chapter 13

553 20 4
                                    

tubuh tasya terbaring perlahan disebelah amni. nampaknya, pihak bantuan telah menembak tasya. namun, tasya sempat melepaskan tembakan tepat pada jantung amni dan juga menusukkan pisau pada jantung amni yang telah ditembak itu.

"amni!!", jerit arissa. dia segera berlari kearah amni.

begitu juga dengan izzah. walaupun kaki dan bahunya sudah tercedera, itu tidak menjadi masalah baginya untuk melihat keadaan amni.

kepala amni dipangku perlahan. arissa menatap wajah amni yang berlumuran dengan darah itu.

"amni", panggil arissa. wajah amni dilap perlahan lahan. air matanya jatuh perlahan.

"kejap lagi ambulans sampai, kau tahan sikit tau", ujar izzah dengan cemas.

"aku tak boleh izzah", jelas amni perlahan.

"noo, what do you mean amni?", soal arissa. pipi amni diusap perlahan.

amni tersenyum.

"i cant- i cant heal myself right now", ujarnya. dia memegang erat dadanya yang berlumuran dengan darah itu. nafasnya tersekat sekat. dia tidak mampu untuk bertahan sekiranya jantungnya diserang.

"no, amni. please, jangan buat macamni. bertahan please, untuk arissa", rayu arissa.

"amni, jangan buat lawak masa sekarang please", ujar izzah.

"i-im so sorry arissa, izzah, i cant", ujar amni.

"amni, jangan macamni. amni kan kuat, boleh heal diri sendiri", rintih arissa. dia menangis teresak esak.

amni mengusap perlahan kepala arissa. air matanya jatuh.

"im truly sorry sayang, tidur tau", ujar amni perlahan.

"noo, amni please. just please, dont do this to me", rayu arissa.

air mata amni jatuh semakin deras membasahi pipinya.

"yes sayang, you should sleep", ujar amni sambil tersenyum.

mata arissa perlahan lahan tutup sebaik sahaja amni menghilangkan ingatannya. perlahan lahan tubuh arissa terbaring disebelahnya.

"and forget about me sayang", tambah amni sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

air mata izzah mengalir perlahan.

"amni, bangun. bangunlah amni", panggil izzah. tubuh amni digoncang perlahan.

dia memeriksa nadi amni. tiada sebarang detak nadi pun saat itu.

"it cant be like this, kau cakap takde sesiapa yang akan mati harini. but why? why amni?", soal izzah. dia menangis teresak esak.

beberapa orang paramedik mendekati mereka. izzah segera membantu paramedik itu untuk membawa amni masuk kedalam ambulans.

suasana yang haru biru pada petang itu cukup memberikan kesan luka yang hebat kepada izzah. bunyi siren ambulans dan polis saling bersaingan disitu.

dia segera duduk didalam ambulans sambil melihat kekecohan paramedik menyelamatkan amni. walaupun dia tahu amni tidak akan terselamat lagi, dia tetap meletakkan harapan yang tinggi supaya amni hidup semula.

perasaannya mati setelah mengetahui sahabat baiknya itu meninggal dunia. air matanya jatuh dengan deras sekali. petang itu menjadi saksi perpisahan yang tidak diduga olehnya sama sekali.




arissa terbangun dari lenanya. segala galanya putih disekelilingnya. putih dan kosong.

dia mengusap matanya perlahan lahan untuk melihat dengan jelas apakah yang berada dihadapannya itu. kelihatan satu susuk tubuh yang dia amat kenali.

Somebody Else [gxg]✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora