Bab 22

8.9K 452 2
                                    

-Airport-

"Are you sure about this?" Tanya Arshad buat sekian kalinya. Ibu dan ayah Arshad tersengih-sengih memandang kami berdua.

"Arshad. I'm really sure about this. Don't worry okay?"

"Bila kamu balik sini lagi? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan?" Sampuk Dato Ali iaitu ayah kepada Arshad.

"It depends." Jawabku singkat sahaja.

"Nina.. Janganlah panggil saya Arshad. Panggil je Abang Arshad.. Memandangkan Nina takde adik atau abang, biar saya je jadi abang awak." Aku mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Nina kalau dah arrive kat sana, call ibu ye." Aku memandangnya tanpa berkelip.

"Panggil je lah kami ibu dan ayah.."

"Okay. Nina kena pergi ni.." Kataku sebak. Walaupun pertemuan kami singkat, tapi rasanya seperti sudah betahun kami kenal.

"Ibu, can you give me one last hug?" Sebak aku berkata. Ibu Arshad mengangguk kemudian kami berpelukkan erat. Sempat aku memandang mereka sayu lalu melambaikan tanganku. Dengan langkah yang longlai, aku memasuki balai perlepasan.

########

Akhirnya aku tiba juga di Indonesia. Aku menghirup udara segar di sini sepuas-puasnya. Sebuah taxi ku tahan lalu menyuruhnya untuk menghantar ku ke sebuah hotel yang berdekatan dengan kota Jakarta. Selang beberapa jam, aku pun tiba di 'The Acacia Hotel'.

"Ya Allah.. Sedapnya. Penat betul aku.." Aku mengambil Samsung S5 ku di dalam handbag ku lalu jari ku lincah nombor seseorang. Ya, ibu angkat ku.

"Hello.." Aku tersenyum sendiri ketika mendengar suara ibuku di seberang sana.

"Assalamu'alaikum ibu.."

"Wa'alaikumussalam Nina." Suaranya sungguh teruja menjawab salamku. Aku bingkas bagun dari pembaringanku dan menuju ke balcony.

"Ibu.. Nina dah selamat sampai dah kat sini. Sekarang Nina kat Acacia hotel. Seronok tau ibu." Celotehku. Terdengar ketawa halus dari seberang sana mendengar celotehku.

"Syukurlah.. Nina, ibu rindu Nina. Bila Nina datang sini?" Tubir mataku mulai berair dan setitik demi setitik air mataku gugur. Aku sungguh merindui mereka semua.

"Nina pun rindu jugak. Nina tak tau bila Nina nak ke sana lagi. Hmmm, abang Arshad ada tak?" Tanyaku sambil menyeka air mataku tadi.

"Ni abang Arshad.."

"Ibu pakai loud speaker." Terang ibu singkat.

"Abang okay tak? Nina rindu abang, ibu dan ayah. Nina nak balik sana tapi keadaan yang memaksa Nina untuk ke sini.." Kataku sayu.

"Nina sabar je lah ye. Nina di sana jaga diri baik-baik tau. Ayah harap Nina akan jumpa keluarga Nina soon." Nasihat ayah pula.

"Ye lah.. Kalau macam tu Nina tutup ni ye. Nina kena pergi mandi.. Assalamu'alaikum semua." Aku menekan butang merah bagi menamatkan perbualan kami di telefon. Keluhan berat keluar dari mulutku buat kesekian kalinya. Laju kaki ku melangkah masuk ke dalam kerana udara di luar terasa sejuk.

#####

Pagi yang indah dan cerah tapi tak seindah dan secerah keadaan ku. Sekarang ni, aku tengah bersiar-siar di kota Jakarta. Seronok sangat.. Aku berhenti di arah sebuah studio yang sangat tinggi dan cantik. Aku mendongak sedikit untuk melihat keindahan studio ini. Sedang aku menikmati keindahan di sini, lenganku di tarik oleh seseorang menyebabkan aku hampir jatuh.

"Hish apa ni?! Lepaslah." Rontaku. Aku menarik kuat tanganku tapi tidak berjaya. Aku mendongakkan sedikit kepalaku lalu memandang orang tersebut tajam.

"Aduh mbak. Maafin gue. Gue eh maksud gue, boss gue lagi memerlukan seseorang untuk photo shoot. Mbak tolong gue ya?" Melihat kesungguhan lelaki tersebut aku mengangguk setuju.

