Prolog 2

104 18 6
                                    

Lydia Triestina

Kehadiran Harriez merubah hidupku iaitu  seorang gadis yang bernama Lydia Triestina. Lelaki itu sering hadir pada waktu petang ataupun senja. Lelaki itu akan membawakan makanan dan minuman untuk aku. Aku kini tidak lagi rasa bosan dan keseorangan.

Bam!

Aku tersentak, buku nota kecil yang aku tulis tadi di tutup dan aku lari ke ruang tamu. Aku melihat ibu dan ayah aku sedang mengangkat barang, beberapa tin susu terjatuh ke lantai. Aku ingin membantu mereka tetapi tangan aku pula di tarik oleh ibu, dia membawa aku masuk ke dalam bilik.

"Lydia, kamu duduk dalam bilik. Pakai baju dan seluar ni" Ibu menghulurkan aku beg kertas. Baju baru?.

Belum sempat aku ingin bertanya mengapa, ibu sudah pun keluar daripada bilik apabila Ayah menjerit memanggilnya.

Tidak menunggu lama, Baju jersey berlengan panjang itu aku sarung ke tubuh kecil aku. Seluar slack berwarna hitam itu aku pakai, aku hanya memakai selendang malas berwarna coklat.

"Duduk sini" Ibu membawa kerusi roda aku.

Aku hanya menurut perintah Ibu kandung aku itu sebelum dia menolak aku ke ruang tamu.

Aku melihat ada ramai lelaki dan wanita sedang duduk sambil bersembang bersama Ayah aku. Apabila mereka perasan kehadiran aku, kesemua mereka tersenyum manis.

"Lydia Triestina ya? Kami daripada H.A Holding. Tujuan kami datang ke sini kerana ingin memberi sedikit bantuan" ujar seorang lelaki.

"Ya, Cik Lydia pesakit kanser hati kan?" Ujar seorang wanita pula.

Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala . Aku sakit kanser hati? Haha ! Lawak sungguh mereka ini. Aku sakit hati adalah! Sakit hati kenapa? Sakit hati kerana hidup seperti tiada makna!

"Ini beras dan beberapa barang masakkan untuk keluarga Cik Lydia" seorang lelaki di hadapan aku ini menunjukkan satu kotak besar.

"Dan ini sedikit sumbangan daripada H.A holding. RM 5,500 untuk bayaran hospital Cik Lydia" lelaki tadi memberikan satu kertas kepada ibuku.

"Terima kasih sebab bantu keluarga kami. Saya pun dah risau sebab tak ada duit mahu bayar duit hospital untuk anak saya ni" ujar ibuku dengan senyuman manis.

Ya Allah, kenapa hati aku ini rasa sakit? Aku rasa seperti ingin menjerit dan menangis di sini. Aku tidak sakit ya Allah.

"Tapi saya rasa pelik juga, anak Puan ni selepas kimo bulu kening dan mata dia tiada gugur pun" ujar wanita di hadapan aku.

Aku melihat ibu dan ayah tersenyum sahaja.

"Kenapa anak Puan duduk di kerusi roda ya?" Soal seorang pekerja H.A holding itu.

"Dia tidak larat jalan lepas kimo. Kami risau, jadi saya dan suami belikan kerusi roda untuk dia. Apa sahaja asalkan anak kami senang" ujar ibu aku.

Tolong ambilkan aku baldi, aku ingin muntah dengan apa yang ibu aku katakan itu. Menyenangkan ke menyusahkan?

"Cik Lydia diam aje, kami mengganggu waktu rehat Cik ke?" Soal seorang wanita. Aku tertarik dengan senyuman berlesung pipit dia itu. Cantik sungguh!

"Saya.. tak tahu nak cakap apa. Terima kasih sebab bantu..saya" Disebalik senyuman yang tergaris di bibir ini, ada kebencian dan dendam yang aku simpan.

Selepas sahaja mereka semua pulang, aku duduk di sofa dan termenung. Memikirkan kehidupan aku yang begitu tiada makna.

"Lydia, makan bubur yang Ibu masakkan untuk kamu dan makan ubat kamu ni" ujar ibu.

Mrs Hong Xiong LimWhere stories live. Discover now