11

137 18 0
                                    

----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-
-
-
-

Waktu rehat aku rehat dengan Dahyun. Aku dah jumpa kawan baru. Tiba tiba datang beberapa orang classmate perempuan aku kat meja aku dengan Dahyun.

"Weh Jihyo, kau dengan Tuan Muda Jihoon tu sepupu ke?" Soal Nayeon. Aku yang tengah mengunyah ni terus tergamam mulut.

"Seriouslah kau sepupu Tuan Muda Jihoon? Eeee bestnya!" Ujar Momo pula. Diorang jadi baik dengan aku sebab aku ni sepupu Jihoon ke?

"Ish jangan kacau eh, aku ni nanti bakal isteri Tuan Muda Jihoon. So aku dengan Jihyo pun jadi sepupu jugalah, kan kan kan?" Sambung Nayeon lagi. Semua yang ada kat meja tu pandang aku.

"So betullah kau sepupu Tuan Muda Jihoon?" Soal Jeongyeon pula. Aku cuma mengangguk perlahan. Kalau aku cakap aku isteri Jihoon, mesti teruk aku kena sekarang. Aku taknak diorang semua fikir bukan bukan pasal aku.

Dahyun mengeluh perlahan.

"Boleh tak korang ni jangan ganggu kitaorang nak makan? Berambus jauh jauh sana." Ujar Dahyun selamba. Diorang bertiga tadi terus berdiri pergi dari situ sambil dijelingnya Dahyun.

"Kau jangan layan sangat tiga ekor tu. Kemaruk nak mampos dengan Tuan Muda Jihoon. Ni kalau Chaeyoung ada ni mahu kena maki je tiga ekor tu." Bebel Dahyun.

"Siapa Chaeyoung?" Soal aku.

"Classmate kita juga. Dia tak datang harini sebab demam." Jawab Dahyun, aku mengangguk.

"Kau ada buat apa apa ke petang ni? Kalau takda jomlah pergi melawat Chaeyoung." Ujar Dahyun. Terkebil kebil mata aku. Nak pergi, tapi aku kena tanya Jihoon dulu.

"Nak tak?" Soal Dahyun lagi.

"Hurm, bolehlah. Tapi takpa ke? Dia tak kenal pun aku." Balas aku.

"Alah, nanti kau kenal juga dia kat sekolah." Jawab Dahyun, lantas dia menyumbat makanan di dalam mulutnya. Aku mengangguk.

Tiba tiba satu sekolah ni riuh seriuh riuhnya. Aku jadi peliklah. Aku tak tahulah apa yang diorang dok kecoh sangat. Tiba tiba aku nampak Jihoon jalan dengan Hyunsuk ke arah aku. Terkebil kebil mata aku.

"Kajja ikut aku, kita pergi makan." Ujar Jihoon. Tercenggang aku, dah kenapa pulak.

"Mwo?" Soal aku.

"Ikut je, atau kau nak aku dukung kau?" Balas Jihoon, aku masih lagi terdiam. Aduh time macam nilah si Jihoon ni nak datang.

Tanpa fikir apa apa lagi, Jihoon terus tarik tangan aku dan bawa aku pergi.

"Dahyun, jumpa kat kelas." Ujar aku. Dahyun hanya mampu mengangguk je. Semua pelajar yang ada kat situ tergamam.

Jihoon bawa aku kat satu bilik. Macam satu cafe kat khas untuk orang orang vip. Mewah gila cafe ni. Memang cafe orang kaya kaya.

"Kau nak makan apa?" Soal Jihoon lalu duduk. Aku pandang sekeliling tempat ni. Lawa nak mampos ye.

"Aku tak tahulah nak makan apa, tadi pun aku dah makan kat kantin sekolah. Lepastu kau pula bawa aku pergi sini." Jawab aku. Mata aku tak lepas pandang sekeliling ye. Jakun betul.

"Nak dessert?" Soal Jihoon. Aku angguk laju laju. Memang favourite aku benda manis manis. Cuma aku tak suka kata kata manis jelah. Jijiksss.

