PROLOG I

210 19 1
                                    

"Papa nak kamu pilih! Sama ada kahwin dengan Tengku Muiz ataupun calon pilihan kamu sendiri!"

Bergema ruangan satu banglo itu oleh suara Tengku Miland Kasyf iaitu merupakan ayah kepada Azallyea Hanis. Pemegang saham nombor dua terbesar di dalam Syarikat
Penerbangan EMfly.

Azallyea Hanis Binti Tengku Miland Kasyf itu merupakan satu-satunya anak perempuan yang ada di dalam keluarganya itu.

Dia merupakan anak kedua terakhir daripada lima
orang adik-beradik. Hidupnya penuh dengan penjagaan yang sangat ketat oleh ayahnya sendiri sehinggakan
dia tidak dapat menikmati masa mudanya. Disebabkan itulah dia tidak mempunyai ramai sahabat untuk meluangkan masa bersama.

"Papa, Lyea pun layak untuk tentukan pasangan hidup Lyea sendiri pa! Sampai bila papa nak aturkan semua untuk Lyea?", jawab Lyea. Itulah kali pertama dia berani menjawab ayahnya sendiri.

Abang-abang Lyea yang berada disitu turut terkejut mendengar apa yang dikeluarkan daripada mulut adik perempuan mereka itu.

"One more thing, pa. Tengku Muiz tu nampak baik di depan mata papa only ! But dekat belakang papa? Papa tahu apa dia pernah cuba buat dekat Lyea?", sambung Lyea
kembali.

Kemerahan muka Lyea menjawab dan meninggikan suara di depan ayahnya itu. Begitu lama dia memendam perasaan ini dan biarlah kali ini dia ingin menyuarakan hak dia sendiri di dalam keluarga ini.

Kali ini dia betul-betul tidak peduli lagi apa yang bakal terjadi di masa depan.

"Itu yang kamu nak? Kalau you tak berjaya ikuti syarat papa, you know what will happen!", tegas Tengku Miland Kasyf.

Suasana yang sangat menegangkan ketika itu hanya membuat abang-abangnya iaitu Tengku Izdiyad Ryan dan Tengku Farid Rian mendiamkan diri.

"Apa syarat papa?", soal Lyea dengan suara mendatar. Wajah anak perempuannya itu ditatapi dengan tajam sambil menjawab kembali persoalan yang diajukan tadi.

"Papa bagi masa dalam 14 hari sahaja untuk kamu cari calon suami kalau tak ada juga, kamu mesti terima pilihan papa."

Membulat mata Lyea mendengarkan syarat yang dikatakan oleh ayahnya sendiri. 14 hari ? Cari calon suami? Boyfriend pun tak ada, mana aku nak cekau mamat jadi suami ni!

"So, agree?"

"Okay fine! Lyea setuju ikut syarat

🎉 You've finished reading 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐢𝐬 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓 | 🎉
𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐢𝐬 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓 |Where stories live. Discover now