𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 24 🍁

2.3K 136 6
                                    

IAN meletakkan ipad di meja sisi sambil menanggalkan cermin mata. Pelipis diurut lembut sebelum mata bergerak merenung Rina yang lena di atas katil itu. Dia duduk di sofa. Menyiapkan kerjanya tadi ketika isterinya tengah mandi, sampailah isterinya tidur.

Agak sibuk kerana banyak yang dia tinggalkan sepanjang honeymoon ini. Esok dia terpaksa ikut Karl dan Redza ke pejabat. Kaki diatur mendekati isterinya. Ian melabuhkan duduk di birai katil, sebelah Rina.

Hidung isterinya yang kemerahan itu membuat dahi Ian berkerut. Isterinya menangis ke? Bila? Kenapa dia tidak perasan? Tapi sewaktu Rina keluar dari bilik air, sempat lagi isterinya itu menyapanya sebelum merebahkan tubuh ke katil.

"Sayang.. Ada pendam apa apa dari abang ke?" soalnya seraya menyelak rambut yang menutupi wajah cantik isterinya itu. Sah Rina ada menangis. Bulu mata dan hujung mata si isteri basah sedikit.

Ian mangucup lembut dahi Rina sekejap sebelum dahi disatukan dengan dahi si isteri.

"Please jangan pendam kalau sayang ada masalah. I hate seeing you keeping the problem by yourself.." bisiknya perlahan sebelum tubuh dia tegakkan. Pipi Rina diusap lembut.

Buat seketika, mata merenung wajah lena isterinya sebelum dia bangun untuk ke bilik air.

ESOKNYA, Ian dan Rina keluar ke penthouse milik Ian yang terletak di tengah bandar London itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ESOKNYA, Ian dan Rina keluar ke penthouse milik Ian yang terletak di tengah bandar London itu. Tepat sekali, di atas bangunan syarikat milik Karl.

Adik angkatnya itu menyuruhnya mengambil tingkat paling atas bangunan itu untuk dijadikan penthouse. Kerana Ian tiada rumah sendiri. Jadi dia mahu Ian mengisi ruang atas syarikatnya. Tambah lagi Ian selalu tinggal sendiri, kini sudah beristeri.

Bangunan dengan signboard BENJAMIN's itu menarik perhatian Rina ketika Ian membelok masuk ke dalam tempat parking bangunan itu.

"HOTEL K. BENJAMIN.. Adik angkat abang yang punya ke?"

"Haah sayang. Dia baru buka hotel ni dua bulan lepas."

Rina mengangguk faham.

"Lepas abang hantar sayang ke penthouse, abang turun bawah tau. Nak jumpa Karl dengan Redza." beritahunya. Rina hanya mengangguk. Melihat isterinya tidak banyak bercakap itu buat hatinya risau.

Kenapa isterinya begini?

Dulu Rina banyak mulut dan periang. Tapi sekarang, selepas kejadian itu Rina sering mengelamun. Bila di tanya, isterinya hanya tersenyum dan menggeleng. Sedikit pun tidak mahu berkongsi dengannya.

Ian dan Rina masuk ke dalam perut lif. Kad dimasukkan sekejap sebelum butang nombor 19 Ian tekan.

"Bawah ni semua hotel ke?"

"Eh tak. Dalam 19 tingkat ni, dari lobi hingga ke tingkat 15 hotel. 16,17 dan 18 pejabat. Dan 19, penthouse abang."

"Oh.." pintu life terbuka. Rina hampir terlopong. Apa tidak, terbuka saja pintu lif itu terus tersergam indah penthouse milik suaminya.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now