Prolog 1

270 23 16
                                    

Lyda Triestina

Aku duduk termenung sementara menunggu seseorang. Mataku tidak lepas melihat kanak-kanak yang sedang bergelak tawa bersama sambil bermain permainan di taman. Senyuman kecil terukir di bibir aku saat mereka semua memandang aku, kenapa hidup aku tidak pernah bahagia seperti mereka? Air mata yang ingin tumpah aku seka apabila mendengar seseorang mendekati kerusi roda aku.

"Okay dah, jom balik sayang" Kerusi roda aku di tolak, meninggalkan taman yang dipenuhi kanak-kanak. Aku melihat plastik ubat berwarna putih di atas riba. Sudah lima tahun aku bergantung dengan ubat itu tetapi aku tidak tahu itu ubat apa dan kenapa aku perlu memakannya. Kata ibuku itu hanyalah ubat tahan sakit, tetapi apabila aku makan ubat itu, badan aku akan terasa lemah.

Ibu membantu aku masuk ke dalam kereta, kerusi roda aku pula di lipat oleh Ayah.

"Ibu, kakak lapar" Aku mengusap perut yang masih belum di isi makanan. Tekak aku kering kerana ibu melarang aku untuk minum selama lima jam.

"Ya, jom kita pergi makan. Kakak perlu makan ubat" Ayah aku memandang aku dan dia tersenyum.

Sepanjang perjalanan, mata aku tidak memandang tempat lain. Aku hanya memandang kekura tangan yang penuh dengan kesan jarum. Tiba-tiba aku ternampak ramai manusia berpakaian sekolah, mereka melintas jalan dengan berhati-hati. Senyuman terukir di bibir, aku mahu pakai pakaian seperti mereka. Aku mahu belajar. Aku mahu mengejar cita-cita dan impian aku.

'Untungnya dapat pergi sekolah' Hati aku berkata dan aku setuju. Umur aku enam belas tahun tetapi aku tidak pergi ke sekolah. Aku hanya sekolah sehingga darjah lima dan selepas itu ibu menyuruh aku berhenti kerana aku sakit. Sakit apa? Aku sendiri tidak tahu..

.

Pulang sahaja daripada kedai makan, ibu menghulurkan segelas air kosong dan juga tiga biji pill yang berlainan jenis.

"Ibu, perlu ke kakak makan ubat ni?" Aku menghela nafas perlahan. Jujur, aku sudah penat menelan ubat sejak berumur sebelas tahun.

Aku melihat tangan Ibu berhenti ketika ingin memasukkan ubat-ubat aku ke dalam beg plastik tadi. Dia menoleh memandang aku, tangan kirinya mengusap rambut aku dengan lembut.

"Kenapa kamu tanya macam tu? Kamu nak sihat ke tak?" Soal Ibu dengan nada lembut.

"Kakak.." aku menggigit bibir, tidak berani untuk meneruskan ayat yang aku pendam selama ini.

AKU. TAK. SAKIT.

"Maaf Ibu" hanya itu yang keluar daripada mulut aku.

Wanita itu hanya tersenyum, tangannya mengusap-ngusap kepala aku sehingga rambut aku yang tadinya cantik kini menjadi serabai.

"Umai, dah bagi Lydia ubat ke?" Soal ayah aku, dia kelihatan seperti baru selesai mandi.

"Dah bang" Ibu aku menyimpan ubat tadi ke dalam sebuah peti lalu dia menguncinya.

Ubat yang berada di depan aku, di ambil lalu di masukkan ke dalam mulut dan aku menelan kesemuanya. Aku melihat Ayah aku sedang berbisik sesuatu pada ibu.

Kepala aku sudah mula sakit, mata memberat dan selepas itu, dunia aku terus menjadi gelap. Aku tertidur di atas meja.

.

Kaki aku melangkah ke halaman rumah. Rumah aku berada di atas bukit, jauh daripada bandar. Bosan? Semestinya.

Kerusi roda aku yang terlipat di tepi dinding aku pandang dengan pandangan kosong sahaja. Mesti ramai ingat aku ni tak boleh jalan, tapi mereka salah. Aku boleh jalan, tetapi ibu dan ayah aku yang memaksa aku duduk di kerusi roda jika mahu ke mana-mana. Katanya, mereka tidak mahu aku penat berjalan. Tapi aku tahu itu semuanya dusta belaka kerana..

Mrs Hong Xiong LimWhere stories live. Discover now