02

38 9 2
                                    

•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku meraup wajah kasar sambil memandang skrin telefon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku meraup wajah kasar sambil memandang skrin telefon. Rasa bersalah menebal dalam diri.

Sudah berapa hari May asyik keluar masuk hospital kerana masalah Mastitis, dan aku tidak terniat langsung untuk melawatnya. Rasanya sejak May bersalin sampailah sekarang aku tidak jenguk dia.

Aku tidak dapat nafikan diri aku semakin toxic. Aku semakin menjauh dengan May sedangkan dia tidak buat salah.

"Sampai bila akak tak nak lepaskan abang Qadir?"

Kata-kata daripada Adam masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku.

Benar cakap Adam, sampai bila aku tidak mahu lepaskan Qadir. Lelaki itu sudah bahagia, aku juga layak untuk mencari kebahagiaan.

"Akak, jom pergi rumah Mak Leha"

Aku menoleh memandang Adam. Pelik.

"Buat apa pergi sana?" soalku hairan.

"Mak Leha buat kenduri sunat cucu dia.. Jomlah kak, boleh makan free" panggil Adam sambil muncung sedepa.

"Tak nak.. Akak malas"

"Dekat sana ada Danish"

Dengar saja nama Danish jantung aku mula mengepam laju. Buat apa lelaki itu pergi ke sana, setahu aku dia tidak rapat dengan keluarga Mak Leha kerana anak Mak Leha semua perempuan.

EUPHORIA : OUR JOURNEY Where stories live. Discover now