Chapter 4

96 10 0
                                    

Jam di dinding di pandang sepintas lalu, jarum sudah menunjukkan angka 6. Waktu bekerja sudah tamat, Fara di sebelah sudah bersiap-siap mengemas beg, memastikan tiada barang yang tertinggal. Khaisara masih lagi menatap komputer ribanya, claim yang baru sampai dari pihak supplier 10 minit lepas membuatkan beban kerjanya bertambah. Nak tak nak, dia perlu siapkan hari ini juga. Lagipun meluluskan claim tidak mengambil masa yang lama, hanya perlu key in data dalam laporan perbelanjaan dan masukkan dokumen claim ke dalam fail yang di sediakan. Fail tersebut kemudian akan di bawa ke meja General Manager untuk di tandatangani pada esok hari. Lagi pula buat apa Khaisara nak balik awal-awal, bukan ada apa nak dibuat di rumah. Khaisara menjeling ke luar, pekerja-pekerja di ruangan utama pejabat sudah beransur-ansur pulang. Fara juga sudah meminta diri setelah mendapat panggilan daripada suaminya mengatakan dia sudah menunggu di ruangan parking. Khaisara mendongak pula memandang meja di hadapannya, Shezad masih menghuni tempat itu. Setelah Fara meninggalkan bilik tersebut, suasana bertukar senyap sunyi. Hanya bunyi ketikan keyboard dan selakan helaian kertas kedengaran.

Shezad masih segak dipandang walaupun rambutnya kelihatan sedikit kusut, mungkin kerana terlalu sering di tolak ke belakang. Rambut poninya panjang menutup kening, tidak hairan kenapa tangan kerap naik menyerit surainya. Mata masih menatap kertas di tangan, mencari salah dalam laporan yang di sediakan oleh pihak kilang. Kenapa tidak tally dengan laporan yang di sediakan oleh pihak akaun. Sesekali keluhan di lepaskan.

Bibir tidak sengaja tersenyum, Khaisara suka curi pandang waktu Shezad sedang bekerja. Wajah tertekan yang di pasang sungguh menarik perhatian Khaisara. Tidak lupa dengan kaca mata separuh bingkai yang di kenakan hanya waktu bekerja, hmm seksi. Cuma lengan kemejanya sahaja tidak pernah di gulung ke atas. Kalau tak, Khaisara boleh terkena serangan jantung di usia muda. Kadang Khaisara naik hairan. Tidak kira sesibuk mana pun kerjanya, Shezad tidak pernah mengggulung lengan kemejanya. mungkin tidak suka dengan kedutan yang akan terhasil nanti. Sedari diri dari tadi merenung lelaki itu, cepat-cepat fokusnya di kembalikan kepada komputer ribanya.

Kertas di tangan di lepaskan, belakang badan disandarkan ke penyandar kerusi empuk beroda itu. Kaca matanya di lepaskan. Tangan naik mengurut dahi. Rasa peningnya semakin teruk. segera komputer riba di matikan. Kertas yang tadi berselerak di atas meja di susun semula ke dalam fail dan di masukkan ke dalam beg jinjit dan barang-barang peribadi di bawa bersama. Dia perlu pulang, dia tidak boleh lagi bekerja dalam keadaan ini, melihat tulisan di kertas laporan menambahkan lagi rasa pusingya. Shezad perlahan-lahan mengangkat punggungnya dari kerusi, tangan pula di tahan ke meja. Dunia berpusing, cepat-cepat dia memejamkan mata untuk mengurangkan rasa pening.

Setelah merasa pening sudah sedikit reda. Kaki laju di bawa ke pintu bilik. Namun sempat di kerling Khaisara yang masih setia di tempat duduknya.

"Belum habis lagi?" Shezad menyoal Khaisara yang masih sibuk menaip sesuatu. Khaisara melepaskan pandangannya dengan skrin komputer ribanya, mengangkat wajah membalas pandangan Shezad. Khaisara hanya menggelengkan kepalanya sambil mengangkat beberapa borang claim yang masih belum di key-in datanya.

"Sudah lah, jom balik. esok-esok lah siapkan. Dah nak malam ni, tak elok duduk sorang-sorang. Awak tu anak dara" Bebel Shezad panjang lebar. Khaisara hanya mampu menurut. Dia segera mengemas barang- barangnya. Shezad pula masih setia menunggu di tepi pintu bilik. Lengan kanan di sandarkan pada dinding berhampiran untuk menyokong berat badannya supaya tubuh itu tidak jatuh mencium lantai. Keseimbangan badannya tidak begitu baik, rasa peningnya masih ada.

"Encik boleh balik dulu, banyak lagi saya nak kemas ni" Khaisara berasa sedikit kurang selesa apabila melihat Shezad masih menunggu. Barangan yang perlu di bawa pulang bukannya sikit. Nak kemas semuanya agak memakan masa. Ya lah, kalau Fara atau orang lain boleh lah, ini Team Leader kot. Ketua tunggu anak buah? Tak pernah di buat orang. Shezad menggeleng.

Bittersweet - OGWhere stories live. Discover now