𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 17 🍁 (M)

3.6K 162 20
                                    

USAI makan malam, Rina balik ke bilik dahulu kerana Ian sibuk berbual dengan Aryan di lobi hotel. Masuk saja ke dalam bilik, laju kakinya di bawah ke arah bilik tidur. Dia mahu mandi, bersihkan dan siapkan diri!

Malam ni, dia akan berikan hak Ian. Hadiah dari Maysara dia bawa masuk ke dalam bilik air.

Hampir sejam lebih berbual dengan Aryan, Ian meminta diri untuk balik ke bilik. Pintu dikuak. Wangian vanila menusuk ke hidung mancungnya. Ian telan liur. Dia tutup dan kunci pintu bilik. Berdebar kencang sang jantung.

Kasut di kaki dia tanggalkan. Ruang tamu agak gelap. Hanya diterangi oleh lampu meja dan lampu kecil di dinding.

"Sayang?" panggilnya. 'Takkan la dah tidur?' Ian meletakkan kunci bilik di atas rak berdekatan dengan pintu. "Sayang?" Kaki di atur ke bilik tidur mereka pula.

"Ya?" Rina menjawab. Kedengaran suaranya datang dari bilik air saat Ian sudah berada di dalam bilik tidur.

Ian hela nafas lega. "Sayang mandi ke?" Duduk dilabukan di birai katil. Sweater di tubuh dia tanggalkan. Tinggal turtle neck saja.

"Haah. Nak join?" balas Rina dari dalam.

Ian tersenyum. Pertanyaan itu kedengaran nakal di telinganya. Tubuh direbahkan ke atas katil. "Sayang mandilah dulu."

Rina buka pintu bilik air. Kepalanya saja muncul. Nampak suaminya tengah baring, Rina gigit bibir. Dress ditubuh dia pandang. Auto membahang wajahnya ketika ini. Tak pernah pakai terdedah sebegini.

Tangan naik pegang dada. Merasa degupan jantungnya yang tengah mengepam darah ketika ini. Macam baru habis pecut 100m.

'Dia suami kau, Rina.. Dia bukan lagi Ian yang dulu..'

Ian yang berbaring itu dia dekati perlahan-lahan. Dia cuba berlagak biasa. Tapi melihat turtle neck yang meletak di tubuh suaminya itu membuatkan Rina menelan liur. Jelas kelihatan bentuk ketul-ketulan seksi di perut si suami.

"Abang." panggilnya.

Senyap.

Ian tidak memberi respon.

"Tidur ke? Aku dah bersedia, dia tidur pulak."omel si isteri. Rina menghidu tubuh badannya sendiri. 'Rasanya dah spray minyak wangi tadi. Wangian favorite Ian.. Wangian vanila.'

"Abang tidur ke? Bangun la mandi." Rina menepuk perlahan lengan suaminya. Bila tiada balasan, Rina mendengus perlahan.

Baru saja dia mahu pusingkan badan membelakangkan Ian, pinggangnya dipaut kemas oleh lengan kekar si suami. Bagaikan mahu tercabut jantung Rina bila Ian menariknya hingga rebah ke atas katil. Sedar sedar saja Ian sudah ada di atasnya.

Mata bertentang dengan mata si suami. Rina telan liur berkali kali saat mata suaminya bergerak turun melihat sleep dress yang dia pakai.

Ian tarik senyum nakal. Tangan dilabuhkan di atas katil. Menahan tubuhnya dari menindih tubuh sang isteri.

"Are you trying to seduce me, sayang?" perlahan tapi di telinga Rina, suara itu kedengaran sangat sexy dan menggoda.

Berkelip kelip mata Rina merenung suaminya. Bibir dikemam. Menahan rasa malu yang membahang ketika ini.

Namun Rina dengan beraninya menaikkan tangan, merangkul leher suaminya. "Abang.. Rina dah sedia."

Ian telan liur.

"Rina tahu, Rina tak pandai nak seduce abang ke atau nak.. Err.. tunjukkan kat abang perasaan Rina ni.." Rina gigit bibir. Mencari kata untuk meneruskan ayat. "Rina.."

Terhenti ayatnya di situ bila bibir terasa ditindih lembut. Walaupun seketika, itu sudah buat dadanya berdebar hebat. Hilang nafasnya sekejap dengan perlakuan Ian. Gelojoh yang amat!

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now