4

176 9 0
                                    

Catherine sudah menyimpan kotak peti kecemasan dan mengambil air untuk Meera yang sedang sakit.

"Here."
"Hmm."

Meera meneguk air dengan kaki menjulur ke depan.

"So?"
"What?"
"I dah sakit kaki. Macam mana nak jaga you. You yang kena jaga i pula."
"Hmm, I'm fine with it. Itu sikit je. Seminggu baik lah."
"Okay."
"Hmm, kenapa you keluar malam - malam ni? Tak tidur ke? Dah lewat."
"I tak boleh tidur."
"Dah habis minum? Nak naik?"
"It's okay, I'm fine."

Sambil Meera berdiri Catherine berjaga supaya dia tidak terjatuh. Rupanya, jatuh semula. Nasib baik sempat ditangkap oleh Catherine. Catherine mendukung nya ke sisi.

"Wait! Ririn! Stop it! Ririn!"

Catherine tidak mengendahkan Meera. Dia terus mengangkat Meera ke bilik Meera. Sampai di bilik, dia letakkan Meera ke atas katil dan menyelimutnya.

"Are you okay? Tak nak pergi mana - mana lagi?"
"Tak."
"Okay, good."

Dia menyelimut badan Meera sambil menutup lampu kecil dan terus meninggalkan bilik tersebut.

Meera diam di dalam selimut. Dia cuba menutup mata tetapi tidak boleh. Dia buka semula selimut nya.

"Kenapa dia buat macam tu? Tapi dia mulut dia kurang ajar! Eee! Geramnya!"

Dia menutup semula selimut ke badan dan tertidur.

Catherine's Room

"Hmm, what she's doing now? She must be hurt."

Sambil tangannya di atas dahi memandang siling. Dia juga terlelap tidak lama kemudian.

7 am

Mata Catherine tiba - tiba terbuka dan di bangun ke tandas. Selesai urusan di tandas, dia keluar menuju ke bilik Meera. Dia masuk dan tunduk di tepi katil.

Dia mengusap kepala Meera dan menyentuh muka. Meera terasa hangat dengan sentuhan Catherine. Dengan tiba - tiba, Meera memegang tangan Catherine dan meletakkannya di pipinya. Reaksi Catherine agak terkejut melihat Meera begitu.

Dia terus meletakkan kepalanya ke sebelah Meera dan kakinya bersila di bawah katil. Mereka sambung tidur sehingga tengah hari.

12 pm

"Huwaa! Ngantuk nya."

Meera membuka mata dan terlihat muka Catherine betul - betul berada di depannya sambil mereka berpegangan tangan ketika tidur.

"Eee! Apa ni!"

Dia cepat - cepat lepaskan tangan Catherine. Catherine tersedar dan berdiri di sebelah Meera.

"Are you awake? You want go to toilet? Or want to eat?"
"Tak payah. I boleh buat sendiri."
"Fine."

Dia duduk di kerusi berdekatan dengan meja makeup. Dia duduk sambil menghadap Meera yang cuba berusaha untuk berdiri sendiri.

Dia memusing badannya ke tepi dan menarik nafas. Dia perlahan - lahan bangun cuba berdiri dan tumbang semula. Catherine masih memerhatikan dia.

Dia cuba lagi untuk kali kedua. Kali ni, dia bangun dan terjatuh. Catherine sempat memegang tangan Meera.

"See?"
"Eee sibuk je!"

Dia lepaskan diri dari Catherine sambil berjalan memegang alatan dan perabot di sekelilingnya sebagai alat bantuan untuk bergerak. Catherine tolong membuka pintu untuk Meera.

Meera masuk ke dalam bilik air dan berdiri di belakang pintu. Jantung berdebar - debar dan peluh membasahi muka.

"Kau kenapa, Meera?"

Dia tanya ke diri sendiri sambil memandang cermin di depan singki.

Kitchen

Catherine membuka almari makanan. Tiada apa yang tinggal kecuali stok makanan segera. Dia menjerang air di cerek dan membuka pek bubur segera ke mangkuk.

Sambil menunggu air sedang di jerang, dia tersenyum mengingat ke Meera. Lebar senyumnya seperti baru mula bercinta waktu ketika dulu.

Bubur di letak ke mangkuk dan Catherine bawa ke atas. Dia masuk ke bilik Meera. Meera masih baring memandang siling.

"Here, i brought you a porridge."
"Specifically, instant porridge."
"Hahahahahahahahahahah, what can i do? I can't cooking. That's your job."
"Macam mana nak masak kaki sakit? Rumah besar, tangga tinggi, bilik berhabuk!"
"Oi! Pandang apa? Aku bercakap macam dengan dinding."

Dia mengomel sendiri sambil menyelimut badan.

"Wait, at least eat this. You didn't eat anything."
"I kan maid you. You bukan kisah pun!"
"Sebab i kisah, i duduk sini."
"Yelah."

Catherine tersenyum kerana Meera sudi nak makan 'bubur nya'.

"Aik? Keluar lah. Pergi lah tidur esok nak kerja."
"Nope, i duduk sini sampai you habiskan bubur tu."

Sambil tangan di bawah dagu melihat Meera.

"I'm fine. I okay je. Keluar - keluar!"

Sambil cuba menolak badan Catherine. Usahanya gagal.

"Tipu. Makan sekarang."
"Kalau tak nak?"
"You susahkan i."
"Then? Tak payah susah - susah. Biar i mati je dekat sini. Lagi pun macam i tak pernah 'mati' selama ni.

Mati yang dimaksudkan adalah koma. Apa yang telah berlaku diceritakan semula oleh Erin. Jadi dia tahu apa yang berlaku.

"So.... kalau you tahu our relationship. Kenapa you still layan i macam ni?"
"Sebab...."

Dia terdiam. Tiada jawapan. Mulut terkunci.

"Okay, sorry my love. Makan, okay. I just worried about you."

Dia mencium dahi Meera dan keluar dari bilik.

- sambung -

Strangers to Lovers 2 : Meera & Catherine (side story) [WLW]Where stories live. Discover now