-1-

515 38 0
                                    

"Berapa umur kau sekarang?" soal wanita itu sebaik dia memayungi seorang lelaki yang dari awal lagi duduk sendirian di tepi jalan di dalam hujan lebat itu.

Dia mengangkat wajahnya dan mata mereka bertemu.

"25." Jawab lelaki itu.

Wanita itu mengangguk kemudian menunduk, kini mata mereka berada di aras yang sama.

"Kau ada tempat tinggal?" soalnya lagi dan lelaki itu menggeleng.

"Then, how about I give you shelter but in exchange, will you marry me?" suaranya tiada emosi tapi matanya jelas menunjukkan dia serius.

Lelaki itu mengetap giginya kuat.

"Kalau aku setuju, apa lagi yang aku dapat?" soalnya diselangi dengan gigilan yang kian jelas di seluruh badannya. Tiada siapa tahu berapa lama lelaki itu dibasahi hujan dan kenapa dia tidak berteduh di kawasan yang terdekat melainkan tuan punya badan.

"Everything you need. Makan, pakai, tempat tinggal - semuanya. I'll provide it to you. Sekarang bagitahu aku. Will you marry me or not?"

+++

"Aku terima nikahnya, Dahlia binti Hamdan dengan mas kahwin sebanyak RM xx.xx tunai."

Dengan sekali nafas, Wafi sah menjadi suami kepada Dahlia.

"Jangan risau Wafi. Once we are married, kau bebas untuk buat apa sahaja yang kau nak unless I call you up for something."

Itu kata-kata Dahlia pada hari dia menyatakan persetujuannya untuk mengahwini Dahlia.

Wafi mencuri pandang pada Dahlia yang berada di sisinya. Cincin yang dibeli Dahlia sudah tersemat di jari manis mereka berdua menandakan mereka kini adalah pasangan suami isteri yang sah.

"Hey pergi tukar baju. Kita kena greet tetamu yang hadir." Kata-kata Dahlia menyedarkan Wafi. Wafi hanya mengangguk dan dia dibawa ke bilik persalinan.

Dahlia mengadakan majlis persandingan mereka di sebuah hotel mewah dan dia juga yang mengeluarkan semua perbelanjaan perkahwinan ini. Dari sewa dewan, catering, baju dan hal-hal lain yang berkaitan dengan majlis mereka pada hari ini, semuanya adalah dari poket Dahlia.

Well, kalau harapkan aku memang tak lah. Aku ada 20 sen je dalam poket masa dia kutip aku kat tepi jalan waktu tu. bisik hati kecil Wafi saat wajahnya dipakaikan make-up.

Kutip... huh I feel so low... tapi apa boleh buat. Beggars can't be chooser..

+++

Majlis persandingan yang dihadiri oleh rakan-rakan pejabat Dahlia berjalan lancar dan meriah. Masing-masing membawa hadiah besar untuk Dahlia dan mengucapkan tahniah kepadanya. Dahlia mengukir senyum lebar tapi pada pandangan Wafi, senyuman Dahlia nampak palsu.

Scary... kenapalah aku setuju nak kahwin dengan perempuan tak ada emosi macam ni. Emosi yang ada pun nampak fake. Keluh Wafi. Sesekali datang rasa menyesal tapi tawaran Dhalia tu terlalu tempting untuk si homeless macam dia ni. TT.

"Kahwin juga ya si tua tu. Kinda surprised dia akhirnya kahwin dengan-"

"Shh! Jangan bangkitkan hal itu!"

"Apa? Kau tak rasa pelik lepas apa yang jadi, tiba-tiba dia hantar kad jemputan? Huh nak cover lah tu!"

"Oh God! Elena! Shut up!"

Perbualan yang tidak sengaja didengari saat Wafi mengambilkan air untuk Dahlia tersemat kemas di kepalanya.

Aku ni jadi kambing hitam ke? Desis hati kecil Wafi.

"Thank you." ucap Dahlia apabila Wafi menghulurkan segelas air kepadanya.

"Kau betul ni tak nak makan? Photoshoot will take time." soal Wafi dan dia mengambil tempat di kerusi kosong di sebelah Dahlia.

Tetamu sudah beransur pulang dan mereka berdua duduk berehat di pelamin.

Dahlia mengembalikan gelas kosong kepada Wafi.

"We don't have photoshoot. Lepas habis sini, aku akan bawa kau balik ke rumah." Katanya senada.

Wafi sekadar mengangguk.

"Miss Dahlia." Panggil satu suara lunak.

Wafi dan Dahlia serentak memandang ke arah suara tu datang. Seorang wanita dengan ketinggian sederhana, berbusana serba putih sedang berdiri di depan mereka. Dia mengukir senyum dan matanya hanya tertumpu kepada Dahlia.

"Congratulations on your wedding miss!" ucapnya dengan nada ceria.

Dahlia turut senyum. "Thank you. Also thanks for coming."

Dia mengangguk.

"May you are blessed and always be happy in your marriage, Miss Dahlia."

+++

Apartment

Dahlia betul. Sebaik habis majlis di dewan dan tukar baju, Dahlia terus memandu ke apartment miliknya. Tiada photoshoot, tiada singgah ke mana-mana, semua tiada.

Dahlia menekan suis lampu dan apartment yang tadinya gelap kini terang.

Apartment yang dihiasi dengan dekorasi minimalist dan sangat simple itu jelas menunjukkan identiti Dahlia.

Monotone dan boring macam tuan dia. Sempat hatinya berbisik sebaik dia menjejakkan kaki di dalam rumah yang juga akan menjadi rumahnya selagi mana dia bergelar suami kepada Dahlia.

"Bilik kau kat sebelah bilik air sana dan bilik aku kat sini. You don't mind sleeping in a different room right?"

"Eh of course! Aku rasa it's better that way memandangkan kita..." Wafi menuding jarinya pada dirinya dan pada Dahlia.

"Bukan macam pasangan yang lain." kata Wafi dan dia senyum.

"Great. You are a quick learner." Balas Dahlia dan dia berjalan menuju ke biliknya.

Baru dia memulas pintu biliknya, dia berhenti dan berpusing memandang Wafi.

"Aku dah bank in duit dalam bank akaun kau. You are free to do anything you want. Nak shopping, keluar or whatever, I don't care. Cuma at least, spend the night at home." kata Dahlia dengan nada dinginnya.

"Noted ma'am."

Ah... macam mana aku nak survive bawah satu bumbung dengan peti ais satu pintu ni...

The Lady & The Homeless Man She Picked Up ✅Where stories live. Discover now