CODE: 11

137 12 22
                                    

Beberapa tahun yang lalu..

"Ini Ejen Amato, saya sudah memasuki kawasan Planet Galaxion untuk selamatkan sfera kuasa… Apa nama dia?" kata Amato dimana alat komunikasinya merakam segala perbualannya.

"Hipnobot, pelupa." Mechabot mencelah.

"Ah ya, Hipnobot. Hah, mentang-mentanglah kita berada di planet berdekatan. Kita juga kena selamatkan sfera kuasa, aku baru nak jumpa anak-anak aku." Amato merungut lalu menangis palsu.

"Hoi, kira baguslah kita dapat kerja lebih! Dapat duit lebih beli karipap untuk aku!" kata Mechabot dengan bangganya.

"Karipap juga yang kau fikirkan," balas Amato.

Amato secara senyap-senyap menceroboh sebuah bangunan yang gah berdiri tinggi layak sebuah istana.

"Aku rasa Hipnobot ada di ruang singgahsana," kata Amato dengan perlahan sambil matanya menatap skrin hologram yang terpancar pada jam di pergelangan tangannya.

"Kau jangan nak cuai masa ambil sfera kuasa tu," celah Mechabot.

"Ya, ya. Aku tahu," balas Amato.

Setelah hampir setengah jam berkeliaran di dalam istana yang sungguh luas itu, akhirnya Amato menjejak masuk ke dalam sebuah ruang singgahsana yang sungguh luas dan ianya seperti daripada kristal yang berkilat.

"Kaya sungguh Puak Galaxion ni," bisik Amato lalu matanya terarah pada sfera kuasa yang terletak di atas singgahsana.

"Oh tu Hipnobot. Kau tahu apa yang kau perlu buat, Mechabot." Amato memberi isyarat.

"Ya, aku tahu tapi hati-hati kalau sfera kuasa tu tiba-tiba guna kuasa kat kau." Mechabot memberi nasihat sebelum sebuah topeng muncul di wajah Amato.

"Kau jangan risau sangat," kata Amato pula, cermin mata pada topeng Amato membantu lelaki itu mengesan perangkap di dalam ruang singgahsana itu. Tidak mungkin semudah itu kerjanya untuk mendapatkan sfera kuasa itu.

Amato berhati-hati mengelak setiap perangkap yang ada di dalam ruangan itu. Setelah yakin dia berjaya mendekati singgahsana itu, dia perlahan-lahan mengangkat sfera kuasa itu.

Sfera kuasa itu terkejut kerana dirinya disentuh dan dia terus memancarkan satu cahaya pada wajah Amato menyebabkan Amato turut terkejut dan terlepaskan sfera kuasa itu.

"Amato!" jerit Mechabot dengan nada terkejut tetapi sfera kuasa itu terjatuh dan menyentuh perangkap pada lantai ruang itu.

"Amaran! Amaran! Penceroboh! Penceroboh!" Sistem keselamatan di dalam ruangan itu mula menyerang dan menembak Amato secara rawak.

"Tak guna! Tak guna!" Amato cepat-cepat mengambil sfera kuasa dan berlari serta mengelak setiap perangkap berserta sistem keselamatan yang cuba untuk membunuh dia.

"Pulangkan semula sfera kuasa milik raja!" Kesemua pengawal istana mula menyerbu kawasan istana itu dan mengejar Amato.

Amato berlari disepanjang koridor istana untuk turun ke tingkat bawah, sekali sekala dia menendang dan menumbuk pengawal istana yang cuba menghalang dia. Di tingkat dua, ramai pengawal istana sedang menunggu Amato tetapi kesemua pengawal itu mempunyai tubuh raksasa dan besar.

"Alamak," getus Amato.

"Sudah tentu tak lain dan tak bukan duta terbaik TAPOPS sepanjang masa, Amato." Seorang lelaki tua berjalan dengan gahnya mendekati Amato.

"Sungguh senang patik bertemu dengan Tuanku Tertinggi Raja Galaxion," kata Amato bermulut manis, badannya menunduk hormat pada lelaki tua itu.

"Tak perlu kau nak bermanis mulut, beri sfera kuasa beta atau kau nak mati dahulu?" Raja Galaxion menghulurkan tangannya

[C]Code: Raven [Boboiboy Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now