Chapter 2

131 8 1
                                    

"You're my drugs baby"

Aku sudah tiba di kawasan kolej ku tetapi sedikit jauh dari situ kerana apa kerana aku tidak mahu dilihat oleh sesiapa dan juga ada sekumpulan gadis 'annoying' dengan sifat mereka yang angkuh juga sombong. Jika mereka nampak kereta yang mahal pasti mereka akan berebut untuk melihat siapa gerangan yang berada di dalam kereta tersebut.

Tanpa membuang masa aku terus membuka seatbelt dan terus menonong keluar dari isi perut kereta abang ku tetapi pergerakan ku terbantut apabila abang fahmi berdehem dan aku terus panggung kepala untuk melihat abang fahmi. "dah ditolong tak ada kata terima kasih ke apa ?" katanya dengan muka yang menghadap kedepan.

Aku tergelak sikit dan kembali masuk ke dalam dan terus mengambil kekura tangan nya dan terus aku salam setelah itu aku menekup kedua pipinya dan terus aku labuhkan cium di kedua pipinya "thank youu so muchh abang pami sebab hantarkan adik hehe..itu jak lah yaa abang byeee" dan setelah itu aku terus bergegas masuk ke kolej yang gah itu. Dia hanya menggeleng sahaja dengan perilaku gadis itu dan menghantar kepergian adik kesayangan dengan ekor mata. Dan Ya nama lelaki tersebut ialah Fahmi Harrieth tanpa melengah kan masa dia terus keluar dari kawasan tersebut. Dia harus pergi ke sesuatu tempat.

Aku berdebar seketika kerana sudah berada di hadapan pintu kelas ku dan sekilas melihat jam dan sudah menunjukkan jam 7:52 bermakna kelas pertama subjek Inggeris sudah pun bermula dan tangan ku membuka pintu tersebut zap! semua student disitu terus melihat ke arah ku. "Masuk" dengan senyuman yang manis dan aku pun membalas senyuman nya dengan mulut mengatakan "thank you madam".

Dan laju kaki ku untuk mencari seseorang dan aku mengecil kan mata ku apabila ada seseorang perempuan melambai lambai ke arah ku maksud nya dia menyuruhku untuk turut duduk ditempat itu.

"ehh.. kenapa kau lewat hari ni? selalunya kau datang awal tau"  "ha'ah sebab aku terlajak tidur masa habis menunaikan solat tadi subuh"

"Attention please... kami di dalam bilik kelas itu terus langsung melihat ke hadapan. "Disini saya mengatakan hari ini ialah last day saya mengajar kamu subjek bahasa Inggeris.. saya minta maaf kalau saya pernah tergores kan hati kamu dengan kata kata atau perbuatan saya dan halalkan apa yang sudah saya lakukan selama mengajar di kampus yang gah ini" dia ialah madam yang terlalu baik dan memahami tetapi apa boleh buat jika itu keputusan madam Nora.

"One more thing.. esok kamu akan menerima new lecturer yang akan gantikan tempat saya dan mengajar bahasa Inggeris juga".

Bersambung...

jangan lupa tekan bintang hehe💘

The Lecturer ObsessionDove le storie prendono vita. Scoprilo ora