BAB 26

26 2 0
                                    

Setelah sampai di hospital.Mereka terus berjalan ke bilik wad Ayreen.Hati tidak usah dikata,berdebar sahaja dari tadi.Takut dengan apa yang akan jadi selepas ini.Dia takut Ayreen tidak memaafkannya sahaja.

Pintu bilik dibuka perlahan.Salam diberi sambil kaki kanan melangkah masuk ke dalam.Kelihatan Ayreen yang sedang memakan bubur yang disuap oleh Puan Fatima.

Mata mereka bertentangan buat seketika.Ayreen terus menghalakan pandangannya ke tepi dan menggeleng kepala kepada mamanya tanda sudah tidak mahu makan.

"Mama,Ayreen tak nak jumpa siapa-siapa kan.Halau dia"

"Ayreen...Itukan suami kamu.Tak baik derhaka terhadap suami"

"Ayreen tak ada suami yang jahat,yang suka bunuh orang,yang suka pukul orang"

Arash yang mendengar ayat yang dituturkan isterinya berasa kecewa.Sampai begitu isterinya berubah.

"Ayreen,maafkan aba-"baru sahaja ingin menghabiskan katanya,Ayreen mencelah.

"Keluar!Korang semua keluar dari bilik ni.Korang semua jahat!"tengking Ayreen.Puan Fatima yang disebelahnya terkejut dengan perbuatan Ayreen yang tidak terduga sebentar tadi.

"Minta semua keluar ya...Ayreen perlukan rehat.Arash maafkan Ayreen ya"pinta Puan Fatima,terselit nada sedih di hujung ayatnya.

"Jom Rash,terima kenyataan yang kita ni memang jahat"kata Aryan.Tangan Aryan dan Ayyan menarik bahu Arash ke belakang memandangkan Arash masih membeku di situ.

"Eh,kenapa duduk luar ni?"tanya Datin Rafidah setelah nampak tiga susuk tubuh yang sedang duduk di atas bangku berhadapan dengan bilik wad Ayreen sewaktu tiba di sana.

"Ayreen tak nak jumpa siapa-siapa sekarang my"balas Arash kesal.

"Meh mummy tengok dulu"

Datin Rafidah membuka pintu.Ayreen yang sedang menonton TV terganggu.

"Ayreen,okey tak?"soal Datin Rafidah lembut.

"Alhamdulillah okey je my"tangan dihulurkan untuk menyalam ibu mertuanya.

"Arash layan Ayreen baik je kan?"soal Datin Rafidah ingin mencari sebab.

"Okey je my,cumanya Ayreen tak nak jumpa dia sekarang.Tak tahu lah kenapa,tapi memang meluat nak berdepan dengan dia sekarang"kata Ayreen dengan nada menyampah.

"Mungkin sebab alahan mengandung kut"teka Datin Rafidah.Cuba untuk positif kan diri.

"Maybe"bohong Ayreen.Dia tidak mahu berjumpa dengan Arash langsung sebenarnya.

●●

Sudah masuk hari ke tiga Ayreen terkurung di dalam wad.Akhirnya dia dibenarkan pulang ke rumah.

Sekarang ni dia tengah duduk di atas katil sambil memasang mata terhadap Arash yang sedang mengemas beg pakaiannya.

Terpaksa dia bertentang dengan Arash,disebabkan mamanya perlu balik cepat.

"Dah ke?Lambat lah"soal Ayreen menyampah.Lambat betul buat kerja.

"Dah siap dah ni.Jom!"ajak Arash dan cuba membantu Ayreen untuk bangkit.

"Ish,saya boleh bangun sendiri lah!"marahnya lalu menepis tangan Arash kasar.

Arash hanya pandang Ayreen dengan raut wajah yang kecewa dengan perubahan Ayreen.Ayreen yang sudah berjalan pantas ke hadapan berhenti tatkala memandang Arash yang masih membeku di belakang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MI QUERIDA | OGWhere stories live. Discover now