Prolog

161 19 3
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Air mata Aisyah bertakung melihat pasangan suami isteri itu sedang bermesra. Hatinya remuk. Sakit sehingga sukar untuk bernafas.

Rasa di khianati dengan orang yang dia sangat cintai.

Aryan Qadir, lelaki itu sudah menjadi suami kepada Ruqayya Maysoon, seorang gadis kacukan Australia.

Melihat mereka bahagia membuatkan Aisyah berasa sangat sakit. Sepatutnya yang berada di sisi Qadir saat ini ialah dia, bukannya Maysoon.

"Ya Allah, kuatkanlah aku" bisik Aisyah sambil menahan tangisan. Tubuhnya sudah tersandar di dinding sambil menahan tangisan.

Sudah lama Aisyah simpan perasaan ini. Berbulan bulan Aisyah cuba maniskan muka di hadapan Qadir dan Maysoon seperti tidak sakit. Tetapi hari ini, seorang gadis bernama Aisyah kalah.

Kalah dengan perasaan cemburu dan kecewa.

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati Aisyah ketika ini.

"Aisyah"

Kepala Aisyah mendongak memandang tuan empunya suara. Tangannya laju mengelap pipi yang sudah di penuhi dengan air mata.

"Danish, awak buat apa dekat sini?" soal Aisyah sambil larikan pandangan

"Awak menangis?" soalan di balas dengan soalan.  Danish memandang Aisyah sayu.

"Taklah"

"Awak jangan nak tipu sayalah. Saya tahu awak menangis. Ini mesti sebab Qadir kan?" duga Danish

"Ishhh tak payah sibuk tentang saya. Pergilah sana, saya nak balik" balas Aisyah sebelum melangkah pergi

"Nur Aisyah Amani"

Kaki Aisyah berhenti berjalan. Hatinya berdebar saat Danish memanggil namanya.

"Tolong lupakan Qadir. Ramai lagi lelaki luar sana mampu bagi kebahagiaan dekat awak"

"Awak tak ada hak nak bercakap soal hati dan perasaan sebab hidup awak pun masih tak ada pasangan. Jadi jangan nak sekolahkan saya"

Anak mata Aisyah merenung ke arah Danish dengan penuh geram.

"Aisyah kenapa awak degil sangat? Saya cuma nak awak bukak hati untuk seseorang"

"Eh pergi mampuslah.. Buat penat kalau saya bukak hati tapi akhir sekali orang lain yang dapat"

"Aisyah Amani, saya tak akan tinggalkan awak dekat awak kalau awak bukak hati untuk saya"

Aisyah terdiam. Begitu juga dengan Danish. Masing masing melayan perasaan.

"Sa- saya balik dulu" balas Aisyah sebelum kakinya laju melangkah pergi meninggalkan Danish sendirian.

_____

Dua bulan kemudian

"Ya Allah, apa yang ibu buat ni?" soal Aisyah geram. Dadanya berombak menahan marah.

"Ibu buat yang terbaik untuk kamu. Cukuplah fikirkan Qadir, dia dah ada isteri. Dan isteri dia tengah mengandung sekarang. Takkan lah Aisyah masih mengharapkan Qadir"

"Aisyah marah bukan sebab Qadir tapi sebab ibu jodohkan Aisyah dengan orang yang Aisyah tak kenal"

Suraya melihat anaknya lalu lepaskan keluhan halus. Bahu Aisyah diusap lembut agar kemarahan anaknya itu menurun.

"Percayalah cakap ibu. Aisyah akan suka dengan pilihan ibu"

"Tidak. Aisyah tak suka. Kalau ibu nak Aisyah kahwin sekalipun, bagilah Aisyah pilih pasangan hidup Aisyah"

"Kalau macam itu pilih lah.. Tapi ibu jamin Aisyah tak ada pilihan" balas Suraya sinis.

Aisyah mengetap bibir lama. Memikirkan perkara yang berlegar dalam otaknya.

"Aisyah nak kahwin dengan Danish. Ibu jangan halang Aisyah, dia bakal suami Aisyah"

"Ibu tahu Aisyah saja gunakan nama Danish sebab nak lari daripada masalah"

Aisyah geleng kepalanya lalu mencapai tudung sarung di rak baju. Tanpa menunggu masa kaki Aisyah melangkah keluar dari rumah sambil membetulkan tudungnya.

"Aisyah nak pergi mana?!" jerit Suraya apabila Aisyah berjalan laju keluar dari rumah

"Aisyah nak pergi kampung sebelah. Aisyah nak melamar Danish, jadi ibu tak boleh halang Aisyah kahwin dengan pilihan hati ibu" balas Aisyah sebelum berlari pergi ke rumah Danish.

Sampai saja di hadapan rumah Danish. Pintu kayu itu diketuk buat beberapa kali sehinggalah seorang lelaki keluar bersama tasbih di tangannya.

"Aisyah... Kenapa berpeluh sangat ni?"

Aisyah tidak menjawab malah kakinya menapak mengdekati lelaki itu dengan wajah serius.

"Muhammad Danish Adnan Bin Othman, Awak nak tak jadi imam saya?"

_____
[COMING SOON]

EUPHORIA : OUR JOURNEY Where stories live. Discover now