⌗ OOO ──── ⵓ two

11 3 0
                                    

NO ONE POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NO ONE POV

Entah kenapa hari ini, ada saja yang tidak kena pada Nara. Sebelum datang kerja, fon rosak. Dalam perjalanan datang kerja, tayar kereta pancit, dalam tempat kerja pasu bunga pecah.

"Haih.. apa kena aku harini ?" Nara termenung seorang diri sehingga tiba - tiba ada sebuah tangan mencapai bahunya.

"Nara !" terhinjut bahu Nara tatkala disergah begitu rupa oleh Lia. Segera Nara menepis tangan Lia. Merajuk mungkin ?

"Alah kau ni,tak sporting langsung," Lia mencebik. Nara mengeluh. Seraya itu, lengan Lia ditarik untuk Lia duduk bersebelahan dengan Nara.

"Bukan macamtu.. Cuma aku terfikir. Kenapa harini pelik eh ?" soal Nara sambil memandang muka Lia yang bingung dengan soalan rakan sekerjanya.

"Apa maksud kau ? Pelik ? Elok je aku tengok.. Langit pun cerah je," Lia memandang cuaca diluar kawasan kedai.

"Yelah cerah tu memang cerah. Tapi, semua benda aku buat semua tak kena," luah Nara. Nara menceritakan kejadian yang berlaku.

"Bak kata orang mat saleh, badluck mungkin ?" teka Lia tetapi laju sahaja Nara menggeleng kepala, tidak menyokong tekaan Lia.

"Aku tak percaya benda - benda karut macam tu." Lia segera mengangkat bahu.

"Entahlah Nara. Mungkin kau tersalah ambil bahan ni." Nara lantas mencubit pinggang Lia.

"Ewah - ewah, sedap je mulut ke eh ? Kau ingat aku penagih ke ?" Nara mengecilkan anak matanya tanda geram. Lia hanya mampu ketawa melihat Nara marah kepadanya.

"Aku gurau jelah.. Haih sensitif betul. Abc ke ?" Nara menggeleng. Lia mengusap bahu Nara.

"Takpa lah kau settled masalah ni sorang - sorang , aku nak gerak pergi sarapan. Kau nak kirim apa - apa tak," Lia bangun dari duduknya, menggapai kunci kereta dan jaket bewarna kuning muda.

"Kau belikan jelah apa - apa pun.. Aku bedal je apa yang orang bagi," Nara tersengih.

"Haih yelah - yelah." Lia keluar dari kedai meninggalkan Nara seorang diri. Setelah beberapa minit Nara menghabiskan masa dengan duduk. Dia mula meregangkan badan untuk melakukan kerja yang ditunda sebentar tadi.

Baru sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat tiba - tiba seseorang masuk kedalam kedai tersebut.

"Jang Inara ?" segera kepala Nara menoleh ke arah gerangan tersebut.

"Eh, appa ?" soal Nara seakan tidak percaya.

"Kamu sihat ?" Nara tidak menjawab pertanyaan ayahnya malah berlari memeluk ayahnya.

"Lebih daripada sihat, appa. Appa pulak macam mana ? Business appa berjalan lancar ke dekat U.S ?" Nara memandang wajah ayahnya.

"So far so good, tapi appa ada benda yang penting nak bincang dengan kamu." Ayah Nara segera melepaskan pelukan mereka.

Nara mengambil tempat duduk berhadapan dengan ayahnya diruangan menunggu yang telah di sediakan oleh kedai itu.

Nara mengambil tempat duduk berhadapan dengan ayahnya diruangan menunggu yang telah di sediakan oleh kedai itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✷ replace𝗱 メ̼ (𝗛𝗝𝗪)                Where stories live. Discover now