teman-teman seumuran saya. Saya mempunyai ingatan yang bertahan lama, saya masih dapat mengingatkan kehidupan saya pada umur 2 tahun.

Pada umur saya 3 hingga 6 tahun, saya dapat melihat beberapa jenis bayangan seperti saat melihat di dalam cermin pada waktu malam dan melihat arnab berwarna di dalam bilik yang gelap yang cuba untuk membawa saya ke sesuatu tempat.

Orang di sekeliling saya sering mengatakan bahawa semua itu hanya imajinasi saya. Tetapi saya dapat merasakan apa yang saya lihat itu sangat jelas dan realiti.

Saya di besarkan belajar bahawa menunjukkan perasaan adalah salah, saya tidak faham bagaimana untuk menyatakan kegembiraan saya atau apabila saya sedih dan marah, jadi saya memutuskan untuk terus berdiam diri.

Saya suka melukis, ia dapat menggambarkan imajinasi saya. Kerana sering melukis, saya berfikir untuk menjadi pelukis komik saat saya besar nanti, saya terus melukis dan cuba untuk membuat cerita di kertas.

Pada akhirnya, saya lebih mahir melukis dalam bentuk digital, keluarga saya amat menyokong saya dan membelikan saya tablet untuk teruskan mencapai cita-cita saya. (saya guna tablet tu untuk bermain game online)

Dengan sampai sini sahaja perkenallan saya. Akan saya ceritakan kisah hidup saya sebagai orang yang dapat merasakan deria dan perasaan orang lain.

Apa yang saya lihat? Apa yang saya lakukan?

Not phycologist - by xniszzstar

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Not phycologistWhere stories live. Discover now