-
-
-
-

Aku masuk ke dalam kelas. Terkejut aku bila semua berkerumun keliling aku. Dah kenapa pula ni?

"Weh Jihyo, tadi Tuan Muda Jihoon bawa kau pergi mana?"

"Best nya jadi kau!"

"Thanks weh Jihyo, sudi jadi classmate aku  wehh!"

"Nak jadi macam kau juga!"

Macam macam soalan diorang tanya aku. Aku jadi terkaku.

"Dahlah korang, bagilah Jihyo tu duduk. Kecoh je lebih.." ujar Dahyun kat tempat duduk dia. Semua pelajar bagi laluan kat aku. Aku dengan senang hatinya terus jalan kat meja aku. Takut ler aku.

Tapi diorang ni dengar pula ek cakap Dahyun? Diorang takut dengan Dahyun ke?

"Nah.." Jay letak lolipop atas meja aku. Aku terus dongak pandang dia.

"Sebagai tanda salam perkenalan." Ujar Jay, terus dia senyum kat aku.

"Nae, kamsahamnida.." balas aku and aku ambil lolipop tu.

"Petang ni awak ada pergi mana mana ke?" Soal Jay tiba tiba. Aku memikirkan aktiviti aku petang ni.

"Dia nak ikut aku pergi rumah Chaeyoung. Kau lambat. Kau nak keluar dengan dia ke apa, esok esok okay?" Nyampuk Dahyun tiba tiba. Jay terus jeling dia.

"Kau ni sukalah potong aku dulu." Balas Jay, terus dia duduk kat tempat duduk dia. Terkebil kebil aku.

"So esok jom keluar?" Soal Jay. Aku terdiam sekejap. Aku kena minta izin dengan Jihoon. And aku sedar status aku macam mana. Aku ni isteri orang.

"Saya kena minta izin family saya dulu." Balas aku. Jay mengangguk sambil tersenyum.

"Cehhhh Jay..." satu kelas riuh.

-
-
-
-

Petang tu aku pergi rumah Chaeyoung dengan Dahyun. Besar betul ye rumah Chaeyoung, memang budak sekolah aku semuanya anak orang kaya kaya. Sebabtu mampu sekolah kat situ. Aku ni pun dapat sekolah situ sebab Jihoon. Kalau takda Jihoon tu, aku rasa memang aku jadi mangsa buli diorang and aku takkan pernah mampu nak sekolah kat situ.

Dahyun tekan button loceng rumah Chaeyoung. Pagar kecil terbuka.

Dahyun tarik tangan aku masuk dalam halaman rumah Chaeyoung.

"Selamat datang Cik Dahyun, Cik Chaeyoung ada kat dalam." Ujar bodyguard yang duduk kat pondok pengawal rumah ni. Siap ada bodyguard. Huishhhh...

Aku dengan Dahyun pun masuk dalam rumah Chaeyoung.

"YAH! DAHYUN-AH!" Jerit Chaeyoung daripada tangga lantas dia berlari menuju ke Dahyun. Lalu dipeluknya Dahyun.

"Yah yah yah! Apa benda kau ni?" Dahyun menolak Chaeyoung. Chaeyoung tersengih sengih macam kerang busuk.

"Jihyo? Pelajar baru? Sepupu Tuan Muda Jihoon?!!!" Ujar Chaeyoung excited. Aku cuma mengangguk perlahan.

"Yahhh! Tak sangka sepupu Tuan Muda Jihoon dapat jejak kaki kat rumah aku!" Sambung Chaeyoung sambil tarik tangan aku duduk kat sofa rumah dia. Geleng kepala Dahyun dibuatnya.

"Kau jangan pelik eh dengan perangai dia ni. Sebab dia ni memang minat dengan Tuan Muda Jihoon tu. Fanatik gila.." ujar Dahyun lantas dia jeling Chaeyoung. Aku terdiam.

Macam mana kalau dia tahu yang aku ni isteri Jihoon?

-
-
-
-

To be continue <3

[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet Where stories live. Discover now