"Wei Hana, kau tak perasan ke? Sekarang banyak betul kes bunuh. Eargh. Seram gila wei!" Eyka Najwa, kawan baik atau kawan sekerja dengan Hana.
Cawan yang selesai dibilas tadi diletakkan ke atas rak bersama cawan-cawan yang lain. "Astu? Kau nak kita jadi polis? Pergi siasat kes tu?" Sambil tangannya bergerak membasuh cawan-cawan itu, mulutnya sedang mengeluarkan kata-kata.
"Eish. Aku bagitahu ni sebab suruh kau berhati-hatilah!" Eyka menyandarkan tubuhnya di hujung meja bersebelahan singki juga bersebelahan Hana. "Eh, bayangkanlah, kalau pembunuh tu obses dengan kita, astu dia sanggup bunuh semua orang yang dekat dengan kita? Fuh! my type!"
glask!
Bukan dibaling, tapi cara letaknya dengan amarah. Hana menoleh memandang kawannya di sebelah sebelum dia membilas tangannya dengan kain. "Eleh. Kau tu pun dah gila."Dingdong!
Bunyi itu bertanda ada pelanggan baru datang, langsung Hana berpaling ke punca bunyi itu lalu membawa tubuhnya pergi ke kaunter.
Skrin komputer itu ditekan, "selamat datang ke Kafe Rin, may i have your order?" Ayat formal untuk kafe itu keluar dengan sopannya.
Lelaki itu tampak muda, tapi juga kelihatan lebih daripada muda. Lelaki itu berpakaian kemas dan wajahnya teramatlah bersinar. "may i have coffee?"
Langsung skrin komputer itu ditekan berulang kali lalu resit keluar dari mesin pencetaknya. Srakk! Lalu resit itu dikoyak dari mesin pencetaknya lalu dihulurkan kepada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum, lalu dia mengambil resit itu dari tangan Hana. Lalu dia pergi melabuhkan duduk.
....
"ini dia kopi tuan," Cawan berisi kopi diletakkan di atas meja juga hadapan lelaki itu. Lelaki itu kelihatan sedang sibuk melayan telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia terkejut akan kehadiran Hana yang baru saja mahu beredar, "o...oh! terima kasih" Langsung dia angkat tubuhnya dari badan kerusi lalu cawan kopi diangkat. Slurpp...
lelaki itu dipandang jauh oleh Hana, lalu dia tersedar dari berangannya akan kerana Eyka menampar bahunya.
"kau suka dia ehh?"
langsung Hana mengerutkan wajahnya. "ei! kau tengok macam dia muda? macam dah beristeri tau!" jerit kecil Hana kepada kawan baiknya.
Eyka melepaskan tertawanya lalu sisi rahangnya dipeluk oleh kedua telapak tangannya. "tapi kan, dia kan lecturer baru kat uni kita tu?"
Wajah Eyka laju dipandang. "hah? ye eh?". Baru saja kelihatan kedua bibir Eyka mahu buka memberi jawapan, ting! "gahh! terkejut aku?!". Ketukkan loceng itu membuatkan Hana melompat terkejut. Lalu perlahan-lahan dia menoleh ke arah lelaki itu.
"here.. the money"
hah? money? itulah yang difikir-fikirkan di dalam kepala otak Hana. Langsung satu benda tidak ingat. Maklumlah, pelupa. "hah?"
Lelaki itu mengangkat pandangannya memandang Hana yang sedang keliru. Lalu dia tersenyum, "ke nak cara lain?"
"c...ca...cara?" ting! Bagaikan lampu keluar dari otak sebab benda itu akhirnya diingat. "ah! sorry, sorry" Langsung duit itu diambil dari tangan lelaki itu, lalu diletakkan di dalam peti duit.
...
"fuhhh. Penatnyaaaaaaaaaaaa" Hana menjatuhkan duduk di atas kerusi pelajar-pelajar yang disediakan. Baru saja mahu menjatuhkan kepala di atas meja, Eyka datang menjatuhkan duduk penat sebelahnya.
YOU ARE READING
Love at first sight
RomanceHana Natasya x Eskandar Aqeem sinopsis : Hana Natasya adalah seorang gadis yang hidup serdahana. Dia anak tunggal, Ibunya sudah tiada, bapanya meninggalkan Hana dan ibunya sebelum ibunya meninggal kerana kanker. Sekarang dia harus bekerja demi hidup...