Special chapter : Yunho x Yoona x Mingi x Jiyeon

43 4 0
                                    

Chapter ini mengisahkan cara perkenalan mereka semua

Yunho x Yoona

Yunho yang berumur 5 tahun sedang sibuk bermain dengan permainannya.

"Yuyu sayang, jom ikut eomma." Ujar Puan Jeong.

"Pergi mana eomma?"

"Pergi jumpa adik yuyu lah."

"Hah? Yuyu dah ada adik? Yeay! Jomlah eomma kita pergi tengok adik!" Ujar Yunho dengan nada yang teruja.

"Eh, eh sabar sayang janganlah lari nanti jatuh."

Mereka berdua pun pergi ke rumah jiran yang terletak di hadapan rumah mereka.

Ding dong~

Puan Song dengan segera membuka pintu setelah mendengar bunyi loceng rumah mereka.

"Eh Chaeyoung! Dah sampai pun. Meh masuk meh. Yuyu nak jumpa adik tak?" Sapa Puan Song.

Yunho mengangguk teruja mendengar kata-kata aunty Gyuram nya itu.

Lantas mereka berdua masuk dan mengikuti Puan Song. Mereka melihat bayi perempuan yang baru dilahirkan sedang lena di dalam katil bayi.

Segera Puan Jeong mendukung bayi itu.

"Wah comelnya dia! Gebu! Nama dia apa?" Tanya Puan Jeong kepada Puan Song.

"Yoona. Song Yoona." Balas Puan Song.

"Sedap namanya. Yuyu nah tengok adik ni. Sapalah dia." Puan Jeong mendekatkan bayi itu kepada Yunho.

"H...hai, adik."

"Yuyu suka ke dapat adik?" Soal Puan Song.

"Suka. Aunty, adik ni lelaki ke perempuan?" Tanya Yunho polos.

"Dah nama pun Yoona mestilah perempuan." Balas Puan Jeong.

"Emmm alaa... yuyu nak adik lelaki..." rajuk Yunho sambil memuncungkan bibirnya.

"Kenapa yuyu tak suka ke adik perempuan?" Tanya Puan Song.

"Adik tak boleh main tembak-tembak lah nanti sebab adik perempuan. Yuyu baru ingat nak main tembak-tembak kalau dah ada adik nanti..."

"Aish tak baiklah cakap macam tu sayang. Alah, kalau adik perempuan pun yuyu tetap boleh main dengan dia..." balas Puan Jeong.

"Yuyu nak main apa dengan adik nanti?"

"Emm macam-macam. Main rumah-rumah ke? Sekurang-kurangnya lepas ni yuyu dah ada kawan. Anak eomma ni dah tak payah takpayah dah main sorang-sorang lagi lepas ni, okay?" Balas Puan Jeong lagi.

"Disebabkan yuyu dah jadi abang, yuyu kena la jaga Yoona lepasni ye sayang?" Kata Puan Song pula.

"Okay aunty." Balas Yunho sambil menunjukkan thumbs up.

Seiring masa berlalu, mereka berdua menjadi rapat meskipun mempunyai jarak umur 5 tahun dan berbeza jantina.

Yunho yang dahulunya sempat kecewa kerana mempunyai adik perempuan namun kini dialah orang yang paling gembira mempunyai adik seperti Yoona.

Dia sentiasa menjaga dan melindungi Yoona walau dalam apa jua keadaan.



***




Yunho x Mingi

Kini Yunho berumur 7 tahun nak hari ini ialah hari pertama dia masuk ke sekolah rendah. Dia dapat melihat gelagat pelajar sebayanya yang lain yang kebanyakan menangis kerana tidak mahu ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.

TURBULENCE : Jeong YunhoWhere stories live. Discover now