BAB 11

27 9 0
                                    

Hampir 10 minit Nurina berlari mengejar lelaki tersebut. Nurina berhenti berlari untuk seketika. Nafasnya tercungap-cungap akibat mengah. Stamina dia kurang berbanding lelaki itu. Dalam beberapa saat kemudian, Nurina meneruskan semula lariannya.

Namun, secara tidak sengaja Nurina tersilap langkah semasa berlari lalu jatuh tersungkur di jalan berhampiran lorong. Walaupun begitu, Nurina tidak mudah mengalah, dia masih gagahkan diri untuk bangun dan meneruskan larian walaupun kaki kanannya mula terasa sakit akibat terseliuh. Lariannya yang perlahan membuat dirinya telahpun kehilangan lelaki tersebut.

Namun begitu, Nurina tidak boleh melepaskannya begitu sahaja buat kali yang ketiga. Nurina cuba untuk jejak lelaki tersebut tetapi tidak berjaya. Nurina buntu buat seketika.

.
.
.

Sementara itu, Airin yang sebentar tadi berlari sepantas kilat telahpun tiba hadapan pintu pagar rumah Nurina. Kalau diikutkan, jarak antara rumah Nurina dengan 7-Eleven adalah kurang 1 kilometer sahaja dan ia mengambil masa 3 minit jika menggunakan kenderaan. Namun, Airin mengambil masa kurang 15 minit dengan berlari selaju yang boleh. Setelah tiba, Airin terkejut apabila dia melihat terdapat pasu bunga yang pecah di halaman rumah Nurina. Airin segera melangkah masuk ke dalam rumah Nurina lalu mencari kelibat Nurina.

"Nurina?" panggil Airin setelah dia melangkah masuk ke dalam rumah. Namun, tiada sahutan.

"Nurina, Nurina!" Airin terus mencari dan mencari di sekeliling rumah.

Airin mengetuk pintu bilik Nurina lalu dia menolak perlahan pintu bilik itu. Tiada orang. Airin terus beralih pada almari pakaiannya, juga tiada sesiapa. Kemudian, Airin menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk. Peti sejuk?

"Nurina, kau ada dalam ni ke?" katanya sambil menarik pintu peti sejuk itu.

"Eish, apesal takde makanan dalam ni? Patutlah minah tu kurus je!" Menyempat Airin berleter apabila dia melihat isi kandungan peti sejuk itu hanyalah beberapa botol air mineral sahaja. Airin menutup semula pintu peti sejuk lalu dia melangkah menuju ke bilik air pula.

"Weh, kau ada dalam tandas ke?" Juga tiada sahutan. Airin memulas tombol pintu dan dia dapati pintu bilik air tidak berkunci. Kemudian, Airin menolak perlahan pintu bilik air itu. Kosong. Airin hairan dan mula menjadi risau apabila dia dapati bahawa Nurina tiada di dalam rumahnya.

Dalam beberapa minit kemudian, dia baru teringat bahawa dia boleh meminta bantuan dengan menjejak lokasi Nurina. Airin terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.

"Hello Detektif, maaf ganggu tapi boleh tolong jejak lokasi telefon Nurina tak? Segera ye, terima-kasih."

Beberapa minit kemudian, Airin dapati bahawa telefon Nurina berada tidak jauh dari sini. Hanya mengambil jarak dalam beberapa kilometer sahaja. Sebelum Airin melangkah keluar dari rumah, dia meletakkan beg plastik yang berisi makanan itu di atas meja makan lalu terus memecut menuju ke lokasi telefon bimbit Nurina.

.
.
.

Nurina mengelap peluh yang menitis di wajahnya lalu di melihat sekeliling kawasan tersebut. Di situ, terdapat beberapa lampu jalan yang masih bernyala, selebihnya telahpun bertukar malap. Atas bantuan cahaya yang dipancarkan beberapa tiang lampu jalan yang tidak seberapa terang itu, Nurina masih lagi boleh nampak tetapi kurang jelas.

Semasa Nurina ingin menghubungi semula Airin untuk mendapatkan bantuan, Nurina dikejutkan dengan suatu tolakan yang datang dari sisi kanannya. Nurina tidak sempat membuat sebarang tindakan kerana kejadian itu berlaku dengan begitu pantas lalu dia terus jatuh tertiarap dan lengan kirinya terseret di jalan tar. Telefonnya pula tercampak jauh ke tepi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Me With You, Love [OG]Where stories live. Discover now