𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 29 🍁

2.4K 141 28
                                    

SELESAI meeting, Ian terus masuk ke dalam pejabat. Kot di tubuh dia tanggalkan sebelum tangan menekan Interkom di atas meja.

"Panggil Nura Evelyn masuk sini." katanya pada Aqil selaku setiausahanya.

"Baik tuan." balas Aqil. Beberapa minit kemudian, pintu pejabatnya di ketuk.

"Masuk."

Evelyn melangkah masuk. Dengan langkah takut-takut dia menghampiri meja bosnya itu. Berdiri di depan meja. Kepala menundukkan saja. Sejuk terasa dalam bilik pejabat itu. Menggigil tangannya. Tiba tiba dada terasa sesak pula.

"Kau kenal Elena kan?" tanpa basah basi terus saja Ian bertanya.

"Ke- Kenal tuan."

"Kau yang bagi number phone aku dengan dia kan?"

"Saya minta maaf, tuan." Evelyn menundukkan tubuhnya. "Saya terpaksa. Dia.. Dia ugut saya.." Bergetar suara gadis tidak bersalah itu.

Dia mangsa keadaan, Ian. Terpaksa. Kalau tak, dia akan kena jual ke Ah Long. Elena yang berhutang, dia yang jadi taruhan.

Terngiang-ngiang suara itu di telinganya. Orang yang Cipher upah untuk bagi warning pada Elena itu ada bertemu dengannya semalam. Tak sangka lelaki itu berpangkat Tengku. Sungguh tak dijangka.

"Ugut nak jual kau pada ah long kan? Berapa hutang korang dengan ah long tu?" potong Ian.

Evelyn menggeleng perlahan. "Sa- Saya tak pasti, tuan. Kakak saya yang pinjam."

"Kau call Elena sekarang. Tanya dia berapa jumlah duit yang dia hutang kat Ah Long." Arah Ian dengan tegas seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi empuknya.

Kelam kabut Evelyn keluarkan telefon dari poket baju kurungnya. Dengan tangan menggeletar, dia mendail nombor Elena.

"Bagi loudspeakers." arah Ian sekali lagi. Evelyn mengangguk.

"Ha nak ape call aku ni?" tanpa salam, terus saja Elena bercakap.

"Err El. Be- Berapa eh kau hutang dengan Ah Long?"

Elena tertawa sinis. "Kenapa? Kau nak bayar ke? Guna apa? Tubuh kau?"

Evelyn gigit bibir. Sesekali dia mengerling riak wajah tegang bosnya. Liur di telan berkali-kali. "A.. Aku tanya je. Manalah tahu kan, aku boleh tolong kau bayar sikit sikit."

"Huh! Setakat gaji ciput kau tu, tak gerak langsung jumlah hutang tu. Semuanya 50 ribu. Baru baru ni aku pinjam untuk buka klinik. Apa lagi kau nak tahu?" agak kasar caranya bercakap, kasihan pula Ian pada Evelyn.

"Banyaknya El. Sebulan kau bayar berapa?"

"Kalau banyak pendapatan, banyak la aku bayar. Eh kau dah kenapa tanya aku pasal hutang ni? Syuk ada datang jumpa kau ke?"

"Syu- Syuk? Siapa tu?"

"Syukri la. Orang Ah Long merangkap lelaki yang dah lama nakkan kau. Dia kata kalau aku tak dapat bayar, dia nak kau sebagai bayaran!"

Menggeletar habis tubuh Evelyn. Syukri. Ya. Dia ingat lelaki itu. Lelaki yang hampir memperkosanya dulu.

Ian beri arahan supaya tamatkan panggilan. Sakit hatinya mendengar apa yang Elena katakan. Tak sangka, perempuan macam tu wujud.

Usai menamatkan panggilan, Evelyn mengeluh perlahan. "Maaf tuan." ucapnya perlahan.

Ian menulis sesuatu di atas kertas lalu dihulur pada Evelyn. "Lepas kerja, kau pergi alamat aku bagi ni. Dia nak jumpa kau. And she said she will help you."

Evelyn ambil kertas itu. Alamat yang tertulis dia baca.

"Dia nak tolong saya?"

"Ya. Kau boleh keluar sekarang."

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminDonde viven las historias. Descúbrelo ahora