𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 21 🍁 (TW)

2.2K 141 21
                                    

PERLAHAN-LAHAN Rina mencuba untuk celikkan mata. Suasana agak gelap namun telinganya menangkap suara orang tengah berbala. Kedua-duanya suara perempuan. Sakit di pergelangan tangan akibat diikat dengan cable tie itu sangat memeritkan. Kakinya juga diikat. Mulutnya pula ditutup dengan kain.

"Aku suruh kau culik Ian! Bukan isteri dia!"

"Eh kau siapa nak arah aku?! Suka hati aku la nak culik siapa!"

Bahasa jepun. Ya kedua-dua wanita itu bercakap dalam bahasa jepun. Satu pun Rina tidak faham. Tiba tiba rasa menyesal tak belajar bahasa jepun kat kampus dulu.

"Arghh!" Jeritan itu menyentakkan Rina. Agak kuat disertakan dengan bunyi tembakan.

Dari berbaring, Rina cuba untuk duduk namun bunyi high heels melangkah ke arahnya membuat dia menutup mata semula. Rasa takut dan cemas bersatu. Menggigil tubuhnya.

"Oi. Rina-chan." Sora tertawa kecil melihat gadis yang terbaring dengan tangan dan kakinya berikat itu. Kakinya menolak kepala Rina. "I know you're awake."

"Ian is coming for you. I guess.. I should kill you right in front of his eyes."

Telinga Rina menangkap bunyi pistol. Dia telan liur. Tak henti dia berdoa supaya dirinya selamat. Terasa kepalanya di tonjol dengan hujung pistol.

"He is going to watch his beloved wife died in front of him."

"Hahahaha I can't wait to see that jerk crying after losing his wife.." Sora bersuara mengejek.  Kemudian berubah suara sedih.

"Where should I put this woman?" satu lelaki datang menghampiri mereka.

"Put her here. With this girl. I will kill them both later." katanya sebelum melangkah keluar dari bilik gelap itu.

Lelaki tadi menolak satu tubuh yang sudah lemah jatuh ke atas lantai. Rina buka mata. Tubuh yang tidak bermaya itu adalah orang yang sangat dia kenali. Darah membasahi pahanya.

Rina mendongak pandang lelaki memakai mask dan cap hitam yang sedang melangkah meninggalkan mereka. Pintu bilik di tutup rapat. Hanya cahaya lampu yang agak malap menerangi bilik itu.

'Abang.. Rina takut..'

Air mata mengalir di pipi. Bergetar hebat tubuhnya dek rasa takut yang bermaharaja lela. Ketika itu, wajah wajah yang dia rindui muncul dalam ingatan.

Mama,

Papa,

Abang Rul dan Abang Ril..

Sara..

dan akhir sekali,

Ian, suaminya. Rina pejam mata. Kali terakhir dia melihat Ian sebelum dia jatuh pengsan adalah ketika suaminya itu jatuh terbaring di atas jalan setelah ditembak buat kali kedua.

Ya Allah. Apa sudah jadi dengan suami ku? Lindungilah dia.. Semoga tiada apa apa jadi padanya.

Terasa ikatan di mulutnya di buka perlahan. Laju Rina celik mata.

'Nami?'

"Rina. Adik Shahrul, right?" Nami bersuara dalam kepayahan. "Remember me?"

Rina mengangguk perlahan. Nami tersenyum. Ada cecair jernih menitis di pipi gadis itu.

"I'm sorry.. Semua ni berlaku disebabkan I. I bodoh lepaskan perempuan gila tu hanya sebab nak suruh dia bunuh Ian.."

"I.. I love him, Rina. I sayang suami you sangat. Bila I tahu dia tengah cari you.. I kecewa. Dia pun lama tak contact I sebab sibuk dengan kerja dan you. Sebab tu I pergi cari lelaki lain. I nampak dia happy sangat after kahwin dengan you." Nami menyeka air mata di pipi.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now