CHAPTER 9

1.4K 68 0
                                    

Kharl berserta kristel. Mereka berbandingan masuk ke dalam sebuah bilik dengan nama tertera di atas VIP ROOM, hari ini adalah hari kristel akan bertemu dengan rakan rakan sekerja abangnya seperti di beritahu oleh kharl hazzen.

Tiba di ruang tersebut, terdapat meja panjang terletak di tengah tengah ruang tersebut bersama jejaka jejaka di dalam, perempuan pun ada di sana seperti sudah berusia.

Pandangan mereka semua di dalam bilik itu tertujuh pada kristel, termasuk Denniall yang memang berada di dalam itu, duduk berdekatan dengan Dennziz.

Setiap orang mempunyai lelaki yang berdiri di belakang, mereka semua adalah bodyguard kepada keluarga ethefan.

Wanita yang berusia itu melemparkan senyuman pada kristel, senyuman mesra.

"Silakan duduk" pelawa Dinnara anara pada kristel termasuk kharl di sebelah.

Kepala di anggukkan tanda mengiyahkan pada Dinnara anara.

Kaki di tujuh pada kerusi kosong di sebelah Dinnara anara itu, lalu kerusi di tarik sebelum melabuhkan punggungnya di sana.

Kharl turut mengambil tempat duduk di sebelah kristel, menghalang Denniall daripada asyik memandang Kristel saja itu.

'Kacau daun betul dia ni' getus dalam hati Denniall.

"Okay, sebelum kita berbual lama, boleh i tanya nama you?" Dinnara anara terlebih dahulu menanyakan soalan pada kristel.

Dia rasa dia minat dengan kristel ini, wanita idaman untuk menjadi menantunya pun ada juga, haha lawak, hm?.

"Nama saya kristel hazel, panggil je kristel" balas kristel penuh dengan kesopanannya, dari lihat wajah Dinnara anara pun dia tahu Dinnara anara lebih tua darinya, dia patut bercakap sopan.

"Beautiful, sesuai sangat nama tu dengan you" Dinnara anara awal awal lagi dah memuji nama kristel.

Kristel hanya tersenyum malu bila di puji oleh wanita itu, segan dia rasa bila di puji depan depan ramai lelaki macam ni.

"Tak adalah, biasa biasa je puan" kristel merendahkan dirinya, dia tak suka berlagak.

"Janganlah panggil puan, panggil mummy je" Dinnara anara lebih suka bila dia di panggil mummy, kalau 'orang' itu dia suka, dia akan menyuruhnya memanggilnya sebagai 'mummy'.

"Ba-baik mummy...." Tergagap gagap Kristel menjawab, tak biasa dia nak panggil Dinnara anara sebagai 'mummy'.

'Baru berjumpa dah kena suruh panggil mummy, untung kristel'.

"Mummy" Devvan memberi isyarat pada Dinnara anara, memberi tahu tentang perbualan mereka akan di mulakan.

Dinnara mengalihkan pandangannya pada anak lelakinya duduk tidak jauh darinya itu, anggukkan kecil menandakan dia paham, nasib baik anak lelakinya memberitahunya, jika tidak mungkin dia hanya fokus berbual bersama kristel.

"Sorry dear,  back to the topic"

•••

"Kau dah kenapa beriak gembira semacam? Dah kena sampuk ke kau ni?" Soal alaric.

Denniall tersenyum gembira itu di pandang pelik olehnya, lepas saja mereka habis berbual dengan perkerja bernama kristel hazel itu, Denniall tersenyum saja dari tadi.

Gembira? Ya dia gembira kerana Kristel menjadi PA barunya, Mummy telah memberi Dennziz PA lain, bukan kemahuannya tetapi kemahuan anak lelaki bungsunya itu, Denniall haiden hans ethefan.

The Playboy Man Is My Future Husband [OG]Where stories live. Discover now