"Makasih mbak. Mari ikut gue." Aku mengekorinya dari belakang menuju ke dalam studio tersebut. Terkagum-kagum aku melihat tempat ni.

"Bos! Gue udah dapet nih model nya." Katanya kepada bos lelakinya. Aku hanya tunduk menekur lantai. Bos tersebut menghampiri ku.

"Bagus. Ni cewek cakep banget. Di mana lo dapet nih cewek?" Tanyanya kepada pekerja tadi. Well, aku hanya memahami bahasa mereka tu sikit je.

"Pas gue tadi mau beli minuman, nah gue nampak ni cewek jadi gue tarik aja."

"Maaf. Saya nak tanya, awak berdua ni siapa ye?" Tanya ku kepada mereka berdua. Mereka memandang ku seketika kemudian tersenyum kecil.

"Kenalin, gue the head of this studio, nama gue Alex. Ini pekerja gue, Dani." Alex menghulurkan tangannya, aku mengangguk kecil. Alex menarik tangannya. Dani menahan ketawanya dari pecah. Pandangan tajam diberikan oleh Alex kepadanya.

"Saya, Iwanina Nadeeya Bt Mohd Farid. Call me Nina." Senyuman manis aku berikan kepada mereka berdua.

"So you're my cousin?" Alex memandangku dengan pandangan tidak percaya.

"Sorry? What was that?"

"Ayah lo Mohd Farid kan?" Aku mengangguk kecil.

"Never mind. Ntar aja deh ceritanya. Yang penting sekarang masanya untuk photo shoot. Maaf nyusahin kamu, itu gue punya model tu dia berhenti, katanya mau ngikutin suaminya ke mana ya? Gue dah lupa." Cerita Alex panjang lebar.

"Auriel. Tolongin gue nih." Pekerja yang dipanggil dengan nama Auriel tu, terkocoh-kocoh mendapatkan bosnya.

"Ya bos?" Auriel memandangku buat seketika kemudian memandang Alex.

"Ini siapa bos?" Bisiknya di telinga Alex tetapi masih dapat ku dengar. Aku berpura-pura memandang ke tempat lain.

"Oh ini Nina, model baru. Lo tolong siapin dia ya in 10 mins. Start from... Now."

"Okay. Mari.." Aku hanya mengikuti Auriel dari belakang.

"Mbak. Gue boleh tanya nggak?" Tanya nya tiba-tiba. Tangannya ligat memberus muka ku dengan blusher.

"Boleh Auriel.." Aku tersenyum manis.
"Mbak asalnya dari Malaysia ya?"

"Yep. Kenapa?"

"Nggak ada apa-apa kok. Punya suami?" Aku bingkas bangun dan membetulkan pakaian ku serta shawl yang ku pakai. Aku memandang diriku di cermin.

Cantik.. Pandai juga Auriel ni. Puji ku dalam hati.

"Saya ada suami tapi kat Malaysia. Jomlah, nanti bos awak marah pulak." Aku cuba untuk mengubah topik perbualan kami. Aku tak nak bercakap tentang Danial ni, hatiku dah sakit mendengar nama Danial.

*****

Tepat pukul 5 petang, penggambaran pun selesai. Aku bersiap-siap hendak pulang ke hotel semula.

"Ehm.. Nina, rumah lo di mana?" Tanya Alex ketika aku hendak keluar dari studio.

"Hotel." Jawabku sepatah.

"Lo mau nggak tinggal sama gue dan keluarga gue? Lagi pula, kita kan saudara. Bapa lo tu Om gue manakala ibu lo tante gue." Serta-merta langkah ku mati lalu terus aku menghadapnya.

"So you are one of my mom's family?"

"Yes.."

"Oh my.. I can't believe it. You know what? I've been searching my mom's family for a long time. Alhamdulillah. Takpelah esok kita jumpa kat sini." Dia mengangguk setuju.

"Mari I'll send you to the hotel. Bahaya kalo cewek sendirian."

"Jom." Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, aku tidak berhenti-henti mengucap kata syukur kepada Allah.

*****

Im sorry guys sebab ambil masa yang lama untuk publish new chater. Saya betul-betul penat nak fikir idea baru. Hehe.

The Beauty and The NerdWhere stories live. Discover now